Semasa

Hancurkan Ubat Sebelum Bancuh Dengan Air, Pengasuh Dlpenjara 7 Tahun Racvn Dua Bayi

Seorang pengasuh di Singapura telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun selepas meracun dengan pelbagai ubat-ubatan terhadap dua orang bayi yang berusia lima dan 11 bulan. Perbuatan tersebut dilakukan oleh suspek sekitar tahun 2016 hingga 2017 dahulu.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Mediacorp, suspek yang dikenali dengan nama Sa’adiah Jamari merupakan seorang pengasuh bebas dan jururawat berdaftar. Namun pada tahun 2016, ibu bapa kedua-dua mangsa yang tidak mempunyai ikatan persaudaraan itu dikatakan telah mengupah suspek untuk mengasuh anak mereka.

Tetapi apabila di mahkamah, suspek telah menafikannya. Dalam perbicaraan terbaru, pihak mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun terhadap Sa’adiah. Walaupun begitu, Sa’adiah masih menafikan tindakannya itu dan akan mengemukakan rayuan. Bagi setiap tuduhan memberi racun dengan niat untuk menyakiti, Sa’adiah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda. Dia tidak boleh disebat kerana dia seorang wanita.

Sumber: Berita Mediacorp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *