Connect with us

OH VIRAL

Ini Alasan A.Aida Menolak Lamaran R M 20Juta, Kalah Anak Dara Sunti Punya Hantaran

Published

on

“KALAU boleh apabila berusia 60 tahun nanti pun saya mahu kelihatan ‘sado’,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 49.

Dia kini giat melakukan senaman di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa dan ‘six pack’.

Aida berkata, dia mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika zaman remaja.

“Kalau nak tahu sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium.

Kemudian, saya berhenti tapi kembali altif sejak beberapa tahun ini.

Fokus saya sekarang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika remaja,” katanya.

Aida berkata, dia mengambil inspirasi daripada selebriti Hollywood yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup sihat.

Menurut Aida, bentuk tubuhnya ketika remaja adalah seperti watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander.

Jadi, tidak ada masalah untuk dia mendapatkan semula bentuk badan begitu semula.

“Saya tidak mahu apabila umur kian meningkat, badan pun menggelebeh,” katanya.

Aida berkata, bentuk tubuh dimiliki sekarang membuatkan dia lebih yakin selain penampilan yang tampak lebih menarik.

Dalam masa sama, Aida mahu memberi inspirasi kepada wanita supaya mementingkan penjagaan tubuh dan kesihatan.

“Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita.

Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak saja.

“Selain itu saya tidak mahu dijangkiti penyakit.

Doktor memaklumkan bersenam dan menjaga pemakanan adalah ubat segala penyakit.

Jadi, saya tak nak ada darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Itu yang doktor selalu pesan.

Alhamdulillah, sampai sekarang saya sihat.

Paling penting juga, apa saya buat sekarang ini memberi inspirasi kepada orang lain termasuk dua anak perempuan saya.

Ramai rakan artis wanita dan lelaki yang mahu ikut sama dan saya menjadi jurulatih mereka,” katanya.

Aida turut berpesan kepada wanita lain bahawa penjagaan kesihatan dan bentuk badan sangat penting.

“Untuk wanita, mari kita sama-sama jaga badan. Jangan apabila usia makin meningkat, kita tidak ‘fit’.

Seperti kelapa, makin lama makin banyak santan. Begitu juga wanita.

Walaupun berusia, tapi badan mantap dan sihat. Biar kita ada kelebihan di situ,” katanya.

‘Reject’ tujuh lelaki sebab tak sado

A.Aida berkata, dia pernah menolak kesemua lelaki itu disebabkan tidak memiliki kriteria bertubuh sasa seperti diinginkan.

“Selepas AJL34 baru-baru ini, ada tujuh lelaki nak mencuba nasib. Saya cakap, ‘tidak’.

Saya nak lelaki yang bertubuh sasa dan ada ‘six pack’.

Jadi, kalau mereka nak dekati saya, pergi ‘betulkan’ perut dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tindakannya membuka tudung, A Aida mengakui ia perbuatan yang berdosa.

“Saya tahu, saya berdosa kerana membuka hijab, tapi saya selesa.

Dulu, saya pakai tudung kerana taat kepada suami.

Bila dah tak bersama, saya ambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

“Saya mula membuka hijab sejak penghujung tahun lalu ketika saya berada di Maldives.

Apa pun, doakan yang terbaik kerana semua mahukan yang terbaik,” katanya.

Mengenai perubahan wajah dan bentuk badannya, Aida memaklumkan itu adalah kesan positif daripada kerja kerasnya menjalani senaman di gimnasium.

“Saya ada jurulatih peribadi yang melatih di gimnasium.

Dalam seminggu, tiga kali saya akan ke gimnasium dan kerja keras selama tiga tahun menampakkan hasil apabila bentuk wajah saya berubah runcing.

“Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan sihat antaranya pengambilan stem cell, sarang burung dan juga mengam

Tolak Lamaran 20Juta

Enggan berkongsi kasih dan dimadukan, A Aida mendakwa dia sanggup menolak “lamaran” bernilai RM20 juta.

Lamaran itu daripada seorang lelaki yang ingin menjadikannya isteri nombor dua.

Kata penerbit drama popular itu, sememangnya dia akan menolak lamaran sedemikian.

Ini kerana enggan mengambil risiko untuk jatuh hati pada seseorang yang berstatuskan suami orang.

“Sejujurnya, memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang.

Sampaikan ada seorang tu ingin melamar dengan buat transaksi wang RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia.

“Tapi dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin.

Dan dia mahu menjadikan saya sebagai isterinya yang kedua.

“Justeru, saya terpaksa menolak lamarannya itu secara baik,”

Dia berkata ketika ditemui pada majlis Mikaseries by Zoey Rahman di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang itu berkata demikian ketika ditanya siapakah gerangan yang berjaya menambat hatinya selepas kembali solo sejak tahun lalu.

Dia mendakwa kejadian dilamar itu baru saja berlaku, iaitu sekitar tiga bulan lalu.

Katanya lelaki berkenaan berhasrat untuk menambah nilai wang tawarannya jika jumlah yang ditawarkan itu masih belum mencukupi.

Rasa tak layak bermadu

Bagaimanapun, tawaran berkenaan tetap ditolak Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria calon suami yang dicarinya.

“Lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan tu juga saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang.

Pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran cari ilham di beranda.

“Namun, jika berjodohan, saya tak cari lelaki kaya pun.

Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya.

Penerbit Andainya Takdir itu sebelum ini pernah berkahwin empat kali.

Perkahwinan pertamanya ialah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng, pada 1994 dan rumah tangga mereka berkekalan selama sembilan tahun.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.

Aida, 50, juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi anggota polis, Sufian Sulaiman, pada 2007.

Namun berpisah enam tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 12.

Dan 18 Jun tahun lalu, Aida rasmi bercerai talak satu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ariff Aziz.

Bagi Aida, tidak wajar untuknya menjadi isteri nombor dua selepas bersusah-payah dia ‘memasang badan’.

“Macam mana pun, saya bagitau pada dia, saya tak rela dan tak suka bermadu sebab tak rasa layak dimadukan.

“Penat saya jaga badan, boleh kalah anak dara sebab pergi ke gim setiap hari.

Takkan saya nak bermadu.

“Tapi kalau terjumpa lelaki bertubuh sasa atau sado, saya tak menolak, dia tak ada wang pun tak apa,” katanya sambil tertawa.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

Video: “Zaman Belum Kawen, NakaI, Mengand0ng, CERAl & Kawen Lagi,” Nabila Huda Tarik Perhatian Ramai

Published

on

By

Terdahulu, PELAKON Nabila Huda meluahkan rasa sedih apabila keguguran buat kali kedua selepas mengalami pendarahan beberapa hari lalu.

Menerusi Instastory milik Nabila atau lebih mesra disapa Abil, 36, tidak dapat menahan sebak memikirkan suaminya

Iaitu Mohd Izwan Johar yang sememangnya berharap untuk mendapat cahaya mata.

“Saya rasa, anda semua layak untuk tahu apa yang terjadi. Saya keguguran buat kali kedua.

Masa pertama kali saya alami pendarahan, saya rasa sangat down. Semalam saya pulihkan semula perasaan itu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Nabila hanya ingin meluangkan masa bersama anak dan suaminya.

“Serius… saya nak sangat, terlalu nak sangat anak. Keinginan nak ada anak itu sangat mendalam.

Saya sangat teruja apabila doktor sahkan saya hamil selepas buat blood test.

“Saya teruja tapi dalam pada masa yang sama paranoid sebab risau kalau tiba-tiba dia (anak) tak ada sebab jatuh atau tak dalam itu (kandungan). Saya percaya tak ada rezeki lagi.

“Saya cuma kesian dekat suami saya… lama dia tunggu. Kenapa susah sangat?

Susah sangat… bila kita nak, teringin sangat tapi kena move on,” kata Nabila yang menitiskan air mata ketika berkongsi perkara itu.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi terkenal Amy Search ini pernah mengalami keguguran pada April tahun lalu.

Sekadar ingin berkongsi macam mana perasaan saya saja.

Dalam pada itu, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat tentangnya.

Menurut Nabila, dia tidak mempunyai niat untuk meraih simpati namun sekadar ingin berkongsi keadaan dan perasaanya ketika itu.

“Sakit rasa dia… tapi saya okay. Terima kasih kepada rakan rapat, keluarga, peminat yang banyak DM memberi ucapan dan doa.

Saya tak sempat nak berbalas satu persatu mesej.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Nabila reda belum ada rezeki dikurniakan anak.

“Saya tak berniat langsung nak meraih simpati. Sekadar ingin berkongsi macam mana perasaan saya saja.

Buat masa sekarang, saya okay… tak ada apa-apa. Memang masih memikirkannya tapi penat nak fikir sampai kepala sakit.

