Muzik Video (MV) Ku Ikhlaskan dendangan usahawan kontroversi, Dato’ Seri Vida sudahpun mencecah 1 juta tontonan selepas sehari dimuat naik.
Ramai yang memberikan respon keatas MV tersebut walaupun ada diantara mereka meninggalkan komen negatif keatas karya terbaru yang dikatakan bernilai RM400,000.
TONTON VIDEO DI BAWAH SEKALI
Walau bagaimanapun, masih ramai yang ‘pelik’ dengan kostum-kostum yang dipakai oleh DSV sehingga ada yang membuat parodi serta menyamakan pakaian-pakaian itu dengan sesuatu perkara.
Kostum macam pocong
Salah satu yang menjadi perhatian ramai adalah ketika momen dia seolah-olah sedang bergaduh dengan pembantu peribadinya (PA), yang berlakon menjadi ‘hero’ dalam MV tersebut.
Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai @nasigorengkampung02, dia telah memuat naik sedutan dari MV tersebut dengan menyamakan kostum yang digunakan oleh usahawan itu dengan hantu pocong.
Macam mana cameraman & laki tu tahan gelak
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan pandangannya berkenaan penampilan DSV.
Mereka juga sempat bertanya mengapa lelaki tersebut begitu ‘kuat’ menahan tawa kerana kostum tersebut sangat menyerupai pocong.
ANTARA KOMEN NETIZEN
DSV yang ketika itu seakan berlari keluar dari kereta telah memakai pakaian berwarna putih dengan terdapat aksesori di kepalanya seakan ikatan di kepala jenazah.
Dia yang berada dalam keadaan emosi telah menanggalkan cincin dan menyerahkannya kepada PA barunya serta berlari dalam keadaan menangis.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
VIDEO 1
VIDEO 2
Sumber: TikTok @nasigoreng02