Semasa

Ada rekod jenayah lampau, lelaki hamun ‘pak guard’ tak jaga anak ditahan

Video tular berkenaan satu pasangan suami isteri didakwa memaki hamun pengawal keselamatan kerana tidak menjaga anak mereka yang ditinggalkan di pos kawalan keselamatan telah menjadi perbahasan ramai.

Pihak pengurusan perumahan tersebut juga telah memuat naik tangkapan layar dari rakaman dibuat kamera litar tertutup (CCTV) dengan memaklumkan tugas menjaga anak penyewa tidak termasuk dalam tugas seorang pengawal keselamatan.

Satu waran tangkap dikeluarkan

Selepas insiden tersebut, penyewa berkenaan dikatakan sudah berpindah susulan berasa marah dengan pihak pengurusan. Walau bagaimanapun, menerusi media sosial, mereka sebenarnya telah ditamatkan kontrak sewaan dan penyewa lelaki berkenaan turut mempunyai rekod jenayah lampau.

Pihak pengurusan juga meminta orang ramai tidak menularkan sebarang perkara tidak sahih berkaitan isu tersebut kerana siasatan sedang dijalankan. Satu waran tangkap juga telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Ada rekod jenayah lampau, lelaki hamun ‘pak guard’ tak jaga anak ditahan

Ada rekod jenayah lampau, lelaki hamun ‘pak guard’ tak jaga anak ditahan

Sebelum ini, rakaman video pasangan penyewa itu membuat kacau di pos kawalan keselamatan bangunan telah menjadi perhatian ramai.

Isteri kepada suspek juga dilihat aktif ‘memepertahankan’ tindakan suaminya di media sosial sehingga menjadi perdebatan ramai sehingga ke hari ini.

KOMEN NETIZEN:

Ada rekod jenayah lampau, lelaki hamun ‘pak guard’ tak jaga anak ditahan

Sumber: Twitter @Daddylishes

Leave a Reply

Your email address will not be published.