Semasa

‘Saya tegur dia dulu’ – Terpikat dengan kecantikan ‘wanita jadian’, lelaki ini sanggup ceraikan isteri & tinggalkan anak

Demi mengejar cinta seorang transgender, lelaki ini sanggup mengambil keputusan untuk menceraikan isteri dan meninggalkan anaknya.

Stasya Bwarlele, merupakan seorang influencer di media sosial Indonesia, mengaku pernah mendapat pendidikan perubatan di Rusia tetapi berhenti separuh jalan ekoran bapanya meninggal dunia.

TONTON VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Saya yang tegur dia dulu,” tambah Sigit yang juga mengaku hubungannya dengan Stasya dilanjutkan ke perkahwinan.

Sigit memberi alasan dia memilih Stasya berbanding bekas isterinya kerana dia tidak mahu lagi memiliki anak.

“Trauma? Oh tidak. Tapi saya memang sudah tak nak ada anak lagi. Cukup satu sahaja,” katanya.

Meskipun begitu, Sigit mendakwa hubungan dia dengan bekas isteri masih baik. Stasya juga mengalakkan suaminya itu berbaik dengan bekas isteri.

“Kami selalu buat panggilan video, mereka datang ke sini saya ajak pergi jalan-jalan di mall, beli itu ini. Hubungan kami (dengan bekas isteri) sangat baik. Adakalanya mereka datang bermalam di sini,” katanya.

Melakukan pembedahan jantina adalah berdosa besar kerana ia mengubah ciptaan Allah Taala dan mengikut petunjuk syaitan. Doktor yang terbabit dalam melakukan pembedahan itu juga terlibat dalam dosa besar.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Firman Allah: “Janganlah menolong di atas dosa dan kezaliman.” (Surah al-Maidah: 2)

Sumber: Sosok

Leave a Reply

Your email address will not be published.