Semasa

“Musa kini mahram saya” -Mizz Nina & Noh Salleh ambil anak angkat

Selepas 11 tahun melayari kehidupan berumah tangga, pasangan selebriti, Noh Salleh  dan Mizz Nina akhirnya mengumumkan yang mereka kini sudah memiliki seorang zuriat yang cukup sempurna.

Menerusi Instagram Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman memaklumkan yang bernama Musa itu sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka berdua.

Khabar yang cukup gembira

Mizz Nina juga turut menceritakan perjalananan dan perjuangan mereka untuk memperolehi seorang zuriat walaupun bukan dari rahimnya.

“Membuka hati saya untuk peristiwa yang mengubah hidup ini bukanlah mudah dan saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk meluaskan hati saya dan memberi ruang di dalamnya, untuk saya melepaskan rasa tidak yakin saya dan percaya kepada-Nya, rancangan-Nya, jalan-Nya , Alhamdulilah, dengan baby Musa, hati, jiwa, minda dan badan saya sedia menerimanya.”

“Dia adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya setakat ini.”

“Menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster yang mengagumkan 😍😅 dan kami menyayangi setiap saat Alhamdulilah ❤️ Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin.” tulisnya panjang lebar.

Perkongsian tersebut nyata membuatkan banyak pihak berasa sangat gembira dan terharu diatas kehadiran seorang zuriat buat pasangan yang cukup romantis ini.

Mizz Nina dan Noh  mengakui sangat bersyukur kerana diberi anugerah yang tidak ternilai dan berpeluang menjadi ibu bapa selepas lama hidup berdua.

Alhamdulillah, Tahniah!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet serta rakan artis telah mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada pasangan selebriti itu dan mendoakan agar Musa menjadi seorang anak yang soleh di masa hadapan.

Mereka juga mengakui sebak apabila berita kehadiran orang baru dalam keluarga Mizz Nina dan Noh diumumkan kerana tahu perjuangan besar mereka dalam memperolehi seorang cahaya mata.

Tahniah Mizz Nina dan Noh Salleh!

Sumber omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.