Semasa

Ismail Sabri menang majoriti, Anwar Ibrahim kekal PM Tepi

Mendapat sebanyak 114 surat akuan (SD) tertinggi dari kalangan Ahli Parlimen, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menamatkan percaturan dengan kemenangannya sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ismail Sabri menang majoriti, Anwar Ibrahim kekal PM Tepi

Pengesahan jawatan tersebut menyebabkan gelaran ‘PM Tepi’ buat Ketua Parti Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu sumpahan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, hanya kumpulan yang berjaya memegang jawatan tersebut dipanggil untuk ke Istana Negara bagi membuat pengesahan sokongan sekali lagi.

Melalui satu kenyataan dari Istana Negara semalam, Yang di-Pertuan Agong meminta Perdana Menteri yang baharu dilantik untuk menentukan keabsahannya di Dewan Negara secepat mungkin.

Ismail Sabri menang majoriti, Anwar Ibrahim kekal PM Tepi

Dalam pada masa yang sama, pihak Istana Negara mahu Perdana Menteri yang baru dilantik untuk segera mengemukakan usul undi percaya untuk mengabsahkan dirinya bagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

Isu semasa bakal dibincangkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada hari Jumaat nanti.

Seawal jam 10 pagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan untuk menghadap ke Istana Negara, manakala Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) akan menyusul pada jam 11 pagi nanti.

UMNO dan Barisan Nasional akan hadir pada jam 2 petang, dan diikuti oleh PAS sebagai wakil terakhir pada jam 4 petang hari ini.

Ismail Sabri menang majoriti, Anwar Ibrahim kekal PM Tepi

Perkara tersebut telah disahkan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi setelah seramai 114 ahli Dewan Rakyat menghadap ke Istana Negara hari ini untuk memberi pengesahan sokongan kepada PM ke-9.

Sumber: Nurul Huda Husain/Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.