Semasa

Hadiahkan Kereta RM2 Juta Cash, Isteri Mahu Suami Selalu Ada Dalam Fasa Pantang

Pernah tular membeli beg bayi berharga RM50,000, Puan Ayuni sekali lagi menarik perhatian selepas menghadiahkan suaminya sebuah kereta mewah. Langsung tidak tahu menahu mengenai kejutan itu, awalnya lelaki tersebut menurut sahaja selepas matanya ditutup rapi menggunakan topeng muka.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

BAGI HADIAH AWAL2 UNTUK DIA JAGA SAYA MASA SAYA DALAM PANTANG NANTI

Sesudah masuk ke premis itu, suaminya gagal menahan sebak apabila mengetahui kenderaan itu merupakan hadiah kerana menjaga isterinya dengan baik sepanjang kehamilan dan berpantang nanti. Walhal, dia langsung tidak mengharapkan apa-apa selain kegirangan menyambut kelahiran anak sulung mereka sebentar sahaja lagi.

SUAMI PUN KENE JAGA BAYI SIANG MALAM. SAYA MAHU LEBIH PERHATIAN DARI SUAMI

Bakal berpantang di kampung kelahirannya di Kelantan, si suami juga akan ikut tinggal di sana sekitar 3 bulan. Bercakap tentang menukar lampin anak pula, usahawan ini yakin lelaki itu tiada masalah membiasakan diri kerana sudah biasa menguruskan penjagaan kucing-kucing mereka sebelum ini.

Hadiahkan Kereta RM2 Juta Cash, Isteri Mahu Suami Selalu Ada Dalam Fasa Pantang 4

 

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Kredit : TikTok Ayunieso & Facebook mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.