Semasa

Bagi Alasan Baby Mengidam, Wanita Merajuk Suami Enggan Layan Beli Kereta Mewah

Dahulunya kisah sepasang pengantin muda ini pernah tular di media sosial. Pada hari bahagia mereka, si suami tanpa disangka-sangka telah membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah yang dibeli secara cash.

Ajak suami pergi ‘usha’ kereta mewah…Dah banyak hari mengidam

Kini selepas hampir 7 bulan usia perkahwinan, wanita yang dikenali sebagai Ayunie itu telah pun hamil. Menerusi satu perkongsian di TikTok, usahawan muda berkenaan dilihat berkunjung ke sebuah premis penjualan kereta. Siapa sangka, ketika itu dia memberi alasan lucu kononnya sedang mengidam untuk memiliki sebuah lagi kereta mewah.

Bagi Alasan Baby Mengidam, Wanita Merajuk Suami Enggan Layan Beli Kereta Mewah Bagi Alasan Baby Mengidam, Wanita Merajuk Suami Enggan Layan Beli Kereta Mewah

Suami tak setuju beli, puas pujuk dan merayu…Lepas berjam-jam Yuni merajuk

Walau bagaimanapun, si suami yang bernama Weldan tidak bersetuju dengan permintaan Ayunie tersebut. Dalam pada itu, wanita berkenaan berkali-kali mengatakan bukan dirinya yang mengidam tapi bayi dalam kandungan. Gara-gara ‘taktik’ tersebut tidak berjaya, ibu hamil itu terus merajuk di dalam kereta.

Klik disini untuk tonto video
https://www.tiktok.com/@ayunieso24/video/7005047856180579611?is_copy_url=1&is_from_webapp=v

Baby belum lahir dah kena fitnah, sabar jelah…Kalau orang mengidam memang macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan permintaan wanita tersebut yang disifatkan high level. Selain itu, ramai juga sempat berseloroh kononnya nak sentuh kereta mewah sebegitu belum mampu. Secara keseluruhannya, rakaman tersebut telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan.

Bagi Alasan Baby Mengidam, Wanita Merajuk Suami Enggan Layan Beli Kereta Mewah Bagi Alasan Baby Mengidam, Wanita Merajuk Suami Enggan Layan Beli Kereta Mewah Bagi Alasan Baby Mengidam, Wanita Merajuk Suami Enggan Layan Beli Kereta Mewah

Sumber: TikTok Ayunieso

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *