Semasa

Jenazah hilang dalam simpanan, petugas dan doktor cari tapi tak jumpa! Dwan Hamid cerita rupa-rupanya hijab ‘tertutup’

KELIBAT selebriti sebagai sukarelawan terutamanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mungkin sudah biasa hingga timbul juga cerita-cerita tidak sedap didengar.

Namun sesuatu yang menarik apabila mengetahui pelakon Dwan Hamid menawarkan diri untuk bertugas di tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa Covid-19 di sebuah hospital di Lembah Klang.

“Saya memilih untuk bertugas mengurus jenazah mayat Covid-19. Saya anggap ini sebagai peluang besar untuk menyumbang tenaga membantu petugas barisan hadapan.

“Sebab saya ni jenis yang suka buat perkara yang orang taknak dan benda yang orang lain takut… tapi saya nak,” katanya kepada mStar.

Pelakon Tanah Kubur ini menjadi sebahagian daripada Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) sejak awal Julai.

Jenazah hilang dalam simpanan, petugas dan doktor cari tapi tak jumpa! Dwan Hamid cerita rupa-rupanya hijab ‘tertutup’

 

Dwan bertugas sebagai sukarelawan sejak dua minggu lalu.Bercerita tentang skop tugas, Dwan berkata dia dan pasukannya bertanggungjawab mengurus, memandi dan menkafan jenazah.

Cerita Dwan lagi, sepanjang tiga minggu bertugas di hospital berkenaan dia baharu sahaja berdepan insiden aneh yang mendebarkan.

“Kejadian ni baru berlaku hari Selasa lepas, ada waris ni datang nak tuntut jenazah keluarga dia… jadi saya pergi la tengok mayat tu, tapi tak ada!

Ada waris ni datang nak tuntut jenazah keluarga dia… jadi saya pergi la tengok mayat tu, tapi tak ada!

DWAN HAMID

PELAKON

“Memang terkejut dan pelik… saya dah cari dua tiga kali di tempat tu, tetap tak jumpa.

“Perasaan pada ketika memang cuak dan hairan, bagaimana mayat yang memang sepatutnya ada di situ secara tiba-tiba boleh hilang?” katanya.

Tidak berdiam diri, Dwan berkata dia segera memaklumkan kepada doktor yang bertugas untuk tindakan lanjut.

“Saya maklumkan kepada doktor fasal mayat tu tak ada… tapi doktor tak percaya. Namun apabila dia datang cari pun tak ada.

Jenazah hilang dalam simpanan, petugas dan doktor cari tapi tak jumpa! Dwan Hamid cerita rupa-rupanya hijab ‘tertutup’

Dwan bertugas sebagai sukarelawan selepas dapat izin daripada ibunya.“Kemudian kami cari sekali lagi di tempat yang sama… Allahuakbar tiba-tiba ada!

“Tapi menurut cerita orang lama, kejadian begitu adalah normal dan memang selalu berlaku.

“Tak sangka pula saya sendiri alami kejadian begini… ia cukup menginsafkan,” katanya lagi.

Tambah Dwan, pengalaman tersebut membuatkan dia berfikir tentang kematian.

“Saya rasa takut, teringat tentang amalan sendiri yang kadang-kadang sembahyang dan ada kalanya tertinggal. Rasa insaf apabila fikirkan jika pada ketika itu nyawa saya ditarik.

“Hakikatnya kerja ni memang berat dan agak mencabar, tapi sedikit sebanyak mengajar saya tentang cara nak urus mayat.

“Sepatutnya lebih ramai anak muda di luar sana mengikuti aktiviti sukarelawan begini, selain niat kena betul,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.