Semasa

“Hafidzah tak bela Bainun” – Kakak peguam tular pertahan adik ‘dibasuh teruk’ netizen

Sepanjang minggu lalu sehingga ke hari ini, media sosial peguam, Hafidzah Hassan dibanjiri dengan pelbagai kritikan dan kecaman oleh netizen kerana mempertahankan orang kena tuduh (OKT), Siti Bainun.

Tidak terhenti di situ, kontroversi yang dicetuskan oleh peguam tular itu makin memuncak apabila tular beberapa kepingan gambar dan video TikTok yang dimuat naik olehnya.

Kakak pertahankan tindakan adik

Bagaimanapun, seorang kakak kepada peguam tersebut memuat naik satu kenyataan di laman Facebook miliknya dengan mempertahankan tindakan adiknya itu.

Dia yang dikenali sebagai Nurul Hayati Hassan tampil mengulas tuduhan liar yang dilemparkan oleh netizen kepada Hafidzah adalah tidak wajar.

Selain itu, dia ambil maklum bahawa ramai ingin mengetahui kebenaran disebalik penderaan adik Bella, namun ia bukanlah melalui media sosial.

Katanya, hanya keputusan daripada pihak mahkamah saja yang boleh dipercayai.

Ia dikatakan sedemikian kerana kemungkinan saksi ‘bertukar cerita’ kerana Siti Bainun sendiri mengaku tidak bersalah sepanjang sesi perbicaraan itu berlangsung.

“Hafidzah tak bela Bainun” – Kakak peguam tular pertahan adik ‘dibasuh teruk’ netizen

Diam jelah daripada memekak!

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook miliknya itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta kakak kepada peguam kontroversi, Hayati untuk mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.