Semasa

Suami Jemput Bini Pertama Datang Majlis Sanding Bini Baru, Suami Siap Minta Isteri Pakai Sedondon

Jauh di sudut hati, wanita mana saja yang rela untuk berkongsi kasih? Namun kadang-kadang ada yang perlu menelan kepahitan dan menutup mata sendiri demi kebahagiaan orang tersayang. Usah disebut soal ‘payung emas’, hanya yang boleh mereka pinta adalah kasih sayang yang adil dan tidak berbelah bagi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

ISTERI PERTAMA DIJEMPUT DATANG MAJLIS KAHWIN SUAMI

Kisah hampir sama turut dikongsikan seorang pengguna TikTok bernama Fiena Nasir apabila terpaksa menelan hakikat perlu berkongsi suaminya dengan isteri kedua. Beberapa hari lalu, wanita tersebut menjelaskan telah pun dijemput untuk turut hadir ke majlis perkahwinan lelaki tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fiena nasir (@fiena_nasir)

“SUAMI JEMPUT SAYA DAN MEMINTA SAYA MEMAKAI BAJU YG SEDONDON DENGAN TEMA”

Malah Fiena turut diminta suaminya untuk memakai pakaian sedondon berwarna putih sewaktu datang ke acara tersebut. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak bersanding di atas pelamin kerana majlis itu dibuat sekali dengan kakak kepada pengantin perempuan yang turut berkahwin pada hari sama. Jelasnya lagi, dia tidak cukup kuat untuk menerima keadaan tersebut namun hanya mampu reda menganggap itu semua adalah ujian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dengan perkongsian berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga memuji wanita tersebut yang cukup tabah menerima hakikat kini perlu berkongsi kasih suaminya.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Tiktok fiena_nasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *