Semasa

“Bila nak duit baru call,” Lelaki Ini Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya Khabar

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai anak untuk membalas jasa kedua ibu bapa apabila meningkat dewasa.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tambahan pula bagi anak lelaki, kebiasaannya mereka akan pergi merantau jauh ke tempat lain untuk membantu keluarga di kampung.

Berkorban demi membawa pulang rezeki buat keluarga di kampung

Walaupun terpaksa berpisah jauh dari keluarga dan kampung halaman, demi tanggungjawab mereka sanggup berkorban demi memberikan kehidupan yang selesa buat ibu, bapa dan adik beradik disana.

Hanya wang sahaja ditanya tiap kali dihubungi

Berkongsi cerita di media sosial, keluarga hanya akan bertanyakan mengenai wang ketika dihubungi tanpa bertanyakan khabarnya yang jauh diperantauan.

Berbeza dengan orang lain, dia berasa kecewa dengan apa yang dilaluinya dan tidak pernah merasa dihargai dan dapat bergurau senda dengan keluarga seperti orang lain.

Tahan sebak, hingga akhirnya pemuda ini kesat air mata

Tidak dapat menahan sebak, pemuda ini turut mengesat air mata ketika dan menjadi buntu dengan sikap keluarganya sendiri.

Rakaman video ini telah dimuat naik beberapa hari yang lalu dan berjaya mendapat lebih dari 400,000 tontonan setakat ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda ini.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO

Mereka juga turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen dan memberikan kata-kata semangat kepada pemuda itu.

1 thought on ““Bila nak duit baru call,” Lelaki Ini Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya Khabar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *