Semasa

Kucing mengeliat, regangkan tubuh selepas bangun tidur… apa yang nak disampaikan kepada tuannya?

SETIAP kali bangun daripada tidur atau duduk dalam posisi tertentu, kucing akan meregangkan badannya sebelum berjalan seperti biasa.

Doktor veterinar, Dr Andrew Cuff menjelaskan kucing biasanya akan tidur dua kali lebih banyak berbanding manusia iaitu sekitar 12 ke 16 jam sehari.

Ketika tidur, otak melumpuhkan otot-ototnya bagi membolehkan ia berada dalam keadaan tenang dan selesa.

Kucing mengeliat, regangkan tubuh selepas bangun tidur... apa yang nak disampaikan kepada tuannya?

Meregangkan tubuh dapat melancarkan aliran darah dan otot kucing.

Si bulus akan melakukan regangan untuk membuatkan otot bergerak dan darahnya kembali mengalir selepas tidak aktif ketika tidur ataupun duduk dalam posisi tertentu dalam tempoh yang lama.

Regangan itu membantu mengembalikan dan meningkatkan tekanan darah kucing pada kitaran normal. Seperti manusia, peningkatan darah ini membantu kucing untuk bangun dan berjalan seperti biasa.

Tidak hanya itu, regangan boleh membawa maksud lain, termasuklah;

1. Menunjukkan kasih sayang

Ketika kucing meregangkan tubuhnya terutamanya dalam keadaan terlentang, ia bermaksud kucing berasa tenang dan selesa berada dekat dengan pemiliknya.

Kucing mengeliat, regangkan tubuh selepas bangun tidur... apa yang nak disampaikan kepada tuannya?

2. Bersedia untuk menyerang musuh!

Ketika kucing melakukan regangan, ototnya akan membesar dan ini turut membuatkannya lebih bersedia ketika melawan musuh.

Dalam dunia liar, kucing akan meregangkan tubuhnya untuk menghalau musuh dan mempertahankan kawasannya.

3. Senaman

Meregangkan badan adalah salah satu bentuk kucing melakukan senaman seperti meningkatkan langkau gerakan tubuh, melancarkan aliran oksigen, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.