Semasa

Bengang tidur terganggu, wanita lempang ‘housemate’ gara2 memasak jam 5 pagi?

Hidup menyewa sememangnya memerlukan tolak ansur yang tinggi. Walau bagaimanapun, jika ada masalah berkenaan isu dalam rumah sebaiknya dibincangkan secara baik agar tidak bermasam muka sesama penyewa yang tinggal sebumbung.

Kena lempang secara tiba2

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang wanita menggunakan nama akaun Facebook Vestene Wong, dia telah berkongsi momen tegang sewaktu ditampar oleh rakan serumahnya pada jam 5.00 pagi kerana memasak di dapur.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Siapkan bekal pukul 5 pagi

Tuan rumah kata boleh je guna dapur

Terkejut dengan situasi itu, dia telah mendapatkan penjelasan daripada tuan rumah dan tiada sebarang peraturan untuk menggunakan dapur pada bila-bila masa.

Oleh sebab itu, dia telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung hal tersebut.

Bagitahu ada masalah kesihatan

Akan tetapi, selepas rakan serumahnya di panggil ke balai polis, dia telah membawa sekali sejumlah pil tanpa sebarang keterangan dengan mendakwa bahawa dirinya mempunyai masalah anxiety.

Namun begitu, apabila pihak polis meminta dia menunjukan kad membuktikan dia adalah pesakit yang mempunyai masalah mental, wanita itu tidak dapat menjelaskannya dengan alasan masalah yang dialami tidak begitu serius.

Minta maaf pun macam tak ikhlas

Disebabkan itu, pihak polis telah menyuruhnya meminta maaf kepada Vestene bagi menyelesaikan isu tersebut.

Walau bagaimanapun, mangsa mengatakan yang permohonan maaf yang dibuat rakan serumahnya adalah yang paling tidak ikhlas pernah diterima dan terus beredar kerana malas melayan wanita tersebut lagi

Dalam coretan Vestene lagi, dia akui sepatutnya perlu bertimbang rasa dengan meminta kebenaran mengunakan dapur pada awal pagi kerana bimbang rakan serumah terganggu.

Namun,  sepatutnya rakan serumahnya juga sedar yang itu kali pertama dia menggunakan dapur diawal pagi dan bukannya menyerang sesuka hati seperti yang telah terjadi.

Untuk makluman, video yang dikongsikan telah diambil daripada rakaman litar tertutup (CTV) yang sememangnya dipasang oleh tuan rumah di area dapur rumah tersebut.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH

Sumber: FacebookVestene Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *