Semasa

Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong

Pada Khamis 26 Ogos 2021, sepasang kekasih yang dalam perjalanan pulang dari kerja telah melalui detik cemas apabila motosikal ditunggangi mereka disamun oleh 3 orang lelaki tidak di kenali di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Menerusi Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu, mangsa bersama teman wanitanya sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang.

“Tiba-tiba, sebuah motorsikal jenis Honda RS150 yang dinaiki oleh dua lelaki telah bertindak menarik tangan mangsa serta melibas kepala mangsa menggunakan mangga rantai motosikal dan terkena belakang topi keledarnya,” katanya
title=”Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong” src=”http://gstv.vip/wp-content/uploads/2021/08/motosikal-dilarikan-tangan-gadis-mangsa-samun-tengah-jalan-terpaksa-dipotong.jpeg” alt=”Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong” width=”476″ height=”635″ />

Motosikal mereka turut dihimpit sehingga mengakibatkan mangsa terbabas dan jatuh sebelum motosikal mereka dilarikan.

Kejadian berkenaan juga tular di media sosial apabila sepupu kepada gadis yang dipercayai mengalami kecederaan parah itu memaklumkan hal tersebut di Twitter.

Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong

Menurut pengguna yang dikenali sebagai @rabirsmn, sepupunya berada dalam keadaan parah dan sebelah tangannya dipercayai patah tiga.

Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong

Dalam perkembangan terbarunya, pengguna Twitter itu memaklumkan yang doktor terpaksa membuang sebelah tangan sepupunya bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk.

Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong

Selain itu,  rakaman video beberapa lelaki yang dipercayai melarikan motosikal  ditunggangi pasangan kekasih itu berjaya diperoleh.

Dapat dilihat mereka cuba melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa dengan tiga buah motosikal termasuklah yang dirampas itu.

Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh @rabirsmn, raa-rata warganet berasa sedih melihat keadaan kedua-dua remaja tersebut yang menjadi mangsa samun penjenayah yang tiada hati perut itu.

Namun, salah satu komen yang diterima agak menyentuh hati apabila ada pihak memaklumkan yang gadis berkenaan merupakan anak sulung dan tonggak keluarga untuk menyara adik-adik selepas kematian bapa beberapa tahun lepas.

Motosikal dilarikan, tangan gadis mangsa samun tengah jalan terpaksa dipotong

Oleh itu, pihak polis sedang giat mengesan dan mengenal pasti identiti suspek kes samun tersebut. Mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 394 kanun keseksaan.

Jadi,  pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian samun itu atau mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek untuk tampil memberikan kerjasama dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail) Twitter @rabirsmn

Leave a Reply

Your email address will not be published.