Connect with us

OH VIRAL

Layanan lstri Dah Tak Sama, Lagi² Bila Atas Katil, Sengaja aku Follow dan tak Sangka lstri dlm Kereta Org Lain

Published

on

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Isteri saya adalah juruaudit di sebuah syarikat swasta juga.

Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa.

Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama.

Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air.

Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam.

Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi.

KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja.

Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung.

Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini.

Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci.

Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya.

Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya.

Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”.

Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya.

Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya.

Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing.

Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan.

Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.

Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali.

Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya.

Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat.

Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya.

Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya.

Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya.

Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya.

Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka.

Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil.

Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka.

Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka.

Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu.

Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi.

Ini untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai.

Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya.

Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka.

Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara.

Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya.

Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu.

Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka.

Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap.

Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta.

Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu.

Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur.

Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu.

Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam.

Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur.

Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat.

Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku.

Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian.

Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi.

Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi.

Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya.

Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap.

Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik.

Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang.

Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong.

Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita.

Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.

Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya.

Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat.

Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.

Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup.

Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih.

Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya.

Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu.

Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri.

Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.

Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang.

Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka.

Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara.

Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka.

Apakah perkara yang hendak dibincangkan.

Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.

Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa.

Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa.

Akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya.

Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain.

Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya.

Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka.

Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka.

Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak.

Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya.

Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya.

Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya.

Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television.

Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut.

Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu.

Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.

Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian.

Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.

Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya.

Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya.

Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut.

Dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya.

Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering.

Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan.

Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya.

Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat.

Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

Sumber Krt

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

Siapa yang tidak suka apabila mempunyai jiran sering

Published

on

By

Siapa yang tidak suka apabila mempunyai jiran sering

Continue Reading

OH VIRAL

Bila Dapat Hasil Niaga, Aku Akan up Di FB, Tapi Suami Mata aku Malukan Dia

Published

on

By

Sinopsis: Masa awal perkahwinan kami hidup susah, kena k0rek tabung nak beli beras, dengan mertua h1na sebab tak ada seketul emas pun kat badan aku.

Aku nekad untuk berniaga online, dan tahun 2020 ni memang tahun rezeki kami meIimpah ruah.

Tiba – tiba suami luahkan rasa tak puas hati dengan apa yang aku up dekat sosiaI media.

Aku buntu, salah aku ke???

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.

Harap cepat min approve kisah aku. Aku tak tahu nak buat apa, aku buntu, salah ke aku?

Macam ni, aku da berumahtangga lebih kurang 10 tahun.

Aku dan suami mula – mula hidup memang dari kosong, normal kan bagi yang baru berumahtangga, dari motor buruk, dari anak pertama berhujan panas.

Kami pernah k0rek tabung nak beli beras timbang, aku pernah kena h1na dengan mak mertua aku sebab tak ada seketul emas pon kat badan aku.

Masa tu jugak aku menangis. Rasa malu sangat dah banyak susahkan family aku dan mertua.

Suami aku kerja kampung, kerja tak tetap masa tu. Aku nak kerja tapi dia pula yang tak bagi.

Tapi sampai bila kami nak mintak tolong dan sampai bila orang nak tolong kami.

Dipendekkan cerita aku nekad dalam hati mesti cari jalan keluar.

Aku mula niaga kuih muih COD dalam kampung, masa tu tak ramai lagi yang buat COD tapi alhamdulillah aku boleh la bantu sikit ekonomi suami aku.

Suami aku baik, ada masa dia caring sangat, ada masa dia Ialai juga hal anak – anak tapi aku cakap kat diri sendiri, tak ada manusia yang sempurna.

Aku terima kelemahan dia dan aku sendiri pun banyak kelemahan.

Bermula aku dapat anak yang ke-2 aku dah tak sempat niaga kuih tapi sebab aku tak nak kena h1na, aku tetap cari jalan nak tolong suami.

Aku memang minat niaga, Allah dengar doa aku. Aku mula berniaga online dan jadi droship, mula – mula tu aku hampir down sebab tak ada orang beli pun walaupon aku markup RM5 ke bawah je dari harga supplier aku bagi.

Makan tahun jugak baru orang percaya. Suami aku masih kerja sendiri, pendapatan kami sampai sekarang masih tak tetap, ada pasang dan surut.

Anak pon dah ramai rezeki datang dari pelbagai sudut. Bila aku ingat waktu susah aku akan jadi m4kin semangat nak cari rezeki.

Aku faham ekonomi suami, aku tau banyak yang dia kene tanggung, bila dia kurang atau tak ada kerja, aku akan cover ape yang patut.

Rezeki tak pernah salah alamat, tahun 2020 ni rezeki kami meIimpah ruah, kami tak ada kereta mewah, belum ada rumah sendiri tapi bagi aku cukup bahagia dah.

Aku dah mula beli ape yang aku teringin hasil titik peluh aku niaga sebab niaga online, hasil reward mesti aku muat naik dalam fb dan ig kan.

Bagi orang yang buat bisnes, mesti tau sebab ape buat itu ini kena update, bukan ri4k, tapi sekadar marketing, bila boleh beli itu ini, orang luar akan lebih percaya dengan apa kita jual.

Ok sehari dua ni aku bertekak dengan suami, kami g4duh agak serius, lepas tu kami tak bertegur selama 2 hari.

Aku dapat tahu suami berniat nak cari duit tepi dengan buat kerja yang tak halal.

Aku marah, aku meIedak, bagi aku dah cukup ape yang ada sekarang.

Aku tak pernah desak dia untuk beli apa – apa untuk aku, banyak benda yang aku nak, aku usaha sendiri sampai dapat sebab aku faham.

Duit yang ada memang dia jalankan tanggungjawab dengan baik, kadang baju dia pon lama tak tukar baru.

Tapi aku hadiahkan untuk dia, aku tak kisah berhabis pon.

Sambung balik hal g4duh tadi, walaupun sama – sama dalam rumah, sebab dah tak bertegur 2 hari tak tau kot nak mula macam mana.

Malam tadi suami aku whatsapp, dan aku pon belum habis angin, macam – macam la aku marah dan hamun jugak.

Suami aku kata apa yang aku reward dan masuk kat media sociaI tu untuk malukan dia.

WHATT? Aku tak taw nak kata apa, bila aku bagitahu niat aku tak nak susahkan dia, aku cari sendiri, bila dia tak ada job.

Duit aku niaga boleh aku cover pampes dan susu anak dan duit makan, dia kata aku mengungkit dan dia ulang benda sama dia kata aku malukan dia.

Aku sedih, aku ingat ni dah kemuncak kejayaan dan kebahagiaan buat kami, tapi bila suami whatsapp dan kata macam tu aku jadi blurrr.

Ape yang dia pernah bagi semua aku hargai, semua aku share kt socmed dengan harapan boleh jadi inspirasi buat yang baru nak mulakan kehidupan.

Ttapi dia asyik ulang aku buat semua tu sebab nak malukan dia. Aku jadi down, aku tak sangka.

Aku ingat selama ni suami aku sama – sama bahagia dengan kejayaan aku.

Aku terk3jut, aku masih bingung, selama bertahun – tahun ni kami tak Iekang bersembang suka duka, komunikasi semua ok tapi apa yang dia bagi tau malam tadi aku hampa dan kecewa.

Aku masih positifkan diri, selama tak bertegur aku dekatkan diri dengan Allah.

Mungkin aku banyak abaikan tangungjwab pada pencipta barangkali.

Aku tak mengadu pada keluarga aku sebab aku tak nak a1bkan suami aku, aku menangis sepuas – puasnya atas sejadah.

Mudahan Allah tunjukkan jalan keluar untuk masalah kami. Please doakan yang baik – baik.

Komen Warganet :

چوچو مينه لاوا : Tak yah la up reward – reward apa semua tu tayang – tayang atas alasan marketing. Guna pendekatan lain untuk tarik pelanggan atau downline.

Saya pun muak tengok orang share – share gambar duit, gelang emas, kereta apa semua.

Tak perlu kut. Padam balik status tu dan mintak maaf kat dia, mungkin dia rasa malu sebab dia tak mampu nak bagi, lain kali tak yah dah buat macam tu ..

Maslina Muhamad Muktar : Minta maaf je.

Suami mungkin rasa tercab4r. Kadang – kadang, walaupun kita mampu berdiri atas kaki sendiri, kita tetap kena tunjuk yang kita masih perlukan suami.

Duit lebih tu simpan senyap – senyap. Nak reward, tak perlu up dalam media sosiaI pun.

Fitrah suami isteri, saling memerlukan. Anggaplah teguran suami tu dari Allah.

Rina Qishzam : Mungkin caption – caption yang awak post tu buat suami awak terasa diri dia tak berguna tak dapat hadiahkan apa yang awak hajatkan.

Contoh caption “Alhamdullilah hasil jualan sendiri dapatlah lekat benda ni”

Dekat sini dah nampk ayat yang duit dan hasil tu dari diri awak sendiri dan suami awak jadi segan la kalau ada kawan – kawan atau keluarga yang tengok.

Lepas ni nak up apa – apa, sertakan ayat penghargaan dekat suami.

Tak ada kebenaran dan sokongan dia awak tak meniaga tau.

Naira Alisya Abdullah : Tak ada istilah bila niaga online wajib up kat media sosiaI.. Tu atas kehendak nak menunjuk atau tidak.

Tak perlu jadikan perbuatan idola idola kaya yang menunjuk tu satu cara yakinkan pembeli.

Cukup dengan awak jujur dalam berniaga, kepercayaan akan datang sendiri.

Suami awak tak selesa sebab nilai privacy dah hilang.. Nilai privacy lebih tinggi dari wang ringgit.

Salwa Salehan :  Saya berniaga kak, tapi tak semua yang saya beli, yang saya dapat, saya pergi jalan mana – mana, jualan saya berapa, saya up dekat media sosiaI. Sesekali boleh la.

Tapi tak perlu semua. Kalau promote produk tak apa tapi bab reward diri tu berpada – pada.

Tak apalah sis. Terima la teguran suami tu., inta maaf saja. Malam ni tidur, esok mulakan hari baru.

Sumber krt

Continue Reading

OH VIRAL

Video: Jirus dan Cium Kaki Suami, Tindakkan Ellie Suriati Mengejutkan Semua Pihak

Published

on

By

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai babak telefilem Ayat Dari Langit.

Ia  memaparkan pelakon Ellie Suriaty menjirus air lalu mencium kaki seorang lelaki sekaligus membuatkan ramai terkejut.

Ramai yang memuji kehebatan lakonan Ellie yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjayakan watak dan babak yang diberikan.

Malah, tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonan Ellie yang sanggup melakukan apa sahaja watak dan babak yang diberikan.

Selain adegan menciqum kaki itu, dialog yang menghalalkan z1ina antara Ellie dan Puteri Sarah Liyana turut meraih perhatian netizen.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Beberapa adegan menarik telefilem Ayat Dari Langit itu dikongsikan di akaun Instagram Bambam Studios sejak beberapa hari lalu.

Meskipun cerita tersebut ada berunsur pengajaran dan iktibar mengenai ajaran sesat.

Bagaimanapun ada yang meluahkan rasa bimbang apabila babak tersebut muncul di kaca televisyen kerana takut ada yang terpengaruh.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan kaki siapakah yang dicium oleh Ellie serta apakah reaksi suaminya apabila melihat babak tersebut.

Difahamkan, drama arahan Rashid Sibir itu akan disiarkan pada jam 9 malam ini.

Ayat Dari Langir mengisahkan kehidupan Ustaz Muiz dan isterinya yang mengajar ajaran sesat dan mahu pengikutnya mengikut telunjuk mereka.

Tonton Video 

Sumber Gulapop

Continue Reading
OH VIRAL1 day ago

Siapa yang tidak suka apabila mempunyai jiran sering

OH VIRAL1 day ago

Bila Dapat Hasil Niaga, Aku Akan up Di FB, Tapi Suami Mata aku Malukan Dia

OH VIRAL1 day ago

Video: Jirus dan Cium Kaki Suami, Tindakkan Ellie Suriati Mengejutkan Semua Pihak

OH VIRAL1 day ago

Walaupun Berkali² Dikecewakan Lelaki Beruniform, Ini Tujuan Sebenar Gadis ini Tetap Ingin Berkhwin dgn Golongan ini

OH VIRAL2 days ago

5 Tahun Jadi lbu Tunggal, Wanita Teruja Pilih Baju Terbaik nak KeIuar Dating, Tapi Slps 10 minit, Segalanya Terbongkar

OH VIRAL2 days ago

Bukan Mudah Jadi Jande, Aku Sering Klh dgn Nfsu Sndiri, Aku Nekad Buat Pngakuan dpn Suami Kedua

OH VIRAL2 days ago

“Syukur Sudah Keluar Dari Hidupnya” Suami Serina Akhirnya Ceritakan Pengalaman Pahit Hidup Bersama Bekas lstrinya

OH VIRAL3 days ago

Video: Mula2 je ‘Sweet’, Netizen Meluat Tengok lstri Genit Asyik Didukung Suami Kesana Sini

OH VIRAL3 days ago

Video: Pakai Sandal je Masuk Butik Mewah, Wanita Ini BeIi Beg Ribu² Guna Wang Kertas RM20

OH VIRAL3 days ago

Rentas Negeri Aidilfitri, Akhirnya KKM Beri Jawapan yg Dinantikan oleh Seluruh Rakyat Malaysia

OH VIRAL4 days ago

Dikatakan Masih Tak ‘Move On’ sbb Letak Muka ex Hubby di ‘Family Tree’ Anak, Jawapan Balas Rita Sgt Mengejutkan

OH VIRAL4 days ago

Video: Tidak Berpuasa sbb Uzur, Wanita ini Dilempang Kerana Makan dgn Bunyi Seperti..

OH VIRAL4 days ago

“Bukan Pegawai PoIis Perak” Mengejutkan Indetiti Suami Serina Akhirnya Didedahkan

OH VIRAL6 days ago

Chef Wan Gegas Jumpa Doc “SAKlT Jantvng” Gara² Sarena Lebih Utamakan Mentua

OH VIRAL6 days ago

Tindakkan Keras Akan Dikenakan Kepada yg Ingkar Memberi Makanan Kpd Gelandangan

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Patutlah Dr Amalina Tak Prnah Beritahu, Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar Suami Dia, Ibu Mula Ceritakan Semuanya Pasal Menantu Dia

OH VIRAL2 weeks ago

Sedih Bila Mak Andam Pengalaman 31 Tahun Mekap Buruk, Tindakkan MUA Bellaz Akhirnya Sangat Mengejutkan

OH VIRAL4 weeks ago

Ramai Masih Tertanya² Siapa sebenarnya Engku Emran, Rupanya Bukan Calang², Ini Latar Belakangnya

OH VIRAL3 days ago

Rentas Negeri Aidilfitri, Akhirnya KKM Beri Jawapan yg Dinantikan oleh Seluruh Rakyat Malaysia

OH VIRAL4 days ago

“Bukan Pegawai PoIis Perak” Mengejutkan Indetiti Suami Serina Akhirnya Didedahkan

OH VIRAL3 days ago

Video: Mula2 je ‘Sweet’, Netizen Meluat Tengok lstri Genit Asyik Didukung Suami Kesana Sini

OH VIRAL3 weeks ago

Dikatakan HamiI Sebelum Bernikah, Wanita ini Akhirnya Ceritakan Sesuatu yg Menyedihkan Berlaku

OH VIRAL6 days ago

Serina Beritahu Lelaki Dia Bukan Suami Org, Sekali Kantoi Wanita ini Dedah Semuanya

OH VIRAL2 weeks ago

“Setahun Tak Keluar Rumah” Aktivis R0hignya Luah di Malaysia Sudah Tak Selamat Untuk Tinggal Lagi

OH VIRAL2 weeks ago

Punyalah Susah nk Jejak, Last² Kantoikan Diri Sndiri Menyorok kat Sini Rupanya

OH VIRAL6 days ago

Sblm Kahwin Berlitup Purdah, Mlm Prtama Kantoi Semua Dibukanya Satu Persatu Buat Aku Menyesal Tak Sudah

OH VIRAL4 weeks ago

“Tak Kisah Ayah nk Kawen, Tapi Mama..” Kenyataan Aleesya Sgt Menyentuh Hati

OH VIRAL3 weeks ago

Bukan Sekadar Bergelar Jutawan, Ini Biodata Dan 10 Fakta Menarik Neel0fa Yang Tak Ramai Tahu

OH VIRAL2 weeks ago

‘Selamat TinggaI Abang’, lstri Dijmput lIahi Disebelah Suami Tercinta, Kereta Drmpuh Knderaan Lain

OH VIRAL2 weeks ago

Video: “Chatime tengah laut pula?” – Dia Naik Jet Ski, Netizen Pelik Cawangan Buka di Tgh Laut

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Patutlah Dr Amalina Tak Prnah Beritahu, Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar Suami Dia, Ibu Mula Ceritakan Semuanya Pasal Menantu Dia

OH VIRAL2 weeks ago

Sedih Bila Mak Andam Pengalaman 31 Tahun Mekap Buruk, Tindakkan MUA Bellaz Akhirnya Sangat Mengejutkan

OH VIRAL4 weeks ago

Ramai Masih Tertanya² Siapa sebenarnya Engku Emran, Rupanya Bukan Calang², Ini Latar Belakangnya

OH VIRAL3 days ago

Rentas Negeri Aidilfitri, Akhirnya KKM Beri Jawapan yg Dinantikan oleh Seluruh Rakyat Malaysia

OH VIRAL4 days ago

“Bukan Pegawai PoIis Perak” Mengejutkan Indetiti Suami Serina Akhirnya Didedahkan

OH VIRAL3 days ago

Video: Mula2 je ‘Sweet’, Netizen Meluat Tengok lstri Genit Asyik Didukung Suami Kesana Sini

OH VIRAL3 weeks ago

Dikatakan HamiI Sebelum Bernikah, Wanita ini Akhirnya Ceritakan Sesuatu yg Menyedihkan Berlaku

OH VIRAL6 days ago

Serina Beritahu Lelaki Dia Bukan Suami Org, Sekali Kantoi Wanita ini Dedah Semuanya

OH VIRAL2 weeks ago

“Setahun Tak Keluar Rumah” Aktivis R0hignya Luah di Malaysia Sudah Tak Selamat Untuk Tinggal Lagi

OH VIRAL2 weeks ago

Punyalah Susah nk Jejak, Last² Kantoikan Diri Sndiri Menyorok kat Sini Rupanya

OH VIRAL6 days ago

Sblm Kahwin Berlitup Purdah, Mlm Prtama Kantoi Semua Dibukanya Satu Persatu Buat Aku Menyesal Tak Sudah

OH VIRAL4 weeks ago

“Tak Kisah Ayah nk Kawen, Tapi Mama..” Kenyataan Aleesya Sgt Menyentuh Hati

OH VIRAL3 weeks ago

Bukan Sekadar Bergelar Jutawan, Ini Biodata Dan 10 Fakta Menarik Neel0fa Yang Tak Ramai Tahu

OH VIRAL2 weeks ago

‘Selamat TinggaI Abang’, lstri Dijmput lIahi Disebelah Suami Tercinta, Kereta Drmpuh Knderaan Lain

OH VIRAL2 weeks ago

Video: “Chatime tengah laut pula?” – Dia Naik Jet Ski, Netizen Pelik Cawangan Buka di Tgh Laut

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.