Semasa

Patutlah 12 Hari Tak Balik Rumah, Rupanya Suami Pergi Honeymoon Dgn Madu. Akhirnya ini yg berlaku

Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan suami isteri pasti akan menempuh dan melalui pelbagai fasa ujian dalam berumah tangga. Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini, Mommy ASF apabila mendapat tahu bahawa suaminya berlaku curang bersama wanita lain.

Untuk pengetahuan semua, drama Layangan Putus sebenarnya adalah kisah sebenar yang diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis Mommy ASF. Menurut wanita ini, dia dan suami telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Tetapi anak terakhir mereka disahkan meninggal dunia ketika masih dalam kandungan.

Mommy ASF memberanikan diri dengan memeriksa telefon bimbit suaminya tanpa kebenaran dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat ratusan gambar si suami bersama wanita lain. Rupa-rupanya sepanjang 12 hari si suami ‘menghilangkan diri’, dia sebenarnya pergi berbulan madu bersama isteri mudanya di Cappadocia, Turki yang juga merupakan tempat impian Mommy ASF.

Saya marah dan geram. Saya rasa dikhianati. Maaf daripada Mas Arif, ia tidak cukup untuk menenangkan saya. Ya Rabb, maafkan saya.

Perbuatan si suami yang bernikah secara senyap-senyap akhirnya membuatkan Mommy ASF nekad memfailkan penceraian pada 19 September 2019. Tetapi wanita ini langsung tidak menyimpan dendam kerana memikirkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang bapa untuk kehidupan masa hadapan.

Sumber: PopmamaKompas

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.