Semasa

Dikhianati Kawan Persis Tangmo, Suspek Siti Nur Surya Masih Tidak Mengaku Salah

Insiden melibatkan aktres Tangmo Nida yang ditemui di Sungai Chao Phraya bukan sahaja hangat diperkatakan di bumi Gajah Putih itu, sebaliknya turut mencuri tumpuan majoriti rakyat di negara ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Berdasarkan tinjauan di beberapa platfrom media sosial khususnya Tiktok, netizen Malaysia sentiasa menanti update terbaru selain cuba merungkai misteri pemergiannya menerusi pelbagai ‘teori’ sebagai tanda solidariti serta mahukan pembelaan sewajarnya buat mendiang.

TIADA ISTILAH  TAK KAYA ATAU LAWA.. BFF TAKKAN KHIANAT KAWAN SENDIRI, MASIH INGAT TAHUN 2020 KITA DIKEJUTKAN DENGAN BERITA PEMERGIAN SITI NUR SURYA?

Namun jangan terlupa, di Malaysia juga pernah berlaku insiden yang serupa membabitkan seorang gadis malang iaitu Allahyarhamah Siti Nur Surya.

Hasil siasatan mendapati, dalang utama yang meragut hayat gadis 19 tahun berkenaan adalah rakan karibnya sendiri. Paling menyayat hati, kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan Allahyarhamah ibu Siti Nur Surya yang terlantar di atas katil akibat menghidap barah otak.

SUSPEK DIHADAPKAN KE MAHKAMAH HARI INI

Terbaru, suspek iaitu Siti Nur Athirah Azmi dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan jenayah dilakukannya terhadap Siti Nur Surya pada 2 tahun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Sek. 302KK bagaimanapun buat pengakuan tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

VIDEO 1:

VIDEO 2:

 

Kredit : FB Suria Azizan & Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *