Semasa

Bakal isteri tiada simpanan, lelaki sanggup kerja keras – “Tapi diam2 dia ada orang lain”

Dugaan ketika proses bertunang itu benar, hati manusia boleh berubah sekelip mata walaupun sudah tujuh tahun bersama menjalin hubungan cinta.

Situasi perit itu dihadapi oleh seorang lelaki apabila bakal isterinya memilih orang lain sebagai teman hidup selepas beberapa bulan mereka mengikat tali pertunangan.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, @lamwauqaf sanggup meninggalkan perniagaannya di Melaka buat sementara waktu bagi menguruskan majlis pertunangan di sebelah pihak perempuan di Pulau Pinang pada April lalu.

Menurut @lamwauqaf, dia sendiri menghias hantaran dan reka bentuk pelamin sehingga berjaya melangsungkan majlis tersebut sebelum masing-masing bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan pada 12 Jun 2021.

“Rupanya lelaki tu, abang kawan baik awak. Patut la selama kita berhubung jarak jauh, awak selalu sangat pergi rumah kawan awak.

“Rupanya awak lagi penting kawan daripada saya, sampai kita gaduh pasal benda kecil. Saya punya usaha siapkan persiapan nikah kita,” luahnya.

Video berdurasi seminit itu meraih dua juta tontonan serta 15,800 komen netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib lelaki terbabit selain mendoakan agar dia berjumpa dengan jodoh yang lebih baik.

Sumber: TikTok @lamwauqaf

Leave a Reply

Your email address will not be published.