Semasa

Dakwa dilempar plastik berisi air kncing di lebuh raya, pemandu kereta nyaris kemalangan

Rakaman sikap biadap pemandu lori yang dikatakan membuang plastik berisi air di lebuh raya telah tular di Facebook semalam.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh Muhammad Saifulzaman Sabirin di grup Facebook DashCam Owners Malaysia tersebut menarik perhatian netizen.

RAKAMAN VIDEO PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Pemandu lori biadap lempar plastik air

Menerusi perkongsian video berdurasi 35 saat itu, kelihatan pemandu kereta memotong sebuah lori, sebelum secara tiba-tiba pemandu kenderaan berat itu melemparkan bungkusan yang dipercayai berisi air berwarna kuning sehingga terkena cermin hadapan kenderaan tersebut.

Difahamkan, kejadian berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur pada Rabu petang.

Dakwa dilempar plastik berisi air kncing di lebuh raya, pemandu kereta nyaris kemalangan

Rupa2nya plastik air kencing

Tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu lori itu, Saifulzaman mengatakan dia kemudiannya berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) bagi memastikan bungkusan yang dibaling oleh pemandu lori itu.

Ternyata, tekaannya adalah tepat di mana pemandu lori itu membaling air kencing sehingga dia terpaksa membersihkan keretanya itu.

Nasib baik tak berlaku kemalangan

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber : Facebook Muhammad Saifulzaman Sabirin DashCam Owners Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *