Semasa

Kongsi detik cemas murid prasekolah berjalan sendirian di jalan raya. Rupanya ini sebabnya

Tangkap layar video menunjukkan seorang murid prasekolah berjalan bersendiri di sebuah jalan raya.
RAMAI yang cem4s malah tidak sampai hati menyaksikan satu rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan memikul beg sekolah berjalan seorang diri di jalan raya.Video yang tular di media sosial itu menunjukkan rakaman dalam sebuah kereta yang dipandu perlahan seperti mengekori kanak-kanak berkenaan dari arah belakang.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Namun, kecoh dalam kalangan netizen yang menyuarakan kebimb4ngan terhadap kanak-kanak itu berjalan bersendirian sehingga mempersoalkan mengapa perakam tidak memberhentikan kereta dan menumpakannya demi keselamatan.

Perakam yang hanya mahu dikenali sebagai Mastina berkata, rakaman dibuat pada pukul 11.34 pagi Selasa di Jalan Ranau-Tambunan di Ranau, Sabah.

Ketika kejadian, wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, dia sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari pekan ke rumah berdekatan di kawasan tersebut.

“Budak tu terus berlari menyeberang jalan. Saya pun tidak tahu kenapa pakcik tu tidak terus kejar tapi saya yakin mungkin pakcik itu terkejut dan panik.

“Selepas itu saya perlahan-lahan ikut budak perempuan tu dari belakang. Di depan ada satu simpang untuk masuk ke sebuah kampung, saya fikir dia akan masuk ke simpang itu tapi dia tetap berjalan di sepanjang jalan raya dan laluan di situ sempit, ada selekoh tajam dan berbukit,” ujarnya yang berasal dari Ranau.

Sebuah kenderaan melalui selekoh tajam.

Menurut suri rumah itu, dia mempunyai alasan munasabah untuk tidak memberhentikan kereta dan menumpangkan kanak-kanak yang berusia antara lima dan enam tahun itu.

“Saya berada dalam situasi tu pun tak sampai hati nak biarkan budak tu jalan seorang diri. Tapi keadaan tak semudah yang semua bayangkan, banyak ris1ko lain yang lebih bah4ya jika saya berhenti dan tumpangkan budak tu.

“Belakang saya ada banyak kereta lain. Saya tak nak pemandu-pemandu lain fikir saya mahu cul1k budak tu. Budak tu agak agresif, bimb4ng dia fikir saya mahu cul1k dia dan lari ke seberang jalan yang ada selekoh tajam dan berbukit, tak dapat jangka apa yang lalu di lorong kanan atau kenderaan di belakang kereta saya cuba memotong.

“Rakaman video hanya berdurasi selama 14 saat dan selepas itu pakcik kedua yang menunggang motor bersama pakcik pertama tadi kejar budak tu dan beri isyarat tangan supaya dia berhenti daripada berjalan bersendirian,” katanya sambil menambah jalan raya itu merupakan laluan utama yang menghubungkan Ranau, Tambunan dan Keningau.

Membuat rakaman sebagai bahan bukti sekiranya berlaku ins1den yang tidak dingini kerana kereta tidak dilengkapi dashcam, Mastina berkata, perkongsian video itu di laman sosial bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa dan penjaga.

Mastina memadam video tular itu setelah menerima kecam4n ramai.

Tegasnya, dia mahu semua pihak memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak terutama jalan raya merupakan kawasan berlakunya kem4langan tanpa mengira siapa dan usia.

“Kanak-kanak seharusnya tidak dibenarkan melintas jalan raya tanpa penjaga di sampingnya. Saya bimb4ng dengan sekarang macam-macam boleh berlaku seperti penculik4n dan rog.ol, tidak mustahil ada yang sanggup berbuat baik demi kepentingan diri sendiri.

“Apa pun alasan, sesibuk dan sesusah apa pun, ibu bapa dan penjaga perlu utamakan keselamatan anak-anak. Ingatlah, malang tidak berbau. Jangan kerana kesil4pan, kelalaian dan rasa tidak bertanggungjawab, kita menyes4l seumur hidup,” katanya yang baru mendirikan rumah tangga.

Walaupun tidak mengetahui apa yang berlaku seterusnya ketika pelajar itu meneruskan perjalanan pulang ke rumah, Mastina berharap kanak-kanak berkenaan dalam keadaan selamat.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Semoga adik itu selamat sampai ke rumah dan selepas ini dia dipantau dengan lebih ketat oleh ibu bapa atau penjaganya agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya yang memutuskan untuk memadam video tersebut daripada aplikasi TikTok selepas menerima kecam4n ramai.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.