OH VIRAL

Terpisah Kerana PKP, Suami lstri Diduga Anak Lemas dlm Tali Air

KOTA BHARU – Seorang kanak- kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Huffaz Wafri Mohd.Zulfika, 3, ditemui dalam keadaan terapung di dalam tali air itu kira-kira 10 meter dari rumahnya pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa disedari lemas oleh seorang penduduk kampung selepas melihat kanak-kanak itu terapung di permukaan air.

Katanya, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa masih berada dalam keadaan terapung di dalam tali air.

Pasukan bomba dan penyelamat telah membawa mangsa naik ke kawasan tebing.

“Siasatan mendapati, kali terakhir mangsa dilihat sedang bermain di dalam rumahnya oleh neneknya kira-kira pukul 3 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, bagaimanapun, ahli keluarganya tidak menyedari kehilangan kanak-kanak itu.

Sehingga seorang jiran memaklumkan bahawa mangsa sudah lemas di tali air.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, siasatan turut mendapati kes itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah malah tiada langsung sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa.

Dalam pada itu, mangsa bersama abangnya ditinggalkan bersama datuk dan nenek di kampung semenntara kedua-dua ibu bapa mereka berada di Sungai Buloh kerana bekerja.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara telah mendengar perbentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) status COVID19 di kebanyakan negeri.

Ia menunjukkan keadaan tidak stabil dan angka R-nought melebihi 1, dengan peningkatan kluster pendidikan bertambah.

Trend penurunan didapati di Kedah, Perlis, Perak dan Negeri Sembilan.

Trend meningkat Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Trend turun naik di negeri selebihnya.

Oleh itu, MKN memutuskan berkuatkuasa 29 April hingga 17 Mei, status negeri adalah seperti berikut:

  • PKP – Kelantan kekal PKP berikutan enam jajahan di Kelantan menunjukkan peningkatan kes COVID-19.
  • PKPB – Lima negeri dikekalkan PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
  • PKPP – Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya / Labuan

Sementara itu, aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan buat masa ini.

Sementara itu, SOP Aidilfitri masih diperhalusi dan akan dimumkan dalam masa terdekat.

Rujuk siaran langsung MKN di pautan berikut:

Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Namun dengan trend peningkatan kes nampaknya kebenaran rentas negeri sempena Syawal masih tidak dibenarkan.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, 6 faktor yang menjadi indikator KKM ialah:

  1. Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang
  2. Trend dan kadar kebolehjangkitan
  3. Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kematian
  4. Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
  5. Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti dan
  6. Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.

*Sumber: Astro Awani

Dengan ketibaan bulan Ramadhan tak lama lagi, ramai yang tertunggu-tunggu kebemaran rentas negeri sebab dah lama tak balik kampung.

Setiap hari dalam sidang media MKN pun, tentu akan ada orang tanya :

“Bila kami boleh rentas negeri?”

Hampir setiap kali juga jawapannya adalah sama iaitu:

“Bergantung kepada penilaian risiko oleh KKM, ” jawab Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *