Semasa

Anak 2 tahun maut dipatuk ular, sayu lihat ibu bapa beri kucupan terakhir

Percutian seorang kanak-kanak lelaki di rumah datuknya berakhir tragedi apabila meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika bermain di luar rumah, kelmarin.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Kisah sedih menimpa kanak-kanak dikenali sebagai Fayyad itu dikongsi pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKJV), Mr Wan Cai menerusi beberapa posting di laman Facebook rasmi miliknya.

Bercerita lanjut, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikatakan bermain seorang diri sebelum ibunya yang sedang menguruskan seorang lagi anak terdengar jeritan mangsa di luar rumah.

Bagaimanapun, Fayyad disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi semalam dimana jenazah telah diuruskan pasukan Mr Wan Cai di Kampung Sireh, Kuala Nerang.

Selain itu, Mr Wan Cai turut berkongsi sekeping foto memaparkan ibu bapa mangsa iaitu Syazwani Abdul Aziz dan Muhammad Eusof memberikan kucupan terakhir buat anak tersayang.

DIPATUK ULAR❗

Sayu melihat reaksi kedua ibu bapa ini..

Anak kesayangan pasangan suami isteri ini hilang dalam sekelip mata..

Niat anak kecil berusia 2 tahun balik bercuti dirumah datuknya berakhir dengan tragedi..

Suasana gembira pulang ke kampung halaman bertukar duka..

Kejadian malang adik Fayyad dipatuk ular tiada siapa menduga..

Terima kasih UKVJ Kedah dan rakan gabungan VJWP..

Terima kasih membantu pengurusan mandi dan kafan buat jenazah wildan syurga ini..

Jenazah adik Fayyad kini dalam perjalanan dibawa pulang kekediaman ibu bapanya di Kampung Sireh..

Jenazah adik Fayyad sedang dibawa menggunakan jentera wakaf UKVJ-16 Kedah..

Beberapa lagi rakan UKVJ Kedah bersama rakan gabungan VJWP turut mengiringi..

Mereka tidak mahu melepaskan peluang mencuri pahala dari seorang anak tanpa dosa🥺

Ayuh berkongsi rezeki agar kami dapat terus membantu ummah :-

8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut dan mendoakan kedua ibu bapa itu agar diberikan ketabahan dalam menempuhi ujian Allah SWT.

Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official

Leave a Reply

Your email address will not be published.