Semasa

Pemandu Lori J&T rentung dalam kemalangan

Seorang pemandu lori rentung selepas kenderaan tersebut terbabas di jalan berhadapan RTM Johor Bahru, Jalan Tasik Utara-Larkin, di sini pagi hari ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.46 pagi itu meragut nyawa pemandu lori, Muhammad Mustaqim Ismandi, 23.

LIHAT GAMBAR KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata, kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori J&T Express lima tan di lokasi kejadian.

“Terdapat seorang mangsa yang tersepit dan rentung di dalamnya. Anggota bomba membuat pemadaman dan cuba mengeluarkan mangsa.

Ketika di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak kon yang berada di atas jalan dan terbabas melanggar pokok di bahagian tengah jalan.

Pemandu l0ri J&T rentung dalam kemalangan

Kelihatan orang awam cuba membantu bagi memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa, namun api marak dengan cepat. -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *