Semasa

Bayi Disahkan Jantung Berlubang Diusia Lima Bulan, Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Selepas Sejam Dilahirkan

Kehilangan insan tersayang sudah pasti memberi kesan mendalam pada diri seseorang, apatah lagi bagi sosok seorang ibu yang kehilangan cahaya mata yang dikandungnya sembilan bulan.

Ibu mana yang tak sedih bila menerima khabar bayi meninggal dunia setelah dilahirkan. Sirna segala impian seorang ibu ingin melihat si anak membesar di depan mata.

Begitu juga dengan wanita yang dikenali sebagai Muniey Nurnasuha ini. Hanya Tuhan yang tahu bertapa luluhnya hati ibu ini kehilangan bayi yang baru sejam dilahirkan.

Bayi hidap jantung berlubang

Kisah memilukan ini turut dikongsikan Muniey di group Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) Official sehingga mendapat sorotan warga net.

“Saya dah selamat melahirkan baby boy 6 November 2021, pukul 6.19 petang baru ni.

“Pada pukul 7.40 malam, anak saya telah pergi buat selamanya.

“Al-Fatihah untuk anak syurga mama,” tulis Muniey dalam hantaran di group berkenaan.

18 Julai lalu, Muniey turut berkongsi di group sama bahawa anaknya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang dengan tujuan meminta pendapat ibu-ibu ahli group tersebut untuk melakukan persediaan.

Allah lebih sayangkan adik..”

Bayi Disahkan Jantung Berlubang Diusia Lima Bulan, Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Selepas Sejam Dilahirkan

Bayi Disahkan Jantung Berlubang Diusia Lima Bulan, Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Selepas Sejam Dilahirkan

Bercerita lanjut tentang momen menegangkan di saat mahu melahirkan, Muniey memuatnaik sebuah hantaran di laman Facebook miliknya dan turut bersyukur segala urusan pengebumian anaknya dipermudahkan. Ikuti perkongsian Muniey di bawah ini.

Allah permudahkan perjalanan adik. 40 minggu tiga hari. 6 November 2021 (Sabtu) pukul 8 pagi mama ada rasa sakit perut dan keluar darah. Dalam pukul 10 lebih baru pergi Hospital Serdang.

Pukul 4 petang dah masuk labour room dan pecah ketuban. Pukul 6 mama dah tak tahan terus teran. Lahirlah adik pukul 6.19 petang.

Tapi Allah lebih sayangkan adik. Allah jemput adik pukul 7.40 malam.

7 November 2021 mama discaj sekali uruskan adik kat forensik.

Masa tu mendung sangat. Macam nak hujan. Siap kebumi adik, terus hujan. Hujan rahmat. Allah mudahkan urusan kita.

Mama rindu anak mama.

“Anak syurga tunggu di sana..”

Menjengah ke ruangan komen, warga net rata-rata mengucap takziah kepada Muniey sekeluarga dan turut tumpang sebak dengan kisah yang dikongsi ibu ini.

Bayi Disahkan Jantung Berlubang Diusia Lima Bulan, Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Selepas Sejam DilahirkanBayi Disahkan Jantung Berlubang Diusia Lima Bulan, Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Selepas Sejam DilahirkanBayi Disahkan Jantung Berlubang Diusia Lima Bulan, Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Selepas Sejam DilahirkanBayi Disahkan Jantung Berlubang Diusia Lima Bulan, Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Selepas Sejam Dilahirkan

Muniey ketika dihubungi SK berkata, perkongsiannya hanya sekadar menyimpan kenangan dan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga net yang sudi mendoakan anak syurganya.

Takziah buat Muniey sekeluarga. Semoga Muniey dan para ibu yang senasib terus tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Muniey Nurnasuha

Leave a Reply

Your email address will not be published.