Semasa

Girlfriend Kantoi Dating Lelaki Lain, Kecewa Tengah Jalan Raya Mintak Putus

Dalam sebuah perhubungan, kesetiaan adalah antara faktor utama ia dapat bertahan lama. Tapi sudah pasti akan ada turun naiknya, malah mungkin boleh berakhir dengan kegagalan. Lebih-lebih lagi kalau berlaku pula pengkhianatan dari insan yang paling disayangi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Begitulah juga yang dilalui seorang pemuda bernama Ezalee ini apabila berjaya mengesan keberadaan teman wanitanya. Menerusi satu perkongsian di TikTok, gadis berkenaan telah pun kantoi keluar berdua dengan lelaki lain sebelum ditahan di tengah-tengah jalan raya.

 

Meskipun cukup kecewa, pemuda berkenaan masih menguatkan hatinya berdepan sendiri dengan gadis berkenaan serta meminta penjelasan akan apa yang sudah terjadi. Namun siapa sangka, teman wanitanya tersebut tiba-tiba mengeluarkan ayat ingin meminta untuk putuskan hubungan on the spot. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda berkenaan. Dalam pada itu, ramai mendoakan lelaki berkenaan dapat berjumpa dengan jodoh yang baik sambil bercerita pengalaman hampir sama.

Susulan kejadian tersebut, Ezalee meminta orang ramai untuk menjadikannya sebagai pengajaran supaya tidak terlalu percayakan pasangan masing-masing.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Kredit: TikTok MuhammadEzalee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *