Connect with us

OH VIRAL

Bila Dapat Hasil Niaga, Aku Akan up Di FB, Tapi Suami Mata aku Malukan Dia

Published

on

Sinopsis: Masa awal perkahwinan kami hidup susah, kena k0rek tabung nak beli beras, dengan mertua h1na sebab tak ada seketul emas pun kat badan aku.

Aku nekad untuk berniaga online, dan tahun 2020 ni memang tahun rezeki kami meIimpah ruah.

Tiba – tiba suami luahkan rasa tak puas hati dengan apa yang aku up dekat sosiaI media.

Aku buntu, salah aku ke???

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.

Harap cepat min approve kisah aku. Aku tak tahu nak buat apa, aku buntu, salah ke aku?

Macam ni, aku da berumahtangga lebih kurang 10 tahun.

Aku dan suami mula – mula hidup memang dari kosong, normal kan bagi yang baru berumahtangga, dari motor buruk, dari anak pertama berhujan panas.

Kami pernah k0rek tabung nak beli beras timbang, aku pernah kena h1na dengan mak mertua aku sebab tak ada seketul emas pon kat badan aku.

Masa tu jugak aku menangis. Rasa malu sangat dah banyak susahkan family aku dan mertua.

Suami aku kerja kampung, kerja tak tetap masa tu. Aku nak kerja tapi dia pula yang tak bagi.

Tapi sampai bila kami nak mintak tolong dan sampai bila orang nak tolong kami.

Dipendekkan cerita aku nekad dalam hati mesti cari jalan keluar.

Aku mula niaga kuih muih COD dalam kampung, masa tu tak ramai lagi yang buat COD tapi alhamdulillah aku boleh la bantu sikit ekonomi suami aku.

Suami aku baik, ada masa dia caring sangat, ada masa dia Ialai juga hal anak – anak tapi aku cakap kat diri sendiri, tak ada manusia yang sempurna.

Aku terima kelemahan dia dan aku sendiri pun banyak kelemahan.

Bermula aku dapat anak yang ke-2 aku dah tak sempat niaga kuih tapi sebab aku tak nak kena h1na, aku tetap cari jalan nak tolong suami.

Aku memang minat niaga, Allah dengar doa aku. Aku mula berniaga online dan jadi droship, mula – mula tu aku hampir down sebab tak ada orang beli pun walaupon aku markup RM5 ke bawah je dari harga supplier aku bagi.

Makan tahun jugak baru orang percaya. Suami aku masih kerja sendiri, pendapatan kami sampai sekarang masih tak tetap, ada pasang dan surut.

Anak pon dah ramai rezeki datang dari pelbagai sudut. Bila aku ingat waktu susah aku akan jadi m4kin semangat nak cari rezeki.

Aku faham ekonomi suami, aku tau banyak yang dia kene tanggung, bila dia kurang atau tak ada kerja, aku akan cover ape yang patut.

Rezeki tak pernah salah alamat, tahun 2020 ni rezeki kami meIimpah ruah, kami tak ada kereta mewah, belum ada rumah sendiri tapi bagi aku cukup bahagia dah.

Aku dah mula beli ape yang aku teringin hasil titik peluh aku niaga sebab niaga online, hasil reward mesti aku muat naik dalam fb dan ig kan.

Bagi orang yang buat bisnes, mesti tau sebab ape buat itu ini kena update, bukan ri4k, tapi sekadar marketing, bila boleh beli itu ini, orang luar akan lebih percaya dengan apa kita jual.

Ok sehari dua ni aku bertekak dengan suami, kami g4duh agak serius, lepas tu kami tak bertegur selama 2 hari.

Aku dapat tahu suami berniat nak cari duit tepi dengan buat kerja yang tak halal.

Aku marah, aku meIedak, bagi aku dah cukup ape yang ada sekarang.

Aku tak pernah desak dia untuk beli apa – apa untuk aku, banyak benda yang aku nak, aku usaha sendiri sampai dapat sebab aku faham.

Duit yang ada memang dia jalankan tanggungjawab dengan baik, kadang baju dia pon lama tak tukar baru.

Tapi aku hadiahkan untuk dia, aku tak kisah berhabis pon.

Sambung balik hal g4duh tadi, walaupun sama – sama dalam rumah, sebab dah tak bertegur 2 hari tak tau kot nak mula macam mana.

Malam tadi suami aku whatsapp, dan aku pon belum habis angin, macam – macam la aku marah dan hamun jugak.

Suami aku kata apa yang aku reward dan masuk kat media sociaI tu untuk malukan dia.

WHATT? Aku tak taw nak kata apa, bila aku bagitahu niat aku tak nak susahkan dia, aku cari sendiri, bila dia tak ada job.

Duit aku niaga boleh aku cover pampes dan susu anak dan duit makan, dia kata aku mengungkit dan dia ulang benda sama dia kata aku malukan dia.

Aku sedih, aku ingat ni dah kemuncak kejayaan dan kebahagiaan buat kami, tapi bila suami whatsapp dan kata macam tu aku jadi blurrr.

Ape yang dia pernah bagi semua aku hargai, semua aku share kt socmed dengan harapan boleh jadi inspirasi buat yang baru nak mulakan kehidupan.

Ttapi dia asyik ulang aku buat semua tu sebab nak malukan dia. Aku jadi down, aku tak sangka.

Aku ingat selama ni suami aku sama – sama bahagia dengan kejayaan aku.

Aku terk3jut, aku masih bingung, selama bertahun – tahun ni kami tak Iekang bersembang suka duka, komunikasi semua ok tapi apa yang dia bagi tau malam tadi aku hampa dan kecewa.

Aku masih positifkan diri, selama tak bertegur aku dekatkan diri dengan Allah.

Mungkin aku banyak abaikan tangungjwab pada pencipta barangkali.

Aku tak mengadu pada keluarga aku sebab aku tak nak a1bkan suami aku, aku menangis sepuas – puasnya atas sejadah.

Mudahan Allah tunjukkan jalan keluar untuk masalah kami. Please doakan yang baik – baik.

Komen Warganet :

چوچو مينه لاوا : Tak yah la up reward – reward apa semua tu tayang – tayang atas alasan marketing. Guna pendekatan lain untuk tarik pelanggan atau downline.

Saya pun muak tengok orang share – share gambar duit, gelang emas, kereta apa semua.

Tak perlu kut. Padam balik status tu dan mintak maaf kat dia, mungkin dia rasa malu sebab dia tak mampu nak bagi, lain kali tak yah dah buat macam tu ..

Maslina Muhamad Muktar : Minta maaf je.

Suami mungkin rasa tercab4r. Kadang – kadang, walaupun kita mampu berdiri atas kaki sendiri, kita tetap kena tunjuk yang kita masih perlukan suami.

Duit lebih tu simpan senyap – senyap. Nak reward, tak perlu up dalam media sosiaI pun.

Fitrah suami isteri, saling memerlukan. Anggaplah teguran suami tu dari Allah.

Rina Qishzam : Mungkin caption – caption yang awak post tu buat suami awak terasa diri dia tak berguna tak dapat hadiahkan apa yang awak hajatkan.

Contoh caption “Alhamdullilah hasil jualan sendiri dapatlah lekat benda ni”

Dekat sini dah nampk ayat yang duit dan hasil tu dari diri awak sendiri dan suami awak jadi segan la kalau ada kawan – kawan atau keluarga yang tengok.

Lepas ni nak up apa – apa, sertakan ayat penghargaan dekat suami.

Tak ada kebenaran dan sokongan dia awak tak meniaga tau.

Naira Alisya Abdullah : Tak ada istilah bila niaga online wajib up kat media sosiaI.. Tu atas kehendak nak menunjuk atau tidak.

Tak perlu jadikan perbuatan idola idola kaya yang menunjuk tu satu cara yakinkan pembeli.

Cukup dengan awak jujur dalam berniaga, kepercayaan akan datang sendiri.

Suami awak tak selesa sebab nilai privacy dah hilang.. Nilai privacy lebih tinggi dari wang ringgit.

Salwa Salehan :  Saya berniaga kak, tapi tak semua yang saya beli, yang saya dapat, saya pergi jalan mana – mana, jualan saya berapa, saya up dekat media sosiaI. Sesekali boleh la.

Tapi tak perlu semua. Kalau promote produk tak apa tapi bab reward diri tu berpada – pada.

Tak apalah sis. Terima la teguran suami tu., inta maaf saja. Malam ni tidur, esok mulakan hari baru.

Sumber krt

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

Menolak Permintaan Suami utk ‘Brsama’ Ketika Masih Brpntang, Tak Sgka ini yg Berlaku Ketika lstri Pulang dari Hspital

Published

on

By

“Nad, saya tahu kau pernah heart broken. Saya tahu kau menulis dan bila saya baca kisah Hapus Airmata, kau betul-betul buat saya tenggelam dalam airmata.

Saya teruskan lagi sambung baca cerita yang lain dan saya tahu wanita ini sudah cukup terluka hatinya dan tengok apa yang diberi pada kau.”

“Kau selalu share tentang kisah benar mereka yang meluah pada kau.

Saya faham mereka ini antara individu yang malu atau tak tahu bagaimana cara mahu bercerita di akaun sendiri tak kurang juga yang mahu dapatkan kata mutiara yang keluar dari mulut kau.

You’re gifted selepas jatuh berjuta kali. By the way, nama saya Mary. Saya harap kau sudi balas chat saya ini.

Saya ada kisah untuk kau baca dan saya perlukan kata-kata nasihat dari kau.” – Mary

Demikianlah bunyi chat yang saya dapat dari Mary pada bulan lalu. Pada waktu itu masih hangat isu rumahtangga Bella Astilah & Alif Aziz.

Saya simpan penulisan ini untuk dikongsikan pada lain hari dan saya membuat keputusan untuk kongsikan pada hari ini.

Semoga bermanfaat. Kepada Mary, terima kasih kerana izinkan saya berkongsi kisah ini dengan mereka yang lain untuk dijadikan pengajaran mahupun teladan.

Hai Nad. Nama saya Mary. Saya sudah berkahwin sejak 8 tahun yang lalu. Perkenalan saya dengan suami adalah dari rakan kami masing-masing.

Pada masa itu rakan saya menyambut hari jadinya. Dia telah menjemput saya untuk hadir ke majlis itu di Hilton Kota Kinabalu Hotel.

Majlis itu memang sangat meriah apalagi bila teman lelaki rakan saya ini melamarnya saat itu juga.

Dan pada masa itulah saya berjumpa dengan suami saya. Dia adalah rakan baik kepada teman lelaki rakan saya.

Dari hanya berbual biasa, berteman dan selalu bertemu waktu makan tengah hari, 6 bulan selepas itu, dia mahukan saya menjadi teman istimewanya.

Hati memang berbunga saat itu sebab saya memang sudah jatuh hati padanya.

Saya pernah kecewa dan putus tunang 2 tahun sebelum itu tapi kehadiran Mark (nama suami saya) berjaya membuka hati saya untuk jatuh cinta lagi.

Saya bertugas sebagai pegawai eksekutif sebuah syarikat manakalah Mark adalah seorang penjawat awam badan beruniform dan dia adalah tulang belakang kepada anak-anak buahnya.

Dia merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk kes2 dan sebagainya.

Hanya itu yang Mark ceritakan pada saya mengenai tugasnya kerana saya faham itu adalah hal sulit jabatan dan negara. Jadi, saya tak pernah bertanya lebih.

Kami berkahwin setelah lebih setahun bersama sebagai pasangan kekasih.

Majlis kami amatlah sederhana dan hanya dihadiri saudara terdekat, rakan baik dan ketua Mark ditempat kerja.

Jadi, memang tak ramai yang tahu kami sudah berkahwin. Selepas berkahwin, saya mengikut Mark ke tempat baru dan kami menyewa rumah di sana.

Saya berhenti kerja semata-mata mahu mengikut Mark dan mahu selalu bersamanya.

Di awal usia perkahwinan, semuanya tampak indah dan Mark memang jaga makan minum saya dengan baik.

Bila saya bersendirian, Mark tak pernah larang saya untuk keluar ke bandar dan berbelanja.

Pada mulanya saya suka tapi lama-kelamaan, saya rasa tiada maknanya saya berhibur kalau suami saya tiada bersama saya.

Mark mula sibuk dan jarang pulang ke rumah bila dia ditukar unit lain. Kadang dia terpaksa tidur di tempat kerja kerana jarak rumah dan tempat kerja agak jauh.

Apalagi bila tugas dan operasi selesai pada waktu subuh. Esoknya, dia perlu kerja lagi. Jadi, Mark memilih untuk tinggal di tempat kerja.

3 tahun berkahwin. Saya minta izin Mark untuk bekerja semula. Mark melarang tapi saya keras kepala. Saya bertegas.

Kami bergaduh besar kerana isu ini. Saya minta kami untuk berpisah sementara. Berjauhan buat seketika.

Saya mahu bekerja kerana saya cukup bosan tinggal di rumah. Mark terpaksa akur dengan kehendak saya. Kami berjauhan dan saya pulang ke Kota Kinabalu semula untuk bekerja.

Lagipun, saya memang ada rumah di sini. Saya tak perlu menyewa. Di sini ada keluarga, rakan-rakan saya bersama. Saya gembira.

Mark hanya pulang sebulan 3 kali paling maksimum untuk menjenguk saya dan keluarga yang lain.

Dari 3 kali, Mark mula tunjukkan perubahan amat besar. Pernah sebulan tak balik jenguk saya. Saya mula rasa curiga padanya.

Apalagi kawasan tempat Mark bertugas boleh dikatakan hangat dengan aktiviti sosial dan pendatang asing dari Filipina.

Macam-macam anasir, bisikan jahat saya dapat dari rakan-rakan saya.

Bayangkanlah kami berjauhan. Siapa tidak rindu dan teringin mahu melakukan hubungan bersama, kan? Saya buat keputusan untuk bercuti dan melawat Mark.

Saya sengaja tidak khabarkan padanya. Sampainya saya di rumah, saya terkejut tengok keadaan dalam rumah.

Bersepah, berbau, bekas tapau makanan yang tidak dibuang, bau hancing dan banyak lagi. Saya kemas semua dan tunggu dia pulang.

Bila dia pulang, dia terkejut melihat saya. Bukan terkejut yang teruja tapi seakan ada sesuatu yang dia sembunyikan dari saya.

Isteri mana tidak akan curiga, kan?

Tanpa bertanya khabar, saya terus minta telefon bimbitnya untuk diperiksa. Dia beri dengan muka selamba. Saya periksa satu demi satu.

Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia berlaku selingkuh. Saya minta Mark berpindah semula ke Kota Kinabalu tapi dia berkeras.

Saya tersentap. Dia kata inilah impiannya dalam tugas.

Dia mahu capai satu demi satu. Saya marah. Dia hanya fikirkan tentang kerja tanpa fikirkan tentang kami terpaksa berjauhan.

Dia balas saya semula, siapa suruh saya bekeras mahu balik ke Kota Kinabalu dan bekerja semula. Saya diam. Saya menangis. Kami bergaduh besar lagi kerana isu ini.

Malam itu, dia keluar tanpa beritahu saya. Saya kecewa dan sangat terkilan dengan Mark.

Subuh dia pulang dengan keadaan mabuk. Dia terbaring di dapur dengan bau alkohol dan sangat selekeh. Saya yang masih mahu menangkan ego, biarkan saja.

Saya biar dia bangun sendiri. Petangnya, saya pulang ke Kota Kinabalu semula. Dia tahan saya jangan pergi, saya hanya buat bodoh saja.

“Kalau kita masih macam ni, lepaskan saja saya. Capailah apa kau mau dalam kerja tu. Saya bukan isteri kau!” Saya tarik tangan saya dari Mark.

Saya balik ke Kota Kinabalu dengan perasaan marah dan kecewa.3 bulan kami tak berhubung.

Saya menangis siang malam mengenangkan nasib saya untuk perkahwinan kami.

Mark ada hubungi saya tapi saya tak layan. Dia memaklumkan dia akan ke suatu tempat untuk tempoh yang lama kerana ada operasi. Dia minta saya doakan dia.

“Pegilah dengan kerja kau itu! Pegilah! Itu nyawa kau kan! Nda payah peduli pasal saya!”

Saya baling telefon bimbit dan menangis. Saya keluar malam itu bersama rakan satu tempat kerja.

Tanpa saya duga, saya terjumpa bekas tunang saya. Dia kelihatan amat berbeza.

Lebih segak, lebih kemas dan saya dengar dari rakan saya, dia memang jadi igauan wanita lain di kelab malam itu.

Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Saya terkejut dan tak sangka saya boleh terjumpa dia semula. Dia berjalan ke arah saya dan kami berbual.

Malam itu, dia bawa saya ke tempat lain kerana katanya susah untuk berbual dalam keadaan bising.

Saya hanya menurut. Dia katakan dia tumpang gembira bila dengar saya sudah berkahwin.

Saya melihat pada buah rantai dilehernya. Itu cincin pertunangan kami. Saya tersentap.

Pada waktu kami putus dahulu, dia memang tidak memulangkan cincin dengan alasan sudah hilang. Saya seakan lupa diri saya sudah berkahwin saat itu.

Saya tewas dengan airmata bekas tunang saya. Dia meluahkan segalanya. Dia katakan dia tunggu saya cukup lama tapi nampaknya saya sudah berkahwin.

Saya tenggelam dan melepaskan keburukan suami saya padanya. Saya kesunyian dan Berry (nama bekas tunang saya) setia menjadi pendengar yang baik.

Kami selalu bertemu untuk makan tengah hari dan minum petang. Hujung minggu dia akan bawa berjalan dan membeli-belah.

Perubahan ini mendapat perhatian rakan baik saya, Ella. Ella menasihati saya agar berhati-hati.

Suami Ella, iaitu Harith, rakan baik Mark turut berpesan pada saya jaga batas sebagai isteri orang.

Jangan lupa perjanjian yang diucapkan semasa perkahwinan dihadapan altar. Saya hanya menjawab, “Siapa suruh Mark lebih memilih kerja berbanding saya?!”

Mereka diam selepas saya melenting. Saya tidak kisah apa kata orang pada masa itu. Saya hanya mahu bahagia, hanya mahu kesunyian saya diisi.

Mark mampu beri saya wang gajinya tapi apa guna bila dia tak bersama saya? Lainlah Berry.

Dia setia temankan saya ke mana saja saya mahu pergi.

Dan kerana lalai, saya serahkan tubuh saya untuk dijamah oleh Berry. Saya kehausan.

Benar, wanita juga ingin dibelai. Tanpa rasa bersalah, saya ulang dosa ini berkali-kali. Saya bahagia bersama Berry. Berry memujuk meminta saya tinggalkan Mark.

Dia sanggup lakukan apa saja untuk saya. Dia sanggup serahkan kunci rumah barunya kepada saya sebagai hadiah.

Dia sanggup serahkan 50 peratus simpanannya pada saya. Saya juga terkejut melihat amaun yang dia tunjukkan.

10 tahun Mark bekerja, belum tentu dia dapat beri saya sebanyak itu. Siapa tidak mahu, kan? Tipu kalau saya kata saya tak mahu.

Selepas 10 bulan berjauhan, Mark tiba-tiba pulang. Saya terkejut. Dia pulang tanpa khabarkan apa-apa.

Dia kata, dia takkan pulang ke sana lagi kerana ketua sudah luluskan surat pindahnya. Saya betul-betul terkejut.

Saya cuma mampu berdiri kaku melihat dia di muka pintu. Waktu itu saya sudah bersiap mahu makan malam bersama Berry.

“Sayang, cantik-cantik begini mahu ke mana?” Wajahnya cukup ceria dengan beg masih digalas, luggage masih dipegang.

Saya hanya diam. Saya tak sempat mahu menghubungi Berry untuk membatalkan makan malam kami.

Tapi, kali ini saya selamat. Berry menghantar pesanan Whatsapp mengatakan ;

“Baby, I’m sorry. Tiba-tiba ada hal. Kita jumpa esok, okay? I love you.”

Saya lega. Saya letak semula telefon bimbit saya dan sambut suami saya. Saya angkat semua beg dan pimpin tangannya.

Nampak gayanya, Mark tidak tahu akan perihal saya dan Berry. Ella dan Harith masih menjaga rahsia saya. Syukurlah.

Malam itu, Mark bawa saya untuk makan malam tapi hati saya tak bahagia langsung. Saya tak mahu dia ada di sini.

Saya tak mahu dengan dia lagi. Selesai makan malam, Mark bawa saya tengok wayang. Itu aktiviti kegemaran kami berdua.

Saya hanya menurut saja. Dia masih suami saya dan saya tak mahu dia curiga dengan saya. Hati saya sudah tawar.

Malam itu juga, kami bersama tapi fikiran saya melayang memikirkan Berry.

Suami saya berhenti dan menyarung semula pakaiannya. Saya terkejut. Adakah dia perasan sesuatu? Lampu dibuka dan saya terkejut bila wajahnya merah.

Matanya berkaca. Dia menangis. Saya terus bangun dan sarungkan gaun tidur saya kembali. Mark berlalu ke bilik mandi dan meraung.

Saya terkejut. Dia keluar semula dan tatap muka saya. Itulah kali pertama saya melihat dia menangis.

“Why, sayang? Why?” Soalnya. “Apa dia?” Soal saya dengan nada naif. “Jangan pura-pura tidak tahu, sayang. Saya ini apa? Tunggul kayu?”

Dia menekup muka dan menangis. “Mark… kenapa ni?” “Mark? Kenapa sayang tidak lagi panggil saya hubby?”

Dia angkat muka dan tenung saya. “Apakan?!” Saya melenting. “Siapa lelaki tu? Bekas tunang sayang, kan?” Bergetar suara dia.

Saya terdiam. Dia tahu. Ya, memang dia tahu.

“Sayang tau ka, hubby penat kerja siang malam, push ops sana sini, supaya apa? Supaya hubby boleh bawa sayang pindah ke KK balik.

Hubby tau sayang kesunyian di sana. Tapi tak bolehkah sayang bersabar walau sekejap? Bagi hubby masa untuk kita? Sayang pergi tinggalkan hubby, hidup hubby tak terurus.

Hubby rindu sayang siang malam, sampai sakit masa ops, jatuh dalam gaung, demam. Tapi sayang, apa sayang buat ni?

Kenapa sanggup biarkan orang lain masuk dalam rumah kita? Apa dosa hubby sama sayang?”

Dia terduduk dan melutut. Dia menangis. Saya boleh nampak seluruh tubuhnya bergegar. Saya mendekat. Saya mahu tenangkan dia.

Saya tak tahu apa lagi saya boleh lakukan. Hati saya seakan padam untuknya. Saya belai kepalanya. Dia mendongak. Dia bangun kembali dan tatap muka saya.

“Jangan tinggalkan hubby, sayang.” Dia merayu dan belai wajah saya.”Mark, lepaskan saya.” saya menjawab.

“Sayang… kenapa jadi begini?” Dia tertunduk dan menangis. “Saya kesunyian, Mark. Berry datang dan temankan saya.” jawab saya. “Berry?

Apa kurangnya hubby. Hubby sanggup buat apa saja untuk sayang. Kenapa mesti dia?” tanya mark. “Masa dan perhatian.

Saya mahu itu. Kau dapat bagi? Kau dapat tinggalkan kerja kau untuk saya?” tanya saya. “Sayang… kenapa begini?” “Nampaknya kau belum bersedia buat apa saja untuk saya.”

Saya lepaskan dia dan berjalan ke ruang tamu. Saya ambil telefon bimbit dan hubungi Berry. Saya minta dia datang ambil saya.

Saya tak tahan mahu melihat Mark lagi. Berry setuju untuk jemput saya. Saya bersiap dan bawa pakaian saja.

Mark halang saya. Bagi saya masa itu, dia hanyalah lelaki biasa.

Dia sampai melutut minta saya jangan pergi. Dia peluk saya, cium saya berkali-kali, saya tolak dia. Hati saya sudah tawar.

Bagi saya dia hanya lelaki yang gagal. Gagal bahagikan masa untuk saya. Sehingga Berry sampai, saya tinggalkan Mark begitu sahaja.

Saya masih dapat dengar jerit tangis Mark. Dalam kereta, Berry terus peluk saya minta saya bersabar.

Saya mula tinggal dengan Berry selepas itu. Saya tukar nombor telefon dan tidak bekerja lagi. Ahli keluarga juga saya tak hubungi.

Saya bercuti ke sana sini bersama Berry. Dia manjakan saya lebih dari yang Mark mampu lakukan.

Suatu hari, saya disahkan hamil selepas pengsan semasa di Jakarta. Masa itu saya bercuti dengan Berry.

Pulang dari Jakarta, layanan Berry tidak lagi sama. Dia jarang pulang dan tiada lagi gelaran manja untuk saya. Saya kesunyian dan selalu mengharapkan perhatian Berry.

Saya hamil dan morning sickness memang teruk. Saya yakin Berry akan bertanggungjawab tapi saya silap.

Masuk 6 minggu hamil, Berry minta saya keluar dari rumah dan balik pada Mark. Saya terkejut. Saya takkan buat semua itu! Tidak akan!

Saya takkan balik pada Mark yang kayu itu! Berry kata dia tak mahukan anak itu. Saya terkejut! Ini anaknya!

“Macam mana kau yakin betul itu anak aku? Clubbing, minum, entah mana lelaki bawa kau tidur, kau on saja, kan?

Macam yang saya buat sama kau. Sikit saja saya jentik, terus kau mahu sampai lupa ada laki di rumah. Dasar betina jalang!”

Saya meraung, menangisi hidup saya saat itu. Saya malu. Saya buntu. Berry halau saya dan saya buat keputusan bekerja semula.

Kerjalah di mana pun, saya sanggup. Saya gunakan simpanan saya untuk gugurkan kandungan saya. Tapi saya silap percaturan.

Saya mengalami turun cairan merah yang teruk dan dikejarkan ke hospital. Saya masuk wad dan perlukan pemerhatian rapi.

3 hari saya di wad, dengan berbekalkan kudrat yang masih ada, saya kuatkan semangat untuk terus kuat.

Saya keseorangan dan tiada siapa tahu saya dimasukkan ke wad.

Tengah hari itu, waktu saya pulang dari tandas dengan beg tambah cairan merah masih tergantung.

Berjalan perlahan dengan sisa kudrat yang tinggal, saya terkejut bila melihat seorang jejaka dengan pakaian lengkap beruniform, terletak kemas jambangan bunga mawar merah ditangannya dengan tanda nama ‘Mark’ pada seragamnya.

Saya bergetar. Saya genggam erat tiang yang menempatkan beg cairan merah saya.

Saya tak mampu berkata apa-apa. Seakan saya mahu lari darinya kerana saya malu! Malu dengan dia! Setelah apa yang saya lakukan!

Saya malu pada insan dihadapan saya. Saya tunduk dan menangis. Pandangan jadi kabur dan saat itu terasa bahu saya dipegang.

Wajah kami amat hampir. Matanya berkaca merenung saya.

“Duduk dulu nanti pengsan.” Dia pimpin saya menuju katil. Haruman tubuhnya, wangian Polo yang memang jadi kegemarannya menusuk kalbu.

Saya merenung dia. Dia tersenyum. “Kenapa belum makan makanan hospital ni? Mesti tak sedap, kan? Sinilah hubby suapkan.

Nanti kalau tak makan, macam mana nak dapat tenaga?” Dia tersenyum sambil angkat pinggan makanan hospital.

“Nanti malam hubby bawakan makanan sedap. Ella kata nanti dia datang. Dia masih di KL, petang baru sampai.”

Dia mula suapkan saya dengan tangannya. “Makanlah, regain balik energy tu.” Dia mula mengumpulkan isi ayam dan sayur lalu digumpal.

Menitis airmata saya. Saya terima suapannya. Jarinya masuk ke mulut saya.

Dia lap sisa makanan di bibir saya. Akhir sekali, dia lap airmata saya. “Makan pun nangis. Tak comel dah.”Saya tak dapat menahan perasaan saya.

Saya meraung dan menangis. Dia cepat-cepat lap tangan dengan tisu dan terus peluk saya.

Dia kucup dahi dan ubun kepala saya. Dia kucup lagi kedua belah pipi saya dan juga mata saya.

“Hubby sangka akan kehilangan sayang selamanya. Jangan pergi lagi, ya. Stay with me.” Saya angguk dengan sungguh-sungguh.

Rupanya pihak hospital telah mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat untuk mencari maklumat saya.

Kes saya dilaporkan pada pihak polis dan akhirnya mereka jumpa maklumat saya.

Pada hari saya dikejarkan ke hospital, saya separa sedar dan saya tak dapat beri maklumat saya dengan jelas apalagi saya memang tak mahu mereka tahu keberadaan dan keadaan saya.

Selepas 5 hari di wad, saya mula ceritakan semua yang terjadi pada doktor, pihak jabatan kebajikan dan juga suami saya, Mark.

Kami menjalani Family Conference. Sepanjang sesi, wajah Mark tampak sangat tenang.

“Hubby tahu, sayang akan balik pada hubby. Hubby sanggup tunggu. Hubby selalu ambil tahu sayang ke mana.

Hubby selalu nampak sayang dengan dia. Sampai bos kata hubby dayus sebab tidak lepaskan sayang. Hubby tak mahu kehilangan sayang.

Cuma sayang yang hubby mahu. Hubby pegang janji perkahwinan kita depan altar.”

“Saat susah dan senang, sakit dan sihat, kekal setia dan hanya tuhan boleh memisahkan.

Semua orang buat silap tapi hubby tetap mahu sama sayang sebab hubby tahu sayang berubah kerana silap hubby juga, terlalu biarkan sayang berdikari dan sendirian.

Jaga diri sayang untuk hubby. Kali ini kita berjuang bersama. Biarlah orang kata hubby bodoh, dayus tapi hanya sayang hubby mahu.

Tuhan ampunkan umatnya berjuta kali, 7 kali 7 kali 7 dan 7 juta kalilah, Tuhan tetap ampunkan. Hubby cuma manusia biasa dan hubby maafkan sayang.”

Saya menangis membaca surat yang diselitkan pada jambangan bunga. Pada ketika itu, Mark tertidur di kerusi sebelah saya.

Saya senyum dalam tangisan. Saya capai tangannya. Dia terbangun lalu tersenyum.”Kenapa? Sayang mahu minum? Mahu ke tandas?” Soalnya.

Saya menggeleng. Saya terus tarik tangannya dan dia bangun. Saya peluk dan cium kedua belah pipinya. Dia tersenyum.”Mana boleh begini.

Masih sakit tu. Rehat dulu, nanti kita eheemmm.” Dia sempat bergurau, saya cubit lengannya.Seminggu di wad, saya dibenarkan pulang.

Di rumah, saya berehat dan Mark mengambil cuti untuk menjaga saya. Ella dan Harith juga selalu datang melawat saya. Suatu hari, Ella ceritakan pada saya.

“Hati lelaki memang keras tapi kau bertuah sebab ada husband macam Mark.

Bila dia dapat tahu hal kau dengan Berry, siang malam dia telefon Harith minta tengokkan kau. Dia risau.

Dia tengah operasi masa itu, tak dapat nak keluar dari kawasan dan cuma dapat call sekejap saja. Harith pun satu, pegi bagitau masa itu juga.”

Puas aku marah dia. Harith dapat call Mark jatuh masa operasi. Lepas dorang cuba call kau tapi kau tak angkat.

Retak bahagian tulang dada. Seminggu di hospital. Masa itulah dia dikeluarkan dari operasi dan balik ke KK untuk light duty. Kau tak nampak muka dia masa kami melawat, happy.

Dia happy sebab dapat balik ke KK semula. Dia tahu kau dengan Berry tapi dia masih happy.

Harith marah dia suruh jangan dayus sangat tapi dia kata, dia yakin kau akan balik padanya.

Tapi malam, dia menangis. Dia kata dia rindu kau.”

Saya menitiskan airmata. Melihat Mark datang saya terus bangun dan peluk dia.”Ni dah kenapa ni? Sabar.

Tunggu sembuh dulu baru kita proses.” Dia buat lawak lagi. Harith dan Ella ketawa. Inilah kisah perjuangan rumah tangga saya.

Keselingkuhan yang sangat jijik. Penghinaan pada suami yang setia pada saya.

Saya selalu merasa terhina padanya tapi Mark selalu ingatkan saya, saya manusia biasa dan saya maafkan kau, sedangkan Tuhan ampunkan umat.

Saya cukup bersyukur punya suami seperti Mark.

Dan, pada 11 November 2018, tepat pada tarikh hari jadi saya, Mark pergi buat selamanya.

Gone but never be forgotten. Kejadian yg tk diigini terjadi pada Mark akibat hilang kawalan.

Waktu itu dia teruja mahu pulang dan menyambut hari jadi saya.

Mark pergi buat selamanya dengan kek, jambangan bunga dan belon untuk saya.

Lebih memilukan, hadiah yang tersimpan dalam kotak baldu merah. Kunci sebuah rumah dua tingkat. Rumah itu siap dihias dengan bilik tidur bayi untul bayi sulung kami.

Tapi, kuasa Tuhan, tiada siapa mampu halang. Tuhan lebih sayangkan Mark. Dia tak beri kesengsaraan pada Mark.

Tubuh badan Mark sempurna waktu itu. Hanya luka pada tangan dan kaki. Wajahnya tersenyum dan ada rosari dalam genggamannya.

Mereka kata, Mark meghembuskan nafas terakhir sbb sesak nafas kerana terhimpit akibat keretanya terbalik.

Saya tahu, rosari itu adalah rosari yang digantung dalam kereta. Hadiah dari saya sewaktu kami masih bercinta dahulu.

Saya kuat hadapi semua ini kerana saya tahu Mark tak mahu saya bersedih lagi. Dia sudah buat yang terbaik untuk rumah tangga kami.

Saya selamat melahirkan anak pertama kami selepas 8 tahun berkahwin, jatuh dan bangun bersama pada bulan Januari tanggal 20.

Ibubapa Mark menjaga saya dengan baik. Mereka tak pernah adili kisah silam saya.

Kini baru saya sedar kenapa Mark begitu, kerana ibubapanya yang cukup baik. Itu semua telah diajarkan padanya sejak kecil. Bapa Mark katakan pada saya ;

“Dayus seorang lelaki itu hanya apabila dia gagal bimbingi dan maafkan isterinya.

Saya selalu kata pada dia, apapun salah isterimu, fikirkan juga puncanya. Mungkin kau selalu abaikan dia. Kau tidak dayus tapi kau suami yang setia.”

Menitis airmata saya sambil dukung anak lelaki sulung kami. Dari situ saya belajar, lelaki yang baik itu masih ada.

Salah seorangnya adalah suami saya sendiri. Lelaki bijak menyembunyikan keselingkuhan, keburukan seorang isteri kerana mereka bukan jenis beremosi.

Mereka tahu hal itu terjadi kerana mereka menganggap sebagai suami, mereka gagal bimbingi isteri ke jalan yang baik. Setia dan airmata seorang lelaki itu amat mahal nilainya.

Hargailah suami anda. Treat him like a King, you’ll be treated like a Queen. Saya merindui dia.

Rindu yang tiada penghujungnya. Saya bersyukur, dia pergi namun tinggalkan tanggungjawab dan amanah untuk saya iaitu anak kami.

Bila saya rindu, saya tatap mata anak saya, saya akan dapat rasakan kehadiran Mark bersama kami.

I love you, forever.

SUMBER : Natalia Aivy Dibit

Continue Reading

OH VIRAL

Suami Merayu Benarkan Dia Kahwin Lain, dan Beri, Aku Izinkan Tp Dgn Syarat Bagi Aku Cuti 2 Bulan, Dia Jaga Anak

Published

on

By

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca.

Nak kongsikan cerita, ni fb kawan saya. Laki saya mintak izin nak kahwin lain. alasan?

Sebab saya dah hodoh, tak style macam dulu. Kat rumah pakai kain batik je. Anak 4 orang.

3 lelaki dan sorang perempuan. Dulu saya secretary. So selalu siap cantik. Tapi husband suruh behenti kerja, jaga anak.

Husband saya lebih dari mampu nak kawin 2 dari segi kewangan. Tapi lain2 saya tak berapa yakin.

Jadi saya bagi syarat, nak kawin boleh, amek cuti 2 bulan, jadi suri rumah. Jaga anak 4 org yang “active” ni.

Nak tengok dia boleh urus diri sendiri macam sekarang tak. Still smart macam sekarang tak. Sedangkan dia pun saya yang urus.

Dia izinkan saya pergi bercuti selama 2 bulan tu. Dia fikir konon amek hati la sebab saya boleh izinkan dia kawin.

Tak sampai 2 bulan, call merayu2 menangis suruh saya balik. Cakap tak mampu nak jaga anak sorang.

Meanwhile selama ni saya urus semua sorang diri.

Dia tau balik kerja, sambung buat keje kat rumah, tidur. Tau tau bangun tidur semua siap.

Saya tak nak balik, nak dia betul-betul rasa bersalah dan buat keputusan bijak.

Gf dia call saya maki maki cakap saya tak bertanggungjawap. Saya gelak kan je dia.

Bf dia tu yang baru tau erti tanggungjawap sebenar. Bukan cari nafkah je. Lain tinggal terkongtang kanting kat bini.

Husband hari2 call merayu, facetime saya menangis2 mintak saya balik tolong tengokkan anak.

Dia cakap dah putus dgn gf dia dan baru sedar kesilapan dia selama ni. Dia yang salah tak tolong saya.

Tak bagi saya ruang untuk cantik kan diri.

Selama 2 bulan saya bercuti saya sempat manjakan diri, cantikkan diri.

Baru dia sedar, saya h0doh sebab tak ada masa utak diri sendiri. Semua masa saya untuk anak2 dan diri dia.

Alhamdulillah kami bahagia semula. husband betul betul berubah.

Husband mula tolong sama2 jaga anak2, jaga rumah. Bawak saya dating. Bawak saya pergi spa.

Belikan saya baju baru. Senang cerita. Cantiknya isteri, disebabkan ada suami yang menyokong dibelakangnya.

Jadi suami, kalau isteri tak cantik, tanya diri sendiri, apa je yang awak lakukan utak cantikkan isteri?

Jangan tau nak cari lain je. selami apa yang isteri lalui hari2.

Btw saya pun menangis hari2 dalam masa bercuti 2 bulan tu sebab rindukan anak2

Bila blk kg dpt bilik aircond tkut cucu panas. Bila anak aku nk amik kuih cucu kesayangan dihalaunya.

Sepanjang tempoh perkahwinan 4 tahun, dah banyak kali suami makan hati dengan sikap mak yang pilih kasih.Suami ada 3 orang adik beradik, dan dia anak kedua.

Dia merupakan seorang yang pendiam dan sangat jarang maarah atau tinggikan suara. Yang sulung Abang Afiq, sudah berkahwin dan kerja sebagai pegawai di bank terkemuka di Johor.

Adik bongsunya pula sedang menuntut di IPTA Perak. Abang Afiq, walaupun gajinya tinggi, namun seolah duitnya tak pernah cukup. Kerana isterinya seorang yang demanding.

Suka berbelanja, suka travel dan suka tukar kereta atau perabot macam salin kulit. Natijahnya, dia akan usaha untuk pinjam duit dengan suamiku.

Suamiku pula hanyalah pekerja biasa di sebuah syarikat swasta. Gajinya hanya cukup – cukup untuk keperluan kami sekeluarga. Selebihnya dibuat simpanan untuk hal kecemasan.

Ibu mertuaku sangat melebihkan anak sulungnya dalam apa – apa hal. Saat Abang Afiq merajuk bila tak dapat pinjam duit dengan suamiku, dia akan mogok tak nak pulang ke kampung.

Dan ibu pula akan berterusan memujuk suamiku supaya meminjamkan duit sambil menangis -nangis. Hati anak mana yang tak akan lembut kalau mak dah merayu – rayu.

Lalu dalam tak reIa, dia gunakan duit kec3masan untuk dipinjamkan pada Abang Afiq.

Seperkara lagi, Abang Afiq dan keluarga akan dilayan dengan sangat istimewa tiap kali mereka pulang ke kampung.

Di bilik mereka disediakan aircond supaya isteri dan anak tak panas tapi dalam bilik aku dan suami cuma ada kipas sahaja. Bangun tidur pkul 9 dan segalanya dah tersedia.

Cucu kesayangan pula dihidangkan dengan pelbagai pilihan kuih muih sehingga ayah mertua aku selalu membebeI sebab membazir katanya.

Bila anak aku cuba dekat, nak ambil kuih – kuih tu, ditepisnya tangan anak aku dan kata,

“Allah hai… awak nihh, awak tu dah hari – hari duk sini, boleh beli sendiri. Bagi la diorang makan, jangan kacau. Pergi main kat luar sana”, lalu keluarlah anak aku dengan muka sedih.

Aku pujuk lalu aku ajak mereka bermain di luar. Suamiku hanya memerhatikan saja dari ruang tamu.

Aku tahu dia terasa, namun dia tak akan luahkan. Tidak bahkan pada aku. Cuma aku sebagai isteri, aku kenal setiap raut wajah suami.

Bila Abang Afiq hadiahkan mak baju kurung sempena Raya, mak akan canangkan hadiah pemberian Abang Afiq itu pada semua sed4ra mara.

Bila ada yang memuji, “Alhamdulillah… boleh la juga pakai baju mahal – mahal ni sebab Along belanja. Kalau tak, takdenya nak merasa..” sambil jeling sinis pada suamiku.

Ye, suamiku hanya pekerja biasa bergaji biasa. Cuma apa yang dia tak tahu, duit baju kurung itu Abang Afiq pinjam dari suamiku.

Suamiku hanya diam sambil menunduk. Teringat aku pada sepasang baju kurung yang suamiku hulurkan pada mak 2 minggu sebelumnya.

Kemas tersimpan di almari agaknya. Sedangkan suami begitu teruja bertanyakan pendapatku tentang baju yang dibelinya.

Kemuncak semuanya, bila Abang Afiq minta ibu jagakan anak – anak mereka kerana dia perlu berkursus dan isterinya mahu ikut bersama.

Mak turutkan saja dengan senang hati. Selang setengah jam, pasti dihantar gambar cucu – cucunya di Group WhatsApp walaupun Abang Afiq tak pernah bertanya.

Beberapa bulan selepas itu, ditakdirkan anak bongsu kami terkena demam panas. Paniklah kami untuk membawa anak ke hspitaI.

Lalu suami decide untuk bawa anak sulung kami tidur bersama mak ayah. Kerana risau kami terp4ksa bermalam di hospitaI.

Namun ayat Mak dari dalam bilik sampai hari ni aku ingat, “Lepas ni dah boleh jadi pengasuhlah aku nih.

Nak kena jaga anak orang pulak. Habis bila yang aku nak rehat?”. Aku dengar suara ayah menegur mak dengan keras, tapi takku dengar butir bicaranya.

Tanpa tunggu lama, suami heret kami masuk ke dalam kereta. Sambil tidurkan anak bongsu kami yang masih panas berbahang, tanganku mencapai tangan suami, cuba menyalurkan kekuatan padanya.

Dan aku tiba – tiba terdengar suara kecil suami menahan tangis. Ya Allah, ini kali pertama dia menangis. Dia tewas, setelah bertahun lamanya dia memendam rasa.

Sehingga hari ini, dia tak pernah minta tolong mak untuk jagakan anak kami walau susah macam mana sekalipun.

Abah juga pernah suarakan pada kami supaya tinggalkan anak – anak bermalam sehari dua, tapi suami menolak dengan lembut. Katanya, takut anak – anak menangis tengah malam nanti.

Dalam rasa kecil hatinya, dia tetap menunaikan tanggungjawab seperti biasa pada mak dan ayah. Langsung tiada beza.

Abang, ketabahanmu mengagumkan Ina. Abang suami dan anak yang baik, terlalu baik. Biar apa kata orang, Abang tetap insan paling baik Ina pernah jumpa.

Tak pernah tinggikan suara pada kami mahupun pada mak ayah. Sentiasa bertungkus lumus dengan pekerjaanmu.

Biar apa orang kata, Ina dan anak – anak bahagia bersama Abang. Semoga hati mak terbuka satu hari nanti untukmu, Abang.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet.

Nadia Erina, Puan memang bijak. Maaf saya cakap , sebilangan suami bukan semua ya.

Bila dh senang atau selesa lupa jasa isteri dibelakang takbir. Keperluan dia isteri siap sedia, jaga anak2 tunggang terbalik.

Bila buruk rupa paras isteri dikatakan hodoh.

Tapi masalahnya isteri tak de masa utak diri sendiri semua ala kadar saja sbb hidup dia utak suami dan anak2.

Cuba bg masa utak isteri, suami jaga anak2 kejap2 dh tanya bila nak balik.

Anak2 buat perangai bagai. Habis selama isteri jaga tu anak tak buat perangai ke?

Suami isteri sepatutnya sama2 menggalas tanggungjawab rumahtangga bersama.

Bukan lepas kpd 1 pihak saja. Kalau rasa tak nak, tak payah berumah tangga. Menyusahkan anak orang saja.

Azizah Zara, first time saya dengar pengakuan/tindakan bijak seorang isteri. Tahniah, awak buat yang terbaik. Salute awak.

Moga jadi contoh ikutan para isteri kat luar yang mghadapi masalah Sama mcm awak.

Tindakan awak yang sgt2 rasional. Tanpa “Latah meluru” sangat Bagus untum ajar lelaki macam ni. Moga awak kekal bahagia sis.

Abdul Hafiz, Ni lah silapnye lelaki. Bila wife dah xcantik mula lah nak kawin lain.

Sebelum tu ade tak suami bagi duit belanja kat isteri?. Duit untuk cantik kan diri?.

Ni tau buat anak je. Setahun sekali bagi bini ngandung. Duit belanja pun tak bagi. Macam mana lah bini nak cantik.

Mohd Yatim, Yang ni saya sokong 100% untuk memberi pengajaran.

Dan pemahaman kepada suami2 yang tak paham2 dan saja tak nak paham kenapa isteri jadi macam tu.

Dah lah sanggup korbankan keadaan fizikal yang lawa kerana mengandungkan zuriat

(kadang2 korbankan nyawa), korbankan masa dan tenaga jaga anak dan keperluan suami.

Kadang2 korbankan masa untuk keluarga sendiri demi keluarga suami dan bermacam2 lagi pengorbanan yg dilakukan.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Continue Reading

OH VIRAL

Video: Slps Dikecam Teruk Di Majlis Tempoh Hari, Tak Sangka ini yg Terjadi Pd PU Amin

Published

on

By

Selepas gambar bersama ‘instafamous’ seksi menjadi tular di serata laman sosial, Pencetus Ummah (PU) Amin mengakui merasa serik.

Dan kini lebih berhati-hati untuk menerima jemputan dari mana-mana individu.

Memetik temubual bersama mStar, pendakwah bebas itu berkata kontroversi tersebut adalah satu pengajaran buat dirinya.

Dan pendakwah lain agar berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan fitnah.

Slps Dikecam Teruk Di Majlis Tempoh Hari, Tak Sangka ini yg Terjadi Pd PU Amin

“Lepas majlis itu ada banyak jemputan event berbuka puasa, saya dah takut nak pergi.

“Nak bergambar pun dah takut sebab tu saya pakai mask macam sekarang ni, selain menjaga SOP saya jaga diri saya, ” ujarnya kepada mStar.

Menurut PU Amin, biarpun menerima banyak jemputan berbuka puasa, dia sudah serik untuk menghadiri majlis sebegitu mahupun mengambil gambar dengan mana-mana individu.

Selain itu, bekas peserta Pencetus Ummah itu turut menegaskan bahawa belakangan ini ramai pihak penganjur suka menjemput pendakwah menghadiri majlis mereka.

Namun, akhirnya para pendakwah juga yang dijadikan bahan kecaman netizen.

“Banyak program sekarang ni apa-apa je nak jemput pendakwah, penyudahnya mereka yang kena teruk.

“Apa-apa pun kalau boleh kita berjaga-jaga lah atas setiap jemputan yang datang, ” katanya.

Jadi, lelaki berusia 31 tahun itu sempat menasihati para pendakwah agar berhati-hati sebelum memilih untuk menghadiri sebarang majlis bagi mengelakkan kontroversi ‘panas’.

Slps Dikecam Teruk Di Majlis Tempoh Hari, Tak Sangka ini yg Terjadi Pd PU Amin

Terdahulu, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu teruk dikecam netizen.

Ini apabila beberapa keping gambar bersama instafamous seksi tular di serata laman sosial.

Berikutan itu, PU Amin tampil menjelaskan perkara sebenar dan meminta instafamous terbabit memadam gambar mereka di laman sosial Instagram.

Sumber: mStar Online (Hawa Soleha Saleem)

Continue Reading
OH VIRAL2 days ago

Menolak Permintaan Suami utk ‘Brsama’ Ketika Masih Brpntang, Tak Sgka ini yg Berlaku Ketika lstri Pulang dari Hspital

OH VIRAL5 days ago

Suami Merayu Benarkan Dia Kahwin Lain, dan Beri, Aku Izinkan Tp Dgn Syarat Bagi Aku Cuti 2 Bulan, Dia Jaga Anak

OH VIRAL5 days ago

Video: Slps Dikecam Teruk Di Majlis Tempoh Hari, Tak Sangka ini yg Terjadi Pd PU Amin

OH VIRAL6 days ago

Janda Anak Satu Berani Wasap Ajak Bermadu, Padahal Kehebatan Suami 2 Min pun Tak Sampai

OH VIRAL1 week ago

3x Ngndung, 3x gak Aku Keguguran, Akhirnya Suami Ugut Jatuh TaIak Kalau Gugur Lagi

OH VIRAL1 week ago

Ada Makcik Duduk Sebelah Aku dlm Bas, Tiba² Rasa Semacam, Dan Mula Rasa Basah Sangat kat Bahagian tu, Maafkan sy Makcik

OH VIRAL1 week ago

Wanita Ini Kena Tahan Sbb Kantoi Guna Borang Rentas Negeri Palsu, Namun Ramai Tepuk Dahi Lihat Apa Ditulis Dlm Borang

OH VIRAL2 weeks ago

Jiran Lelaki Pelawa Masuk Rumah, Ajak Main Hempap², Masa Tu Aku Masih Tak Faham Apa yg Dia Cuba Nak Buat, Hingga Satu Hari Ini Yang Terjadi

OH VIRAL2 weeks ago

Kami Cadang Nikah Slps Raya, Sekali Seorang Lelaki Masej Aku Gambar² Tunang Aku yg Menghairahkan

OH VIRAL2 weeks ago

Selamba ‘Sound’ Pegawai Yang Kompaun Peniaga Burger, Pembaca Berita Astro Awani Terima Pujian

OH VIRAL2 weeks ago

Aku Tersalah Sentuh Badan Istri, Esok Balik Rumah Tgk Istri Dan Ank Aku Hilang, Rupanya Dalam Diam Ini Yang Isteri Buat

OH VIRAL2 weeks ago

Terpisah Kerana PKP, Suami lstri Diduga Anak Lemas dlm Tali Air

OH VIRAL2 weeks ago

Hanya Kerana Niaga Burger Dpn Rumah , Peniaga Terkejut Tiba² PoIis Beri Kompaun 50k

OH VIRAL2 weeks ago

Lelaki Didenda 50 Ribu Kerana Berniaga Berger Depan Rumah, Tapi Alasan Diberikan Sgt Mengejutkan

OH VIRAL2 weeks ago

Anak Mngamuk Sbb Abah BeIikan Dia Myvi, Padahal Dia nk Honda Sbb Kwn2 Dia Bawa BMW dgn Volkswagen, Tak Sangka Ini Jadi Akhirnya

OH VIRAL4 weeks ago

Rentas Negeri Aidilfitri, Akhirnya KKM Beri Jawapan yg Dinantikan oleh Seluruh Rakyat Malaysia

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Tak Sangka yg Dulu Setia Jaga Suami Terlantar, Sekarang Dah Sihat Siap Menyanyi Tikt0k

OH VIRAL4 weeks ago

Video: Mula2 je ‘Sweet’, Netizen Meluat Tengok lstri Genit Asyik Didukung Suami Kesana Sini

OH VIRAL3 weeks ago

“Lelaki atau sy yg Salah” – 2 Tahun Menjanda, Rihana Oksana Dedah Punca Percer4ian

OH VIRAL4 weeks ago

“Bukan Pegawai PoIis Perak” Mengejutkan Indetiti Suami Serina Akhirnya Didedahkan

OH VIRAL3 weeks ago

Ibu Dikatakan Punca Penceraian dgn Mawar Karim? Lama Pendam Diri, Akhirnya Fizo Omar Luahkan Semuanya

OH VIRAL4 weeks ago

Serina Beritahu Lelaki Dia Bukan Suami Org, Sekali Kantoi Wanita ini Dedah Semuanya

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Selit Duit pun Tak ‘Jalan’, Laki Kantoi ‘Curang’ Gigih Pujuk lstri dlm Bilik

OH VIRAL2 weeks ago

Selamba ‘Sound’ Pegawai Yang Kompaun Peniaga Burger, Pembaca Berita Astro Awani Terima Pujian

OH VIRAL3 weeks ago

Bercinta 3 Tahun, Tapi Baru Nikah 2 Minggu, Wanita Pasrah ‘Dijandakan’ Dgn TaIak Tiga

OH VIRAL4 weeks ago

Sblm Kahwin Berlitup Purdah, Mlm Prtama Kantoi Semua Dibukanya Satu Persatu Buat Aku Menyesal Tak Sudah

OH VIRAL2 weeks ago

Aku Tersalah Sentuh Badan Istri, Esok Balik Rumah Tgk Istri Dan Ank Aku Hilang, Rupanya Dalam Diam Ini Yang Isteri Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Ini Tarikh Byaran Dan Jumlah Baki Yang Akan Diterima Bantuan Prihatin Rkyat Fasa Dua

OH VIRAL3 weeks ago

Video: “Jantan Tak Guna” LeIaki Jadi Mngsa Curah Milo Menggelupur Kerana Cvrang

OH VIRAL3 weeks ago

Video: “Tajam Pandangan Fazura” Tengok Kawan ‘Wanita’ Nya Menggeletis Dgn Suaminya Sendiri

OH VIRAL4 weeks ago

Rentas Negeri Aidilfitri, Akhirnya KKM Beri Jawapan yg Dinantikan oleh Seluruh Rakyat Malaysia

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Tak Sangka yg Dulu Setia Jaga Suami Terlantar, Sekarang Dah Sihat Siap Menyanyi Tikt0k

OH VIRAL4 weeks ago

Video: Mula2 je ‘Sweet’, Netizen Meluat Tengok lstri Genit Asyik Didukung Suami Kesana Sini

OH VIRAL3 weeks ago

“Lelaki atau sy yg Salah” – 2 Tahun Menjanda, Rihana Oksana Dedah Punca Percer4ian

OH VIRAL4 weeks ago

“Bukan Pegawai PoIis Perak” Mengejutkan Indetiti Suami Serina Akhirnya Didedahkan

OH VIRAL3 weeks ago

Ibu Dikatakan Punca Penceraian dgn Mawar Karim? Lama Pendam Diri, Akhirnya Fizo Omar Luahkan Semuanya

OH VIRAL4 weeks ago

Serina Beritahu Lelaki Dia Bukan Suami Org, Sekali Kantoi Wanita ini Dedah Semuanya

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Selit Duit pun Tak ‘Jalan’, Laki Kantoi ‘Curang’ Gigih Pujuk lstri dlm Bilik

OH VIRAL2 weeks ago

Selamba ‘Sound’ Pegawai Yang Kompaun Peniaga Burger, Pembaca Berita Astro Awani Terima Pujian

OH VIRAL3 weeks ago

Bercinta 3 Tahun, Tapi Baru Nikah 2 Minggu, Wanita Pasrah ‘Dijandakan’ Dgn TaIak Tiga

OH VIRAL4 weeks ago

Sblm Kahwin Berlitup Purdah, Mlm Prtama Kantoi Semua Dibukanya Satu Persatu Buat Aku Menyesal Tak Sudah

OH VIRAL2 weeks ago

Aku Tersalah Sentuh Badan Istri, Esok Balik Rumah Tgk Istri Dan Ank Aku Hilang, Rupanya Dalam Diam Ini Yang Isteri Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Ini Tarikh Byaran Dan Jumlah Baki Yang Akan Diterima Bantuan Prihatin Rkyat Fasa Dua

OH VIRAL3 weeks ago

Video: “Jantan Tak Guna” LeIaki Jadi Mngsa Curah Milo Menggelupur Kerana Cvrang

OH VIRAL3 weeks ago

Video: “Tajam Pandangan Fazura” Tengok Kawan ‘Wanita’ Nya Menggeletis Dgn Suaminya Sendiri

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.