Semasa

Agong Berdukacita Krajaan Membelakangi Baginda, Ini yg Brlaku Kpd Muhyiddin Di Parlimen

Terdahulu, dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan penghargaan kepada pihak Kerajaan di atas pelaksanaan persidangan Parlimen yang bermula pada hari Isnin lalu (26 Julai, 2021).

Ianya adalah sejajar dengan saranan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam Perbincangan Khas yang telah diadakan pada 16 Jun, 2021 supaya persidangan Parlimen dapat diadakan sebelum tamatnya tempoh Darurat.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran Perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai, 2021 lalu.

Ianya bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Dan Yang Berbahagia Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa.

Ianya dilakukan tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.

Ia seperti terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak.

Khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen.

Ia kini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik COVID-19 ini.

Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Semoga negara dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

Menteri, peguam negara tiba di rumah Muhyiddin

Menteri kabinet dan Peguam Negara Idris Harun telah tiba di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Menurut Bernama TV, mereka mulai tiba pada jam 1.30 tengah hari tadi – satu jam sebelum persidangan Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersambung semula.

Petugas media dilihat mula ‘berkampung’ di kawasan rumah perdana menteri sejak pukul 1 tengah hari tadi.

Awal hari ini, Istana Negara mengeluarkan teguran terbuka terhadap Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun.

Istana berkata kedua-duanya tidak menepati kata-kata mereka ketika secara maya menghadap Yang di-Pertuan Agong bahawa Ordinan Darurat akan dibahaskan di parlimen.

Istana juga menuduh Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat mengenai pembatalan Ordinan Darurat itu.

Kenderaan yang dipercayai membawa menteri dan peguam negara dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara kira-kira 1.30 tengah hari.

 

Parlimen Kecoh, PM Digesa Letak Jawatan

Dewan Rakyat menyaksikan gema suara ahli parlimen yang menjeritkan kata “deerhaka” selepas kenyataan Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah “amat dukacita” dengan pembatalan Ordinan Darurat.

Pada awalnya, para ahli parlimen sedang mengajukan soalan mengenai dasar kerajaan menangani wabak Cvid-19, sebelum tiba-tiba ramai yang tunduk melihat peranti elektronik dan telefon bimbit masing-masing.

Ketika itu, kenyataan tegas Istana Negara bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat sudah menular di media sosial.

Agong dalam kenyataan Istana Negara itu juga menyatakan kekecewaan baginda terhadap kerajaan kerana telah menolak titahnya.

Ini untuk membenarkan parlimen membahaskan peraturan ordinan darurat, yang merupakan proses sewajarnya untuk pembatalan undang-undang itu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (Port Dickson – PKR) kemudian secara rasmi memaklumkan kepada Dewan Rakyat mengenai kenyataan Istana Negara itu, dengan pujian dari bangku pembangkang.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon, yang mempengerusikan sidang itu, nampaknya tidak menyedari titah Agong itu ketika Anwar mula membaca keseluruhan kenyataan.

Ketika dia membaca kenyataan itu, beberapa ahli parlimen menjerit “derhaka! Derhaka!”.

Beberapa ahli parlimen juga menuntut agar speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kembali ke Dewan Rakyat dan mengambil alih tempat dari Rashid.

Azhar, seorang peguam terlatih, telah lama membela keputusan kerajaan untuk tidak membahaskan Ordinan Darurat pagi ini.

Dia telah memetik Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan keputusan kerajaan itu.

Kenyataan Istana Negara yang menegur kerajaan beberapa jam kemudian menjadikan keputusan itu dipertikaikan.

Ahli-ahli parlimen kerajaan terdiam sepanjang perkembangan perbincangan mengenai kenyataan Agong di Dewan Rakyat ini. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak ada ketika itu.

Namun, beberapa ahli parlimen menyasarkan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri.

“Bera (kawasan parlimen Ismail), cakaplah sesuatu,” terdengar jeritan seorang ahli parlimen.

Ismail antara pemimpin utama yang berusaha menyekat usaha Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk-BN), yang juga presiden Umno, daripada mencuba mengeluarkan Umno daripada kerajaan PN.

Zahid tidak hadir sidang parlimen hari ini memandangkan dia sedang pulih daripada jangkitan Covid-19.

Isnin lalu, Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan mendakwa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat, tanpa perlu kelulusan undian parlimen mahupun perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Agong

Perlembagaan Persekutuan menghendaki pembatalan Ordinan Darurat dilakukan melalui Parlimen.

Langkah itu secara meluas dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan undian di Dewan Rakyat apalagi di tengah-tengah majoriti kerajaan yang tidak pasti.

Berikutan pengumuman pada Isnin, penjelasan kerajaan PN pada hari-hari berikutnya membingungkan kerana tidak dapat memberikan jawapan langsung jika Ordinan Darurat telah dibatalkan.

Muhyiddin dianggarkan memiliki majoriti empat kerusi di Dewan Rakyat.

Pun begitu, ini menjadi tidak menentu apabila Zahid mengumumkan pada 8 Julai bahawa Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Umno mempunyai 38 Ahli Parlimen, yang majoritinya didakwa tidak sealiran dengan Zahid.

Namun, dengan majoriti tipis Muhyiddin, Zahid hanya memerlukan segelintir ahli parlimen Umno sahaja untuk menggulingkan Muhyiddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.