Semasa

Halang rampas kotak alas tidur, gelandangan tua disepak hingga tertunduk

Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang gelandangan yang di dakwa ditendang oleh seorang individu sehingga tertunduk menahan sakit.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Krul Nizam dengan mengatakan kejadian tersebut dirakam sekitar 14 Januari 2022 jam 7 pagi di Bukit Bintang.

Rampas kotak2

Dalam video tersebut, dapat dilihat beberapa individu bertindak mengemas tempat tidur gelandangan itu yang sarat dengan sampah serta kotak-kotak alas tempat tidurnya.

Dia yang cuba menahan barang-barang tersebut dikemas seakan cuba menghalang namun secara tiba-tiba salah seorang daripada individu berkenaan menendang perut gelandangan yang dipercayai warga emas itu.

Halang rampas kotak alas tidur, gelandangan tua disepak hingga tertunduk

Walaupun ramai yang faham akan tindakan gelandangan itu sememangnya salah kerana tidur dan membuat kawasan tersebut bersepah, namun perilaku kasar yang dilakukan ketika membersihkan tempat berkenaan agak keterlaluan.

Hal ini membuatkan banyak pihak kurang senang dan mengecam tindakan kasar tersebut di ruangan komen Krul Nizam.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.