Semasa

Adams meninggal dunia selepas koma 39 tahun

PARIS: Bekas pemain Perancis, Jean-Pierre Adams meninggal dunia pada usia 73 tahun selepas koma selama 39 tahun.

Adams koma ketika dia berusia 34 tahun akibat kesilapan ubat bius ketika dia menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital.

Kematiannya disahkan pagi tadi oleh Hospital Universiti Nimes.

Dia tampil dalam 22 perlawanan bersama Perancis pada 1972 hingga 1976.

Pemain tengah itu menghabiskan kebanyakan kariernya bersama Nice yang menyaksikan dia beraksi dalam 126 perlawanan dan menjaringkan 15 gol.

Dia turut beraksi bersama Nimes, PSG, Mulhouse dan Chalon.

Dia dilahirkan di Dakar, Senegal namun berpindah ke Perancis pada usia 10 tahun dan memulakan kariernya sebagai penyerang sebelum beraksi di posisi pertahanan ketika menyertai Nimes.

Adams meninggal dunia selepas koma 39 tahun
Adams bersama isteri dan anaknya.
Adams meninggal dunia selepas koma 39 tahun
Bernadette

Bercakap kepada CNN, isterinya, Bernadette mendedahkan ‘juru bius wanita itu menjaga lapan pesakit dan Jean Pierre dipantau oleh pelatih yang selepas itu mengaku di mahkamah ‘saya tidak layak untuk melakukan tugasan itu.’

“Disebabkan pembedahan itu tidak penting dan hospital itu sedang mogok, mereka kehilangan doktor dan juru bius itu menjaga lapan pesakit dalam dua bilik berbeza, seseorang sepatutnya memberitahu saya bahawa pembedahan itu patut ditangguhkan.

“Namun ia tidak berlaku dan jantung Adams terhenti apabila tiub yang diletakkan menghalang paru-parunya.

“Saya menemui dia terbaring di atas katil dengan tiub di seluruh tubuhnya. Saya tidak meninggalkan hospital selama lima hari. Saya ingatkan dia akan bangun jadi saya perlu berada di sana,” katanya. – Agensi

Adams meninggal dunia selepas koma 39 tahun
Adams meninggal dunia selepas koma 39 tahun
Adams meninggal dunia selepas koma 39 tahun

Sumber : BH online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *