Semasa

Kecoh Dengan Video Pelanggan Viral, Pizza Hut Kampar Maklumkan Ketuhar Dah Dibaiki

Baru-baru ini, media sosial telah dihebohkan dengan satu video yang memaparkan seorang pelanggan yang bertanya macam-macam soalan di sebuah restoran Pizza Hut di Kampar, Perak.

Video tersebut memaparkan pekerja Pizza Hut cuba menenangkan dan menerangkan kepada seorang pelanggan berkenaan mengapa mereka terpaksa untuk menolak ‘order’.

Dalam video tersebut, dapat didengari bahawa pekerja Pizza Hut itu menerangkan bahawa ketuhar yang terdapat di outlet mereka telah rosak akibat disambar petir.

Ia menjadi tular di media sosial dan mendapat reaksi berbeza-beza daripada netizen, tidak kurang juga yang menganggap insiden berkenaan sebagai kelakar.

Video berkenaan insiden tersebut telah menjadi tular di media sosial. Difahamkan, video itu telah ditonton lebih ribuan kali oleh warganet.

Ekoran daripada insiden itu, akaun Facebook rasmi Pizza Hut telah memberikan maklum balas.

Menurut mereka, ketuhar dan sistem elektrik yang rosak di outlet tersebut telah pun diperbaiki.

Mereka juga turut menyediakan pizza buat pelanggan tersebut pada hari yang sama.

 

Sumber: pizza hut

Leave a Reply

Your email address will not be published.