“Saya hanya nak duduk rumah luangkan masa dengan anak dan suami saya.

Terima kasih kepada semua sebab risaukan keadaan saya,” ujarnya.

Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015 dan aktres itu mempunyai seorang cahaya mata bernama Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun menerusi perkahwinan pertama.

“Zaman Belum Kawen, NakaI, Mengand0ng, CERAl & Kawen Lagi,” Nabila Huda Tarik Perhatian Ramai

Pelakon, Nabila Huda mengimbau kenangan saat berada di karpet merah (red carpet) dalam mana-mana majlis keramaian yang diadakan setiap tahun.

Video tersebut melihatkan busana dan fesyen yang digayakannya mengikut peredaran masa ke masa.

“Here goes my RedCarpet moment.

“Dari belum kahwin,zaman nakal,meng4ndung,dah beran4k, div0rce,remarried again.

“Fuh,perjalanan Hidup macam naik rollercoaster siol..haha!1st photo tu rasanya 12 years ago kot !

This is the life I live and that’s just a half of it,” tulisnya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Malah, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2019 itu turut menanda (tag) pereka fesyen dan jurusolek yang terlibat dalam acara tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji personaliti tersendiri yang dimiliki anak kepada penyanyi Amy Search itu.

Nak tengok VIDEO KLIK SINI

Video: Instagram Nabila Huda

Continue Reading

OH VIRAL

Video: Mira Filzah Tiba Tiba Tertinggi Suara Dengan Suami. Ini Cara Mira Pujuk Suami Dia

Published

on

By

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai pasangan yang gusar tentang perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga.

Ada yang terpaksa membatalkan ataupun menunda ekoran tidak mahu menjadi punca penularan wab4k COV1ID-19 yang sedang melanda seluruh negara ketika ini.

Tetapi lain pula bagi pelakon dan pengacara Mira Filzah yang mempercepatkan majlis pernikahan

Serta persandingannya bersama dengan jejaka pilihan hati Wan Emir Astar.

Menurut Mira menerusi laman Instagram Story miliknya, beliau sepatutnya diijabkabulkan pada hari Rabu, 21 Oktober.

Video Berada Di Bawah Artikel

Namun, susulan beberapa faktor, mereka terpaksa mempercepatkan majlis tersebut kepada 3 September 2020 selain masih bersyukur dengan ketentuan Ilahi.

“21/10/2020 was actual date of Nikah. And somehow because of this and that, tarikh nikah dipercepatkan pada 3/9/2020.

Indeed, Allah is the best of planners,” tulisnya

Dalam hantaran yang sama, Mira turut memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa selain berkongsi sepotong ayat Al-Quran.

Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk slamber media mengucapkan tahniah buat Mira

Dan semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke syurga..

Mira Filzah Tiba Tiba Tertinggi Suara Dengan Suami. Ini Cara Mira Pujuk Suami Dia

Pasangan popular Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang telah mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu itu tidak perlu diperkenalkan lagi.

Video Berada Di Bawah Artikel

Pada 25 Oktober 2020, pasangan ini telah memuat naik video pertama mereka di YouTube dengan channel yang diberi nama #EmirAmirah.

Menurut Mira dan Emir, keputusan mereka untuk membuat channel itu adalah kerana banyak permintaan yang diterima supaya mereka melakukannya.

Namun mereka mengakui masih baru menjadi YouTuber, dan mungkin tidak akan kerap untuk memuat naik video di channel itu.

Apa yang menarik tentang video pertama mereka?

Aktiviti pengenalan untuk video tersebut adalah ‘Knowing Each Other Challenge’ yang mana agak biasa kita lihat dilakukan oleh pasangan suami isteri.

Berdasarkan video tu, banyak komen yang perasan bahawa Emir ni adalah seorang yang suka bercakap

Sehingga menyebabkan Mira secara tidak sengaja tertinggi suara kepada suaminya.

Menyedari perkara itu, Mira dengan cepat menggunakan suara manja kepada suami

Manakala Emir pula menyakat tindakan isterinya itu. Comel betul pasangan ini!

Nampaknya masih banyak juga perkara yang perlu mereka tahu antara satu sama lain.

Lagipun perkenalan mereka sebelum kahwin tidaklah terlalu lama.

Di penghujung video tersebut, Mira dan Emir memohon sokongan peminat dengan memberi komen yang baik-baik buat mereka.

Video Berada Di Bawah Artikel

Semoga pengisian channel #EmirAmirah yang mereka hasilkan akan menghiburkan dan menjadi inspirasi buat para peminat yang menonton.

Sumber : HotFM

Continue Reading

OH VIRAL

Fahmi Reza Makin BlADAP, Lukis Wajah Mirip DG Hisham dlm Mangkuk Jamban, Ini Tindakan Akan Dikenakan

Published

on

By

Biadap! Itu yang disifatkan netizen terhadap pereka grafik, Fahmi Reza

Ini selepas dia bertindak berkongsi satu lukisan mirip Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam mangkuk tandas.

Karikatur wajah mirip Ketua Pengarah Kesihatan itu berada di dalam mangkuk tandas dengan kapsyen

‘please use the toilet’ yang mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi media sosial, ramai beranggapan tindakan tersebut adalah sangat biadap

Serta tidak menghormati petugas barisan hadapan yang sedang berjuang melawan Covid-19 termasuk Dr Noor Hisham.

Difahamkan, karikatur itu adalah diinspirasi daripada balasan ciapan Dr Noor Hisham di laman Twitter

Ini berikutan pertanyaan seorang individu mengenai segelintir ahli politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Individu tersebut kemudian mengingatkan kepada peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’ sebelum dibalas Dr Noor Hisham ‘please use the toilet’.

Tak kelakar weh

Justeru, lelaki berusia 43 tahun itu dihentam teruk dimana rata-rata netizen menyifatkan karikatur yang dihasilkan adalah tidak menghargai jasa dan pengorbanan figura hebat di negara ini.

Ini dah melampau!

Hormat sikit DG Hisham

DG Hisham dah penat handle Covid-19

Tidak semua faham apa yang kita cuba sampaikan

Nmun kita perlu ada sedikit rasa sensitif terhadap setiap tindakan yang kita lakukan agar tidak mengundang salah faham.

Ini Tindakan yg Boleh Diambil Terhadap Manusia Biadap ini

Dalam satu lontaran oleh peguam terkemuka Nor Zabetha, dia menyifatkan perbuatan Fahmi Reza sesuatu yang tidak boleh di maafkan.

Gambar ini memang tidak patut. Saya tidak setuju dan keterlaluan. Begitu jugalah pendapat-pendapat rakyat Malaysia di ruang komen.

“This is too much”. “Kalau nak attack politikus, kami faham tetapi kenapa serangan pada DG”.

Ada yang juga dalam komen yang menyokong, ini adalah ekspresi seni katanya untuk mengambarkan bahawa DG yang dikawal oleh politikus.

Ekspresi seni ini pelbagai caranya dan banyak gambarannya.

Jadi mungkin ada hujah yang akan kata “Come onlah chill! Ini ekspresi seni”.

Pandangan saya ekspresi seni ini, biar kena pada agama, tempat, sensitiviti dan budaya.

Ekspresi seni ada juga dalam bentuk nudity (bogel) tetapi tidak diterima di negara kita kerana agama, budaya, sensitiviti dan fahaman.

Kalau kita ke luar negara, banyak patung-patung seni yang di tengah-tengah bandar dan juga di muzium-muzium.

Ini memang bersesuaian dengan fahaman dan budaya mereka.

Saya teringat sewaktu pergi ke Italy dahulu, di setiap muzium ini kebanyakan ada patung-patung yang separuh bgel Berbgel penuh dan setiap yang ke muzium yang cintakan akan kesenian ukiran patung meneliti ianya sebagai satu hasil seni agung.

Waktu saya ke Muzium Galleria D’ Accademia Florence, di Italy. Ada satu hasil seni agung iaitu patung David of Michelangelo di dalam muzium tersebut.

Saban tahun ribuan manusia datang melihat hasil seni agung oleh Michelangelo ini.

Patung ini seorang lelaki berbogel dan ini adalah satu ekpresi seni oleh Michelangelo.

Patung ini dianggarkan dihasilkan pada sekitar 1501-1504.

Kenapa patung David? Apa ekspresinya? Kalian boleh baca sendiri, ada banyak interpretasinya.

Masa kecil-kecil dahulu, saya selalu menonton filem dari Hollywood yang turut mempamerkan banyak babak-babak di luar negara.

Dalam hati, indahnya negara mereka. Ada patung-patung, ada ukiran-ukiran berbentuk dewa-dewi.

Kenapa Malaysia tidak ada? Waktu itu, masih kecil tidak faham tentang isu sensiviti agama, budaya dan fahaman.

Apabila besar baru saya faham tentang pelbagai isu dan tidak semua negara boleh mempraktikkan apa yang diamalkan oleh negara lain hanya kerana tujuan rasa cantik dan suka-suka.

Semua perlu teliti latar belakang agama, budaya dan fahaman sebuah negara.

Saya rasa gambar yang meletakkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam lubang tandas atau lubang najis itu amat keterlaluan kerana itu adalah perbuatan yang menghina.

Sehinggakan berita portal di Singapura iaitu The Independent dan sebuah stesen televisyen China telah menamakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia kerana strategi menangani Covid-19.

Sehingga hari ini saya berterima kasih dan akan terus berterima kasih kepada frontliners, Kementerian Kesihatan, PDRM, ATM, MKN dan lain-lain yang banyak berusaha untuk memastikan penularan Covid-19 di Malaysia terkawal.

Kalau saya sendiri memang tak sekuat itu untuk berkhidmat, siang malam dan meninggalkan urusan peribadi dan keluarga dan berkorban untuk negara. Show some respect, please.

Oleh Nor Zabetha

Continue Reading
OH VIRAL1 hour ago

Video: “Zaman Belum Kawen, NakaI, Mengand0ng, CERAl & Kawen Lagi,” Nabila Huda Tarik Perhatian Ramai

OH VIRAL2 hours ago

Video: Mira Filzah Tiba Tiba Tertinggi Suara Dengan Suami. Ini Cara Mira Pujuk Suami Dia

OH VIRAL6 hours ago

Fahmi Reza Makin BlADAP, Lukis Wajah Mirip DG Hisham dlm Mangkuk Jamban, Ini Tindakan Akan Dikenakan

OH VIRAL1 day ago

Akak ni Naik Angin Bila Khabib Langsung Tak Beri Ucapan kat Istri Sendiri, Sehingga Mengundang Kecaman Warganet

OH VIRAL1 day ago

Netizen Menangis Lihat Apa yg Berlaku pd Ibunda Almarhum Pengiran Muda Azim Semasa Pengebumian

OH VIRAL2 days ago

Baru Je Mangkat Hari Ini, Ini Profil Putera Azim Yg Ramai Tak Tahu, Patutlah Rakyat Brunei Syg

OH VIRAL2 days ago

Paling Tinggi! Malaysia Catat 1,228 Kes Baharu C0VlD, Punca Dari Kluster ini yg Sangat Menakutkan

OH VIRAL2 days ago

Pengiran Muda Abdul Azim, Anakanda Sultan Brunei Darussalam Mangkat, Punca Kem4tian Didedhkan

OH VIRAL3 days ago

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

OH VIRAL3 days ago

Syamsul Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia

OH VIRAL4 days ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL5 days ago

Video: “Sangat Mengerikan” Syatilla Melvin Terpaksa Jalani Pembedhan Gara Swab Test

OH VIRAL5 days ago

Video: Rakaman CCTV Tunjuk Detik2 Seorang Wanita Campak Dua Anak Buat Ramai Sebak

OH VIRAL5 days ago

Netizen Dedahkan 20 Bukti Hubungan Sebenar Neelofa dan PU Riz yg Sgt Mengejutkan

OH VIRAL5 days ago

Slps Buat Laporan PoIis, Ini Status Shca Elinnea yg Mengejutkan Kpd Individu ini Susulan Dakwaan Terbabit Skandal Pelacvran

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL3 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL5 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL5 days ago

Video: “Sangat Mengerikan” Syatilla Melvin Terpaksa Jalani Pembedhan Gara Swab Test

OH VIRAL2 weeks ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 days ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 days ago

Pengiran Muda Abdul Azim, Anakanda Sultan Brunei Darussalam Mangkat, Punca Kem4tian Didedhkan

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL2 weeks ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL6 days ago

Suami peIok, merayu memohon maaf, tapi sy tetap mintak utk dicerraikan, tIak 3 lg bagus

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 days ago

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL3 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL5 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL5 days ago

Video: “Sangat Mengerikan” Syatilla Melvin Terpaksa Jalani Pembedhan Gara Swab Test

OH VIRAL2 weeks ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 days ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 days ago

Pengiran Muda Abdul Azim, Anakanda Sultan Brunei Darussalam Mangkat, Punca Kem4tian Didedhkan

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL2 weeks ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL6 days ago

Suami peIok, merayu memohon maaf, tapi sy tetap mintak utk dicerraikan, tIak 3 lg bagus

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 days ago

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.