Semasa

‘Nak balik tapi takut’ – Botol Tupperware hilang, mahasiswa join demonstrasi takut nak berdepan dengan amukan ibunya

Seorang mahasiswa yang menyertai demonstrasi pembantahan RUU Cipta Kerja enggan pulang ke rumah kerana bimbang dimarahi ibunya.

Bukan bimbang kerana turut serta dalam demonstrasi itu, tetapi bimbang dimarahi ibunya kerana botol minuman jenama Tupperware yang dibawanya ketika berdemonstrasi itu hilang. Kehilangan barangan jenama Tupperware itu membuatkan dia takut dan tak mahu berdepan dengan amukan ibunya.

Kisah melucukan ini diceritakan oleh pemilik Twitter @DraftAnakUnpad pada Jumaat lalu (9/10) yang juga meminta bantuan netizen yang menyertai demonstrasi di Bandung itu mengembalikan botol Tupperware berwarna ungu tersebut sekiranya terjumpa.
'Nak balik tapi takut' - Botol Tupperware hilang, mahasiswa join demonstrasi takut nak berdepan dengan amukan ibunya
Berdasarkan gambar perbualan itu, mahasiswa berkenaan berada di rumah rakannya dan menghubungi kakak sepupu sekiranya dia memiliki botol yang sama untuk dipinjam.

Mahasiswa: “Sekarang masih berada di rumah kawan, okey je. Yang tak okey cuma Tupperware aku hilang. Nak balik ke rumah pun takut. Kau ada di rumah tak kak? Aku nak pinjam botol Tupperware warga ungu, ada tak?”

Sepupu: “Hah? Hilang di mana anjir? Tupperware hilang, panik sampai lari ke rumah orang.”
'Nak balik tapi takut' - Botol Tupperware hilang, mahasiswa join demonstrasi takut nak berdepan dengan amukan ibunya Tweet itu membuatkan netizen terhibur, apatah lagi ada yang mengambil kesempatan untuk membahannya.

Tidak beberapa lama kemudian, ada seorang individu tampil memaklumkan dia menemui botol Tupperware berwarna ungu seperti yang dinyatakan oleh mahasiswa itu ketika menyertai demonstrasi.
'Nak balik tapi takut' - Botol Tupperware hilang, mahasiswa join demonstrasi takut nak berdepan dengan amukan ibunya
Tetapi botol itu ditemui di Stesen gambir, bukan di Bandung. Tidak diketahui apa nasib mahasiswa itu sekarang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.