Semasa

Paderi dipaksa berkahwin dengan mayat tunang selepas kantoi terlibat gugurkan kandungan

SEORANG paderi dipaksa untuk mengahwini mayat tunangnya yang meninggal dunia kerana mengalami komplikasi akibat pengguguran kandungan.

Reverend Dr Success Emeka Sunday dipaksa oleh keluarga Chioma Okoye untuk menikahi mayat tunangnya sebelum upacara pengebumian selepas dia mengaku terlibat dalam kematian wanita tersebut.

Sunday, seorang paderi yang sangat terkenal kerana mengasaskan Life Transformation Praying Ministry di Owerri, Nigeria, dilaporkan enggan menerima kehadiran bayi tersebut disebabkan pandangan gereja terhadap anak yang dilahirkan di luar ikatan pernikahan.

Pada Februari lalu, Sunday laporkan menjemput Okoye ke rumahnya dan memberikan minuman yang dicampur dadah tanpa disedari tunangnya.

Okoye kemudian tidak sedarkan diri dan Sunday segera membawa tunangnya itu ke hospital lantas memaksa doktor untuk menggugurkan kandungan wanita tersebut.

Terdapat komplikasi besar ketika prosedur pengguguran yang menyebabkan Okoye muntah darah.

Sunday membawa Okoye ke pusat perubatan lain untuk mendapatkan rawatan namun menipu keluarga tunangnya mengenai keadaan wanita tersebut.

Keluarga Okoye hanya mengetahui kejadian tragis itu setelah hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan ubat sedatif dalam tubuh Okoye.

Sunday akhirnya mengaku melakukan perbuatan tersebut setelah didesak keluarga wanita berkenaan.

Antara Komen2 Netizen :

 

Pasangan itu dilaporkan telah menjalin hubungan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lalu. –¬†Dailystar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *