
Soal anak menjadi perbincangan sensltif khususnya bagi pejuang garis dua yang sudah lama berkahwin. Tidak perlu menunggu sampai 10 tahun, hatta yang belum merasa rezeki hamiI selepas 24 bulan pernikahan pun pasti akan mula tertekan. Tambah lagi jika wujudnya asakan daripada orang sekeliling.
Namun bagi seorang wanita bernama Atierah Zulfathie ini, seorang netizen yang tidak dikenali telah mengajukan soalan sensitif berbunyi “tak teringin ke nak anak?” kepadanya. Meskipun nampak tabah, dia gagal menahan kesedihan lalu menangis di sesi IG Live terbabit.
Video ada di bawah:
Untuk pengetahuan, sebelum ini dia dan suaminya Apit Johari telah berkahwin pada tahun 2019. Sejak itu, mereka masih belum dikurniakan sebarang zuriat namun tetap bersyukur kerana sesungguhnya masih banyak rezeki lain yang diberikan Allah. Andai ada yang tidak suka dengan dirinya, dia tidak kisah jika pengikut mahu unfollow daripada asyik melemparkan persoalan berbaur mengguris hati.
Meraih 300 ribu jumpah tontonan, tangisan Atierah membuatkan netizen sama-sama menjadi sebak. Selain berkongsikan perasaan sebagai wanita TTC, mereka mendoakan moga wanita ini akan merasai kehamilan suatu hari nanti.
SUMBER/KREDIT: TkT0k bebytora