Semasa

Ibu Sempat Tatap Kejap, Bayi Meninggal Dunia Sebab Lama Dalam Rahim Tiada Air Ketuban

Apabila berbicara tentang zuriat, lumrah bagi setiap pasangan mahukannya namun bergantung pada soal rezeki Tuhan. Ada yang cepat dapat anak, namun realitinya masih ramai isteri di luar sana gagal menghadirkan cahaya mata untuk keluarga masing-masing. Samalah juga seperti kisah wanita bernama Aina Rusli yang tular di Facebook baru-baru ini.

DARI MINGGU 21, DOKTOR SAHKAN AIR KETUBAN WANITA INI KERING DAN BERADA DALAM TAHAP YG SANGAT BERISIKO

Sejak kandungan masuk usia 21 minggu lagi, doktor mengesahkan bahawa air ketuban dalam tubuh Aina Rusli agak kering sehingga berada di tahap yang sangat berisiko. Meskipun disarankan untuk gugur, namun dengan izin-Nya bayi bernama Ayyash itu mampu bertahan sehingga minggu ke-29. Ketika melahirkan pula, Aina tidak berpeluang untuk dengar suara anaknya kerana masih dibius dalam proses Czer operation.

SUAMI KEPADA WANITA ITU MENGAZANKAN BAYI DALAM KEADAAN YG SANGAT SEBAK KERANA ISTERI KEGUGURAN BUAT KALI KEDUA

Gara-gara dilahirkan sangat lemah, suaminya azankan Ayyash dalam keadaan penuh sebak kerana tahu betapa kuatnya keinginan Aina Rusli mahu cahaya mata selepas alami 2 kali keguguran sebelum ini. Keesokkan harinya, dia malah sempat menatap wajah serta menyentuh bayinya di NICU. Akan tetapi, kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila doktor maklumkan Ayyash berkemungkinan tidak mampu survive dek terlalu lama duduk dalam rahim yang tiada air ketuban.

Sumber: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.