Semasa

Jadi ‘paparazi’ rakam TokTi keluarkan duit di ATM, Wanita ini akhirnya terima padah

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok  sehingga mendapat kecaman ramai.

Dah macam paparazi

Mana tidaknya, peminat fanatik penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dilihat seolah-olah seperti ‘paparazi’ apabila merakam gerak-geri selebriti itu ketika sedang berada di mesin ATM untuk mengeluarkan duit.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Walaupun pengguna TikTok itu menyatakan yang kakaknya memang meminati penyanyi tersebut dan sangat teringin menemuinya, tindakan sebegitu sedikit sebanyak menggangu privasi Dato’ Seri Siti Nurhaliza memandangkan beliau sedang mengeluarkan duit di mesin ATM.

Jadi ‘paparazi’ rakam TokTi keluarkan duit di ATM, Wanita ini akhirnya terima padah

TokTi comfirm tak selesa

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyelar tindakan kurang beradab  individu yang merakam selebriti berkenaan secara dekat.

Mereka juga merasakan tindakan tersebut sangat keterlaluan kerana boleh saja dia menunggu sebentar untuk membolehkan TokTi menyelesaikan urusannya sebelum mengambil gambar bersama.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: TikTok, Twitter @aliffkim04@heize80

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.