Semasa

Kanak-kanak 5 tahun maut kemalangan. Kenderaan dipandu ibunya hilang kawalan

Setiu: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala tujuh lagi cedera selepas terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 85, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru berhampiran Kampung Alor Serdang di sini, hari ini, ketika mereka dalam perjalanan pulang beraya ke kampung halaman.

GAMBAR KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Kemalangan maut membabitkan Muhammad Aidil Fitri Osman, 5, itu berlaku selepas van Toyota Hiace dipandu ibunya, Asmah Zakaria, 45, hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di lokasi kejadian, sekitar 6.30 pagi.

“Van dinaiki mereka kemudiannya terjatuh ke dalam parit sehingga menyebabkannya remuk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Afandi berkata, Muhammad Aidil Fitri disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Setiu di sini, pada 8.30 pagi.

“Kesemua tujuh mangsa yang cedera menerima rawatan di wad hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.