Semasa

Hanya Tanam Batu Nisan Sahaja, Jalan Berlubang Akhirnya Dibaiki Tidak Sampai 12 Jam

SEORANG lelaki telah bertindak meletakkan batu nisan di dalam lubang besar di tengah jalan telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Gambar yang dimuatnaik oleh Facebook Brotherhood Shah Alam itu telah menunjukkan seorang lelaki membina ‘kubur’ dari salah sebuah lubang besar di tengah jalan sekitar Klang.

 

Ia ditujukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan batu nisan itu dikatakan simbol bagi kehidupan pengguna jalan yang berisiko untuk mengalami kecederaan disebabkan jalan yang berlubang.

Selepas gambar itu viral, pihak berkuasa yang bertanggungjawab membaik pulih jalan tersebut telah hadir untuk memperbaiki lubang tersebut dalam masa kurang dari 12 jam. Sebuah video telah disiarkan di laman Facebook Brotherhood Shah Alam menunjukkan bahawa lubang itu telah dibaiki oleh pihak berkuasa.

Ikatan Silaturrahim Ikhwan adalah kumpulan aktivis keselamatan jalan raya yang terkenal dengan kerja-kerja amal seperti membaiki jalan menggunakan dana mereka sendiri.

 

Reaksi warga maya

“MPK hurrmmm cuba makcik buka payung tepi jalan, laju jer sampai” – Dania Daniel Darwisy

“Terima kasih pada team2 macam ni..kalau x,x ada siapa peduli” – Sha Khailina

“Terbaikkk ni namanya menjaga nyawa org awan adik ni the best.. korg contohi adik ni.. demi keselamatan nyawa semua cepat lah depa buat keja.. kalau x berbulan lah jalan tu lubangnya x ditampal.” – Sarimah Ahmad

“Boleh pulak cepat, ingat nak kena lalu birokrasi bagai berbulan-bulan baru siap kajian.” – Jamaal Creyshev

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *