OH VIRAL

Video: Slps Dikecam Teruk Di Majlis Tempoh Hari, Tak Sangka ini yg Terjadi Pd PU Amin

Selepas gambar bersama ‘instafamous’ seksi menjadi tular di serata laman sosial, Pencetus Ummah (PU) Amin mengakui merasa serik.

Dan kini lebih berhati-hati untuk menerima jemputan dari mana-mana individu.

Memetik temubual bersama mStar, pendakwah bebas itu berkata kontroversi tersebut adalah satu pengajaran buat dirinya.

Dan pendakwah lain agar berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan fitnah.

Slps Dikecam Teruk Di Majlis Tempoh Hari, Tak Sangka ini yg Terjadi Pd PU Amin

“Lepas majlis itu ada banyak jemputan event berbuka puasa, saya dah takut nak pergi.

“Nak bergambar pun dah takut sebab tu saya pakai mask macam sekarang ni, selain menjaga SOP saya jaga diri saya, ” ujarnya kepada mStar.

Menurut PU Amin, biarpun menerima banyak jemputan berbuka puasa, dia sudah serik untuk menghadiri majlis sebegitu mahupun mengambil gambar dengan mana-mana individu.

Selain itu, bekas peserta Pencetus Ummah itu turut menegaskan bahawa belakangan ini ramai pihak penganjur suka menjemput pendakwah menghadiri majlis mereka.

Namun, akhirnya para pendakwah juga yang dijadikan bahan kecaman netizen.

“Banyak program sekarang ni apa-apa je nak jemput pendakwah, penyudahnya mereka yang kena teruk.

“Apa-apa pun kalau boleh kita berjaga-jaga lah atas setiap jemputan yang datang, ” katanya.

Jadi, lelaki berusia 31 tahun itu sempat menasihati para pendakwah agar berhati-hati sebelum memilih untuk menghadiri sebarang majlis bagi mengelakkan kontroversi ‘panas’.

Slps Dikecam Teruk Di Majlis Tempoh Hari, Tak Sangka ini yg Terjadi Pd PU Amin

Terdahulu, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu teruk dikecam netizen.

Ini apabila beberapa keping gambar bersama instafamous seksi tular di serata laman sosial.

Berikutan itu, PU Amin tampil menjelaskan perkara sebenar dan meminta instafamous terbabit memadam gambar mereka di laman sosial Instagram.

Sumber: mStar Online (Hawa Soleha Saleem)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *