Semasa

Pelakon veteran Harun Hashim dan isteri terlantar sakit, mohon bantuan bayar sewa rumah

Pelakon era 80-an, Harun Hashim, 65 tahun kini sedang bertarung dengan serangan darah tinggi dan baru sahaja sedarkan diri setelah ditidurkan sejak beberapa hari yang lalu. Difahamkan isterinya pula menghidap kanser otak.

Menurut perkongsian seorang rakan pelakon, Azhan Rani, mereka berdua ditempatkan di tempat yang sama iaitu di salah sebuah hospital di Subang. Harun dan isterinya, Sakinah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak empat hari lalu.

Pelakon veteran Harun Hashim dan isteri terlantar sakit, mohon bantuan bayar sewa rumah

Sebelum itu, Exco Agama dan Muafakat Seniman, Salman al-Farisi telah berkongsi di media sosial mengenai apa yang menimpa pasangan suami isteri yang mempunyai enam cahaya mata itu.

Menurutnya lagi, serangan darah tinggi pelakon veteran itu agak kronik namun Harun sudah menunjukkan tanda yang positif. Sakinah pula telahpun menjalani pembedahan sekitar jam 10 pagi semalam.

Pelakon veteran Harun Hashim dan isteri terlantar sakit, mohon bantuan bayar sewa rumah

Sementara itu, seorang rakan selebriti, Betty mendedahkan kesulitan yang dialami pasangan suami isteri itu. Pada 15 Ogos yang lalu, Betty telah menerima mesej di WhatsApp daripada Harun yang meminta bantuan untuk membayar sewa rumah.

Walau bagaimanapun, Betty Banafee terlambat membalasnya kerana kesibukan bekerja. Menurutnya, Harun antara penerima bantuan dalam satu program infak artis bersama NGO yang telah disertai oleh Betty sendiri pada 25 Julai yang lalu.

Pelakon veteran Harun Hashim dan isteri terlantar sakit, mohon bantuan bayar sewa rumah

Katanya lagi Harun membantu isterinya berniaga pecal di Batu Caves Centerpoint sejak mula pandemik akibat tiada penggambaran yang boleh dilakukan. Dia juga membuka cawangan kedua di Sentul dan turut berniaga secara atas talian.

Pelakon veteran Harun Hashim dan isteri terlantar sakit, mohon bantuan bayar sewa rumah

Tambahnya lagi, Betty atau nama betulnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe telah melihat sendiri mata Harun sudah bertukar warna akibat penyakit Glaukoma. Jika dibiar berlarutan boleh menyebabkan buta.

Perkara itu diakui oleh Harun sendiri cuma tidak berkemampuan untuk membuat pemeriksaan lanjut di klinik.

Seorang penerbit drama, Melissa Saila turut memuat naik mengenai status kesihatan Harun dan isterinya di Facebook dan meminta semua untuk mendoakan kesihatan bagi pasangan suami isteri itu.

Pelakon veteran Harun Hashim dan isteri terlantar sakit, mohon bantuan bayar sewa rumah

Sumber: KosmoBerita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.