Semasa

Suami hadiahkan kereta tapi bukan kereta idaman aku

Beberapa bulan haritu suami cakap nak belikan aku kereta, aku dah cakap aku nak pilih sendiri pergi showroom. Tapi tiba – tiba suami dah belikan kereta baru untuk aku. Aku kecewa sangat, sampai dekat showroom aku tak keluar pun dari kereta. Aku menangis. Sampai sekarang suami tak minta maaf lagi..

#Foto sekadar hiasan. Aku dah berkahwin. Punya seorang suami dan dua orang anak. Suami aku baik, bagus alhamdulillah.. Walaupun bukan stok suami idaman tapi bila dia ada di rumah alhamdulillah anak – anak terjaga, pinggan mangkuk berbasuh dan kain baju bersidai.

Kami buat semuanya bersama – sama.Tapi aku tengah sedih sekarang ni sebabnya aku tengah konfIik dengan diri aku sendiri dan suami yang aku cintai. Kisahnya, beberapa bulan lepas suami ada menyatakan bahawa dia nak membelikan aku sebuah kereta untuk kegunaan aku.

Supaya mudah pergi balik kerja dan bawa anak – anak berjalan time dia tak ada (selama ni pergi kerja dia hantar dan dia ambil). Aku bila dengar je macam tu. Woww hati berbunga – bunga beb. Nak dapat kereta la katakan, suami pulak yang belikan.

Tapi, minggu lepas masa tengah sembang – sembang dia ada hint pasal nak beli kereta, nak tengok kereta, sambil tengok – tengok aku, jeling – jeling, senyum-senyum. Tapi tak cakap bila harinya. Dalam hati ada sikit pelik.

Tapi aku tak tanya. Tunggu je dia ajak. Kemudian satu hari tu kami bawak anak – anak pergi makan, dia cakap lepas ni nak tengok kereta. Aku pun exc1ted. Inilah hari yang ditunggu – tunggu. Lepas makan semua tu aku pun buat – buat tanya, lepas ni nak tengok kereta ke?

Dia diam dan senyum. Dia kata, “sebenarnya saya dah beli pun kereta tu.” Seri0usly masa tu, muka aku terus berubah. Aku terk3jut. Aku tanya lagi untuk kepastian. Dan dia kata ya, katanya nak buat surpr1se untuk aku. Surpr1se??

Dah tu, ni kata nak pergi tengok kereta? Ya, nak tengok kereta yang dia dah pilihkan untuk aku. Katanya lagi dokumen semua dah lengkap tinggal bank transfer duit ke kedai tu. Terk3jut lagi. Namun aku masih berharap, aku tanya kalau saya tak suka macam mana?

Dia cakap tak boleh buat apa la dan dia beri jaminan bahawa aku memang akan suka kereta tu siap bagitau jenis dan model kereta tu. Aku speechless. Takde perasaan. Sampai kedai kereta, dia ajak turun tapi aku tak turun.

Aku terasa hati, terasa hak aku dinafikan. Dia pergi sorang. Aku duduk dalam kereta tiba – tiba termenangis. Aku tak tahu apa yang sebak sangat aku ni. Mungkin hari tu hari yang aku tunggu – tunggu, tapi akhirnya dikecewakan macam tu aje.

Perasaan frust dia tu ibarat aku setia giIa dengan dia tiba – tiba dia ada perempuan lain. Haha. Masa tu aku fikir tak dapat kereta pun takpelah, dah jom balik aje. Haha.. teruknya aku. Masa dalam perjalanan balik, suami cuba pujuk aku.

Dia cakap sump4h dia takde niat lain, cuma nak buat k3jutan untuk aku je. Aku cakap kat dia, kalau nak surpr1se bukan macam ni. Ajak aku survey – survey kereta kemudian tanya aku nak kereta apa. Tak payah beli lagi pun takpe.

Dia boleh je senyap – senyap belikan kereta yang aku suka tu. Baru surpr1se. Dia cakap sama je macam – macam mana pun. Aku masa tu tak nak dengar dah apa alasan dia. Cuma aku salahkan dia sebab aku dah bagitau nak ikut masa beli kereta.

Dia diam dan kata dia serba salah. Kami diam lepas tu. Sampai rumah aku memang tak bercakap dengan dia. Dia pun tak bercakap dengan aku. Cakap pun yang penting – penting je. Dia pun takde slow talk minta maaf apa semua.

Aku masih melayan rajuk. Tapi tugas dan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu tetap aku laksanakan. Anak – anak tak bersalah. Selama beberapa hari fasa dingin kami, aku bermuhasabah. Memang aku terkilan sebenarnya.

Dia bekerja, aku pun bekerja. Dia penat, aku pun penat. Beberapa bulan lepas dia dinaikkan pangkat. Dan dia sem4kin sibuk sampaikan hujung minggu sabtu ahad pun bekerja. Hujung minggulah masa untuk kami meluangkan masa dengan anak – anak sambil membereskan kerja rumah yang terbengkalai.

Tapi mengenangkan kerja dan kesibukan dia aku redha ditinggalkan bersama dua anak lelaki yang tengah melasak ya ampun. Ditambah dengan kerja rumah, memasak, membasuh semua. Aku ikhlas buat semua tu. Kami dah lama tak pergi holiday.

Pun aku redha sebab aku faham kerja dia. Tapi bab yang satu ni memang buat aku merajuk. Dulu – dulu masa baru – baru kahwin pun dia pernah buat surpr1se belikan aku smartphone. Ceritanya sama je. Tapi mujurlah yang tu cuma smartphone aje dan nasib baik aku suka.

Ni sebijik kereta woi, terkilannya rasa sebab dia menanggung hutang loan bertahun – tahun sedangkan aku tak suka pun. Sebab tu aku tak suka surpr1se. Kot surpr1se aku balik – balik keje rumah dah siap kemas, anak – anak dah mandi, siap makanan dah terhidang tu lain la.

Memang aku suka. Yang kata aku tak bersyukur tu jangan salah faham. Bukan aku tak bersyukur. Aku cuma terkilan. Macam lah korang tak pernah rasa terkilan. Dan aku cuba positifkan diri untuk terima je apa bentuk kereta tu.

Oh ya, aku tunggu jugak suami aku datang mintak maaf sebab pandai – pandai gi beli sendiri tapi nan hado. Makan hati lagi. Sekarang ni kereta tu tak sampai lagi. Aku dah tahu jenis, model dan warna dia. Tak perlu la mention kereta apa ye.

MaIangnya aku tak berminat. Sekarang ni aku terbayang kalau kereta tu dah sampai sekali pun aku takkan bawak dan aku tetap akan minta suami yang ambil dan hantar aku pergi kerja. Kadang  – kadang terfikir biar dia je la ambik kereta tu, biar aku pakai kereta buruk dia.

Aku tak kisah. Tapi kereta dia kereta manual. Adoi laa.. Kepada nanti yang akan kata alahai benda kecik je, merajuk sebab suami beli kereta yang dia tak minat. Bersyukur la ada jugak kereta. Ramai lagi yang takde kereta.

Ya, ya sekarang ni aku cuba jugak untuk terima kereta tu seadanya dengan harapan lama – lama nanti aku akan suka. Aku ada la jugak niat nak jual balik kereta tu nanti dan beli kereta yang aku minat tapi of course la dia tak bagi.

Malas aku nak deal. Kereta tu nama dia, loan pun nama dia. Geram je aku. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau dia pujuk aku slow – slow dan terangkan apa sebab dia buat semua ni. Aku ok je insyaAllah boleh terima tapi tu la macam aku cakap tadi, dia tak cakap apa-  apa pun.

Eg0nya lahai. Aku sekarang ni tak marah dah dengan suami aku. Rasa berd0sa buat macam tu. Suami oi. Aku tetap hormat, sayang dan cintakan dia. Doakan hatiku lembut.

Sambungan… Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku Arizatul. Dan sebagaimana tajuk tentu pembaca semua dah tahu dan baca serta komen di confession pertama aku. Aku ucapkan terima kasih kerana membaca dan beri resp0ns.

Tapi aku tak sedap hati lalu mengundang aku untuk menulis confession kedua ni. Biar aku jelaskan. Pertama ramai yang b4sh aku sebab ayat aku untuk suami “bukan stok suami idaman”. Ramai yang salah faham.

Maksud aku bukan stok suami idaman tu adalah bukan idaman ramai perempuan di luar sana. Dia idaman aku seorang. Sebab kalau tengok, suami aku ni sangatlah sederhana orangnya. Biar aku beri tahu. Kami bercinta 7 tahun ye.

Kot mana bukan suami idaman aku? Semasa mula – mula kenal, kami muda remaja. Aku sedang mempersiapkan diri untuk masuk ke universiti yang sah – sah menjanjikan aku satu jawatan dalam kerajaan. Guess what?

Suami aku masa tu duduk di kampung dengan nenek dia (dibesarkan oleh nenek) ke hulu ke hilir tanpa ada matlamat hidup yang jelas. Orang ajak ke laut, pergi ke laut. Buat kerja – kerja kampung start daripada habis sekolah.

Dia anak orang miskin. Tapi yang buat aku jatuh cinta adalah keperibadian dia. Sangat hormat orang tua, soft spoken, jujur dan sangat baik dengan semua orang. Dia juga tak mer0kok. Tinggal di kampung, bercampur dengan kutu – kutu d4dah dan sebagainya langsung tak membuatkan diri dia terjebak.

Dia pernah cakap, kawan – kawan dia ramai yang matgian. Bercampur sekali tapi Alhamdulillah dia tak terikut. Nak isap r0kok pun tak pandai. Ini ciri – ciri suami idaman aku. Ada ke orang pandang lelaki yang hidup di kampung, miskin dan tak ada pekerjaan tetap?

Aku tak cakap aku mulia tapi aku tak tengok dari sudut tu. Semasa bercinta mungkin dia sedar taraf dia berbanding aku. Tapi aku nampak usaha dia. Slow – slow dia cuba apply sambung belajar dengan kemampuan dia.

Of course aku support. Sampai duit loan belajar aku pun bagi kat dia time dia sesak. Akhirnya aku berjaya pegang degree dan dia hanya sijil SKM. Aku syukur sangat. Berbekalkan sijil tu dia membina kerjaya dia sedikit demi sedikit sehingga dia berjaya capai apa yang dia ada sekarang.

Alhamdulillah. Aku tetap seorang pegawai kerajaan. Gaji dia lebih besar daripada aku. Syukur sangat. Dia sangat berterima kasih pada aku sebab katanya akulah pendorong kuat dia selama ni. Aku ada di sebalik susah senang dia.

Aku ceritakan semua ni bukan untuk berbangga tapi untuk clear salah faham ramai tentang “bukan stok suami idaman” tu. Kedua, aku ada baca juga komen – komen yang mendoakan supaya aku diceraikan, dimadukan, suruh suami aku cari yang lain la.

Aku cuma nak cakap Allah tak akan memakbulkan doa h4mba-Nya yang bersifat pengani4yaan kepada h4mba-Nya yang lain. Jaga – jaga bahasa bila berbicara. Bahasa melambangkan siapa diri anda. Banyak – banyaklah berdoa, takut berbalik kepada diri sendiri, anak – anak atau saud4ra terdekat.

Nauzubillah. Ini bukan doa ye. Oh ye, kepada adik – adik, kakak – kakak yang single atau yang mencari j0doh untuk siapa – siapalah. Kalau nak test suami aku tu mintak maaflah, mungkin tak berjaya sebab dia memang takkan pandang perempuan lain selain aku.

Bukan jenis kaki perempuan. Aku kenal hati budi dia. Dia tahu peng0rbanan aku selama ni yang buat dia punyai segala apa yang dia ada sekarang. Melainkan Allah nak uji aku, Dia balikkan hati suami tu aku tak tahu.

Hati manusia Allah yang pegangkan. Aku serahkan semuanya kepada Allah. Ketiga, yang cakap aku tak bersyukur tu. Ni komen aku. Ada yang cakap, kalau aku ada orang nak bagi kereta tu dah syukur sangat. Aku nak cakap ni dalam konteks pilihan.

First, aku tak minta pun kereta which is aku selesa dia hantar ambil aku pergi kerja, dia pun tak pernah timbulkan issue ni. Aku ok je takde kereta. Dah ada rezeki lebih ni aku ok la dia nak belikan kereta. Lain la kalau aku betul – betul terdesak nak kereta kemudian komplen macam – macam bila dah dapat memang mintak kaki la.

Sebab tu orang yang betul – betul memerIukan tak kisah apa yang dia dapat. Lepas tu kau tak terkilan ke kalau benda tu boleh dipilih tapi dapat apa yang kau tak pilih? Contoh macam ni. Kau suka sangat w4rna kuning.

Ada dua buah myvi, kuning dan biru. Of course kau nak yang w4rna kuning. Tiba – tiba laki kau bawa balik myvi biru. Apa kau rasa? Benda boleh pilih kan, kenapa kau tak dapat pilihan kau? Oh ya, yang kata aku mer0yan sebab dapat kereta yang lebih murah daripada yang aku nak tu salah.

Kereta yang suami aku beli dan yang aku nak tu harga dia lebih kurang sama. Model je lain. Keempat, dalam banyak – banyak komen aku tertarik dengan satu komen ni yang mengatakan lebih kurang gini “sebenarnya akak ni nak rasa suasana pergi beli kereta sendiri dekat showroom. Perasaannya lain kalau kita pergi beli sendiri berbanding orang lain yang belikan walaupun apa yang kita nak beli tu sama”.

Indeed. Akhirnya ada jugak yang faham perasaan aku. Kalau korang masih ingat, masa kisah pertama tu aku ada pesan kat suami kalau nak pergi beli kereta tu ajak aku, aku nak ikut. Kemudian dia ok, dia setuju. Akhirnya??

Beli senyap – senyap tak ajak aku. Aku kalau hari tu dia kata tak jadi nak beli kereta tapi nak beli basikal je untuk aku, sikit aku tak kisah. Jomlah pergi beli basikal asalkan aku ikut sekali. Haha nampak tak?

Kelima, ya aku mengaku aku memang ada sikap degil dan keras kepala which is suami dah masak sangat dengan per4ngai aku sejak mula kenal sampai sekarang. Sampaikan mak aku risau masa nak kahwinkan aku dengan dia dulu sebab takut dia tak tahan dengan per4ngai aku.

Tapi suami aku tetap suami aku. Dia rela terima apa saja kekurangan aku yang akan dia lengkapkan dengan kelebihan dia. Sepertimana aku juga rela menerima segala kekurangan dia dari mula yang akan aku lengkapkan dengan kelebihan aku. InsyaAllah.

Dia kata orang lain takkan dapat gantikan aku (sorry again). Untuk pengetahuan semua, kami dah ok, back to normal. Dah boleh gurau – gurau cuma tak sentuh bab kereta tu. Takut aku merajuk lagi. Aku minta maaf kat dia, dia pun minta maaf.

Aishh, panjang cerita tak payah cerita la. Dia pesan supaya aku jangan ikut sangat em0si. Aku baIas mana boleh, dah memang itu sikap aku.. haha gurau – gurau. Tapi aku janji nak jadi isteri sebaik mungkin dan kawal sikap aku.

Ok ni betul – betul bukan gurauan. Keenam, aku suka baca yang ni. Terhibur kejap. Ada yang kata mungkin aku mengandung sebab terlalu em0si dan sensitif. Ya, aku pun perasan tu. Em0si lebih. Untuk pengetahuan, aku cuti hari ni.

Malas nak pergi kerja sebab kepala rasa berat sejak semalam. Yang sarankan aku buat ur1ne test tu, nanti aku fikirkan. Mana tau dia plak yang kena surpr1se. Kereta tu dijangka sampai esok atau lusa. Kalau benar bagai dik4ta nanti aku nak lekat kat stereng kereta baru tu.

Double surpr1se namanya. Tengkiu korang. Setelah membaca feedback kalian semua jujurnya aku lebih tenang. Terima kasih komen – komen yang menasihatkan aku. Banyak kata – kata nasihat aku terima. Aku hadam satu – satu.

Semuanya mengajar aku. Sejuk hati baca kata – kata semangat dan mendoakan rumah tangga aku. Kesimpulannya, confession aku tu mengundang kecaman. Tak apa, tapi aku tak terima kecaman tu, aku tinggalkan di situ. Aku ambil yang positif sahaja. Terima kasih kerana membaca. -Arizatul

Farah Rifhan : Hari ni birthday saya. Suami saya buat surpr1se untuk saya belikan kek birthday, siap tutup lampu semua, anak – anak menyanyi. Tengok kek, bukan kek feveret saya tapi kek feveret dia. Hahahhaa!

Tapi saya sangat happy! Tau kenapa saya happy? Sebab kesungguhan dia untuk gembirakan saya. Kek harijadi je pun bukan kereta tapi dah mampu gembirakan saya.

Wan Zuraida Wan Ismail : Saya berpendapat cukuplah confession sampai sini je. Kasihan kat awak kena pr3ssure sebab banyak orang kecam. Kecaman itu pun sikit sebanyak berpunca dari awak yang keras kepala.

Mulakan hidup awak dengan aman, dan terimalah kebaikan suami dengan seikhlasnya. Hati manusia ni bukan milik kita, Allah yang pegang. Kita tak tahu apa akan jadi esok hari. Jaga diri, sikap dan rumah tangga sendiri. Semoga kita juga jaga tutur kata dan di jauhi dari bercakap besar. Saya juga sedang berpesan pada diri sendiri.

Fazila Bt Tufail Ahmad : It’s ok sis.. I feel u sis. Sebab benda mahal jadi orang akan cakap terima je lah. Bukan senang nak dapat. Cuba kalau benda tu murah orang bagi, contoh kain. Rasanya ramai je kalau tak berkenan, dorang tak guna atau bagi pada orang lain.

Atau suami beli perabot dalam rumah yang kita kurang berkenan. Benda nak pakai lama kot. Saya kalau barang saya tak berkenan, saya muhasabah diri saya dengan tak kenal maka tak cinta bukan sebab tak bersyukur tapi sebab tak berkenan.

Cuba pikir yang benda ni simple ju, bukan masalah besar pun. Paling penting sekarang, terima dengan hati terbuka pemberian tu. Bab berkenan tu muhasabah diri, lama – lama mane tau kereta tu la yang banyak tolong awak nanti

Hazirah Hj Hamzah : Saya pun ada diploma dan Ada ijazah. Saya dulu sekolah sains (MRSM). Saya dah travel banyak negara luar Australia, K0rea, Turki etc2. Tiap – tiap bulan travel oversea. Ada kereta sendiri.

Suami saya waktu kenal dengan saya, sebijik kereta pun tak ada. Dia pun dulu kerja kampung. Tak pernah pergi luar negara. Kemudian ada sijil kemahiran. Barulah sekarang ni kerja tetap.. Takde pula rasa bukan suami idaman.

Sebab suami saya satu – satunya lelaki yang tak pernah h1na status saya dulu jadi janda selepas sebulan kawin Tak pernah h1na fizikal. Lelaki yang sudi kutip saya selepas saya dibuang bagaikan sampah oleh ex-husband.

Zaman sekarang ni wanita idamkan suami yang bertanggungjawab dan bukan mata ker4njang je. Bila dah kawin, saya rasa suami saya lagi bijak dari saya. Lagi baik dari saya. Dengan kemahiran beliau tu, kami dapat jimat banyak untuk rumah.

Tak payah upah wireman untuk buat wiring rumah. Kereta saya rosak pun, dibaikinya. Tak perlu ke foremen dah. Alat elektrik rosak, terus ok dibaikinya. Tak payah upah pIumber untuk buat piping system dalam bilik air.

Cuba tanya saya ni pasal wire – wire berseIirat tu, satu apa saya tak tahu walaupun saya degree holder. Entahlah puan confessor. Ujian belum tiba lagi. Bila dah tiba mungkin puan akan hargai apa yang ada kini.

Setiap stage hidup kita ni sentiasa ada ujiannya. Ujian besar atau kecil pasti ada. Kalau ujian kecil pun dah bising – bising macam ni, bagaimana nak hadapi ujian yang lebih besar. Puan kena tahu manusia ni memang diciptakan untuk di uji. Ujian pasti tiba cepat atau lambat. Bersyukurlah atas apa yang Allah berikan.

Sumber : mediadainiki com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *