Semasa

Nenek meninggal dunia, Caprice terkilan tak dapat kenalkan bakal isteri

MASIH berada di Mesir, penyanyi rap Caprice menerima berita sedih berhubung pemergian nenek tersayang pada pagi Selasa.

“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek.

“Impian dan janji saya untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL tidak tercapai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Nenek meninggal dunia, Caprice terkilan tak dapat kenalkan bakal isteriPerkongsian Caprice di Instagram miliknya.

Selain itu, Caprice, berkata, dia juga gagal mengotakan janji untuk memperkenalkan pasangan hidupnya kepada Allahyarham.

Dia juga ralat tidak dapat bersama menguruskan jenazah arwah seperti yang mana dijanjikan sebelum ini.

Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah

CAPRICE

PENYANYI

“Saya juga tidak sempat menunaikan impian dan janji bahawa suatu hari saya akan membawa jodoh dengan anak-anak agar dia dapat bangga.

“Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah,” tulisnya lagi.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.