Semasa

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Llberal

Asma, salah seorang pengunjung di pantai Arab Saudi tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti negara ini akan beralih ke satu fasa yang lebih terbuka dan bebas. Dia yang menghabiskan seharian bersama pasangan di salah sebuah pantai di sekitar Arab Saudi tidak pernah terfikir bahawa dia mampu melakukan perkara yang sebelum ini dil4rang.

Dia menghabiskan hujung minggu di sebuah kawasan pantai di sekitar King Abdullah Economic City. Kawasan ini telah mendapat tumpuan dunia kerana buat pertama kali memberi kebebasan kepada pengunjung wanita untuk berehat di gigi pantai dengan berblkini dan berpelvkan bersama pasangan.

Pantai yang dinamakan Pure Beach ini telah menjadi sebahagian daripada rancangan awal Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Arab Saudi kini sudah berubah dan tidak lagi mengamalkan sistem k0nservatif.

Asma yang kini berusia 32 tahun mengambil peluang kebebasan dengan menari bersama pasangan di pantai yang berdekatan dengan Laut Merah, disertai dengan muzik yang sebelum ini dil4rang untuk dipasang. Ia adalah gambaran kecil bagaimana perubahan yang sedang berlaku di salah sebuah negara yang menempatkan kiblat utama umat Islam di seluruh dunia.

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Llberal
Wanita-wanita Arab Berparti

Sebelum ini memasang muzik di tempat awam adalah dil4rang, para wanita pula tidak dibenarkan untuk memandu dan pantai dibahagi dua dengan pengunjung lelaki dan wanita. Namun dasar-dasar ini mula berubah seiring dengan niat kuat MBS untuk membawa Arab Saudi ke arah yang lebih moden.

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Llberal
Kelihatan lelaki arab berjoget

Kini, dengan hanya 300 riyal Arab Saudi, Asma dan teman lelakinya boleh memasuki Pure Beach yang terletak berhampiran Jeddah. Kedatangannya turut diiring dengan bunyi muzik, tarian dan taman air yang dieja menggunakan bahasa arab. Asma yang mengenakan baju renang warna biru kelihatan gembira dan berkata kepada AFP bahawa dia sedang menikmati masa-masa yang bebas di negara yang dulunya tertutup.

Selain daripada mencabvt lar4ngan-lar4ngan sedia ada, Arab Saudi juga telah membenarkan pasangan yang belum berkahwin untuk duduk sebumbung. Jadi bagi Bilal Saudi, ketua acara di King Abdullah Economic City, dia kadang-kadang kelirv dan meneka-neka dengan dirinya adakah pengunjung yang datang ke pantai tersebut sudah menikah atau belum.

Bagi Dima, seorang ahli perniagaan dan Mohammed Saleh, seorang pengunjung pantai. Kedua-dua mereka kelihatan gembira kerana tidak perlu lagi pergi ke luar negara untuk menikmati kebebasan seperti ini. Seperti Asma, Saleh juga tidak menyangka bahawa kebebasan yang sering dilihatnya di Amerika Syarikat kini dapat dinikmati di Arab Saudi. Namun bagi pengunjung yang lain, apa yang masih kurang adalah lar4ngan alk0hol masih diterapkan di semua tempat di Arab Saudi.

Pure Beach adalah salah satu gambaran dan kejayaan terbaru MBS dalam menjayakan program Saudi Vision 2030.

Bagi mencapai misi tersebut, Arab Saudi telah melvcutkan undang-undang yang mel4rang wanita memandu.

Selain itu undang-undang yang membenarkan p0lis syariah atau polis agama melakukan serbvan ke atas orang di tempat awam juga dilucvtkan.

Arab Saudi juga telah membenarkan k0nsert dengan penonton lelaki dan wanita. Begitu juga dengan pawagam yang dibuka secara bebas.

Di sektor keselamatan, Arab Saudi juga telah membenarkan wanita menjadi t3ntera. Malah, pasukan keselamatan yang mengawal Masjidil H4ram baru-baru ini turut dipenuhi wanita.

Beberapa langkah drastlk ini jelas tidak disukai oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup k0nservatif di Arab Saudi.

Namun bagi MBS langkah ini wajar bagi mencapai misinya dalam menggambarkan Arab Saudi yang lebih terbuka dan mereka yang men3ntang undang-undang akan dianggap sebagai musuh kerajaan.

sumber: thevocket

16 thoughts on “Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Llberal”

  1. Of course, your article is good enough, casinocommunity but I thought it would be much better to see professional photos and videos together. There are articles and photos on these topics on my homepage, so please visit and share your opinions.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *