Semasa

Bayi 15 bulan meninggal disyaki terjerut di rumah pengasuh, ahli keluarga tuntut pembelaan

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila mengetahui anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari dan ditatap bagai minyak yang penuh pergi buat selama-lamanya dalam keadaan yang menyayat hati.

Bayangkan jika sebagai ibu bapa berhadapan dengan situasi seperti ini, pastinya akan berasa sedih dan marah.

Begitulah nasib yang menimpa pasangan suami isteri ini setelah anak mereka didapati meninggal dunia di rumah pengasuhnya.

Bayi 15 bulan meninggal disyaki terjerut

Menurut laporan Utusan Malaysia, seorang bayi perempuan bernama Nour Rania Asyifaa Yuseri yang berusia 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri di dalam buaian.

“Pakar forensik berpandangan kesan jerutan di leher Baby Syifaa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.” kata Yuseri.

Ibu bapa mahu tegakkan keadilan

Berdasarkan luahan yang dikongsikan di laman Facebook itu, Yuseri berpendirian bahawa dia tidak akan berdiam diri kerana ia melibatkan nyawa anak bongsunya.

Dia sekeluarga berharap agar kes siasatan kematian  Syifa mendapat keadilan dan mestilah diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di samping itu, dia berharap agar pihak polis turut menyiasat kedua-dua pengasuh, suami dan adik perempuan pengasuh anaknya itu yang dikatakan tidak bertugas sepanjang bulan Februari.

Bayi 15 bulan meninggal disyaki terjerut di rumah pengasuh, ahli keluarga tuntut pembelaan

Apa-apa pun, semoga kes kematian Baby Syifa mendapat pembelaan selayaknya dan suspek dikenakan hukuman yang setimpal.

Sumber: Utusan Malaysia (Afifi Hafiz Mohd Nor, Nur Shafawati Yup) , Facebook Yuseri Yusoff

Leave a Reply

Your email address will not be published.