Semasa

Lepas Sebulan Derma Buah Pinggang, Lelaki Sedih Kekasih ‘Cabut’ Lari & Kahwin Dengan Lelaki Lain

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Uziel Martínez meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ditinggalkan teman wanitanya selepas sebulan dia mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu.

Sementara di video lain, Uziel Martínez yang dipercayai berbicara menggunakan bahasa Mexico mendakwa dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap bekas teman wanitanya itu.

Sebenarnya saya baik-baik saja dari segi emosi, saya fikir begitu juga dia. Saya dengan dia tidak ada apa-apa, kami mempunyai hubungan baik. Kami bukan kawan, tetapi kami juga tidak membenci antara satu sama lain.

Video yang dikongsikan Uziel Martínez telah mendapat hampir 14 juta tontonan dan kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib yang dilalui lelaki ini. Mereka tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Uziel Martínez. Malah netizen berpendapat bahawa wanita terbabit pasti akan menyesal suatu hari nanti kerana telah meninggalkan seorang lelaki yang sangat baik dan ikhlas mencintainya.

Sumber: Daily StarMirror UK

Leave a Reply

Your email address will not be published.