Semasa

Bosan Dengan Jalan Berlubang Berkali-kali, Lelaki Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan

Geram dan bosan dengan keadaan jalan yang berlubang teruk, seorang lelaki di barat daya Florida mengambil keputusan untuk menanam pokok pisang dalam lubang tersebut

Menurut portal itu, lelaki yang mempunyai premis perniagaan berhampiran jalan terbabit bertindak sedemikian untuk memberi amaran kepada orang ramai selepas berkali-kali mengisi lubang itu dengan simen.

Difahamkan, disebabkan jalan berkenaan merupakan jalan persendirian, ia tidak tertakluk di bawah tanggungjawab majlis daerah tempatan.

“Jika kami kena selenggara dan pastikan tiada siapa tercedera. Kami perlu letak sesuatu yang mudah dilihat supaya tiada yang jatuh ke dalam lubang itu,” katanya.

Tambah portal itu, kamera keselamatan di premis milik lelaki berkenaan telah merakam kerosakan yang berlaku pada kenderaan disebabkan kewujudan lubang tersebut.

Lantaran itu, beberapa penduduk setempat menyuarakan persetujuan atas tindakan lelaki berkenaan bagi mengelakkan kemalangan.

“Saya suka, ia lucu. Patut ada banyak lagi,” kata salah seorang yang bekerja berhampiran kawasan tersebut.

ANTARA KOMEN-KOMEN LUCU NETIZEN :

Bosan Dengan Jalan Berlubang Berkali-kali, Lelaki Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan
Kredit: NY Post

Sumber: NY Post

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..

JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG DI KONGSIKAN DI BAWAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published.