Semasa

Gara2 jemput Kak Long 7E, netizen kecam TV Alhijr@h

Kisah ‘amukan’ seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long, di sebuah kedai serbaneka 7Eleven masih lagi hangat diperkatakan netizen sehingga ke hari ini.

Bermula dengan isu mengamuk gara-gara cuba mempertahankan anak lelakinya yang dituduh mencuri di 7E sehinggalah perlakuan biadap di KFC, Kak Long terus menjadi sasaran kebencian warganet.

Dah mohon maaf tapi…

Meskipun telah membuat permohonan maaf terbuka, ia masih tidak menghentikan kebencian warganet atas ‘amukan’ yang dilakukan oleh wanita itu.

Semalam, gambar Kak Long 7E dimuatnaik oleh bekas peserta program Pencetus Ummah 2015, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin, sebagai tetamu jemputan salah satu program TV Alhijrah.

‘Spotlight’ yang telah diberikan kepada Kak Long ini sekaligus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Dah takda konten sangat ke nak buat?

Kecoh di laman Twitter, ciapan yang dikendalikan oleh Muhammad Syarafi ini mempersoalkan TV Alhijrah dianggap kekurangan perkongsian lebih berilmiah yang mahu dikongsikan kepada penonton.

         

Dia kongsi, dia padam pulak

Difahamkan, posting asal yang dimuat naik oleh PU Amin sudah dipadam di laman Facebook beliau sebaik sahaja mendapat kecaman dan kritikan oleh pengguna platform itu.

Gara2 jemput Kak Long 7E, netizen kecam TV AlhijrahGara2 jemput Kak Long 7E, netizen kecam TV Alhijrah

Sumber: Twitter @RafiCounsel

Leave a Reply

Your email address will not be published.