Semasa

Niat nak jadi PM dipertikai, Aliff Syukri ‘koyak’ merajuk dengan Zizan Razak

Dalam kita ‘serabut’ mendengar khabar politik berkenaan pemilihan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, ada juga insan yang berjaya meghiburkan kita dengan impian serta cita-citanya yang mahu mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Baru-baru ini, pengasas kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri telah memuat naik ‘resume’ dirinya yang mahu memohon jawatan tertinggi negara itu di Instagram bagi menjadi pemimpin buat seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun ramai yang ‘menyokong’ dan ramai juga yang mengecam, nampaknya Aliff Syukri masih tidak berputus asa dan tetap dengan niat baiknya itu.

Jadi, beliau telah membuat IG live bersama selebriti dan juga pelawak terkenal, Zizan Razak membahaskan isu tersebut sambil ditonton ribuan peminat masing-masing .

 

Walau bagaimanapun, Aliff Syukri dilihat ‘sentap’ dengan Zizan kerana pelawak berkenaan seakan tidak bersetuju dengan niatnya yang mahu menjadi perdana menteri. Hal tersebut membuatkan dia berasa sedih dan terus mematikan IG live tersebut serta meluahkan rasa kecewanya.

Disebabkan itu, Zizan telah meminta maaf dan menjelaskan kriteria bagaimana untuk menjadi perdana menteri, namun usahawan tersebut masih lagi tidak berpuas hati kerana merasakan pelawak berkenaan seolah-olah memerlinya.

IG live tersebut telah ditonton ribuan pengguna media sosial dan masing-masing berasa terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Gurauan yang seakan serius itu bukan hanya menghiburkan tapi dapat meredakan sedikit ketegangan rakyat Malaysia yang sedang diuji dengan pelbagai musibah sejak kebelangan ini.

Niat nak jadi PM dipertikai, Aliff Syukri ‘koyak’ merajuk dengan Zizan Razak

Niat nak jadi PM dipertikai, Aliff Syukri ‘koyak’ merajuk dengan Zizan Razak

Niat nak jadi PM dipertikai, Aliff Syukri ‘koyak’ merajuk dengan Zizan Razak

Niat nak jadi PM dipertikai, Aliff Syukri ‘koyak’ merajuk dengan Zizan Razak

Niat nak jadi PM dipertikai, Aliff Syukri ‘koyak’ merajuk dengan Zizan Razak

 

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Leave a Reply

Your email address will not be published.