Semasa

Penat Cari Nafkah Buat Keluarga, Penjual Ais Krim Ditemui Mati & Terlentok Atas ‘Handle’ Motosikal

Di Jawa Timur, Indonesia seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual ais krim ditemui meninggal dunia di atas motor ketika dia sedang mencari nafkah buat keluarganya. Insiden itu disedari oleh salah seorang penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut.

Terlentok pada handle motosikal

 

Menerusi laporan Detik News, arwah yang dikenali dengan nama Misyanto itu berusia 66 tahun ditemui dalam keadaan yang menyayat hati apabila kepalanya terlentok ke bahagian ‘handle’ motosikal ketika dia sedang menjual ais krim untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Motosikal mangsa pada ketika itu berhenti di tengah jalan sehingga menghalang laluan kereta yang melalui kawasan berkenaan.

Kejadian tersebut disedari oleh seorang saksi, Suwoco yang pelik keadaan Misyanto pada ketika itu. Dia kemudian keluar daripada kereta untuk memeriksa Misyanto dan sangat terkejut apabila melihat mangsa tidak memberikan sebarang respon dan berada dalam keadaan yang kaku.

Mengadu sesak nafas

 

Sementara itu, menurut jurucakap Balai Polis Daerah Sumber, Iptu. Sono memberitahu pasukan mereka tiba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung dengan insiden ini.

Sejurus mendapat laporan penduduk, anggota polis terus ke lokasi kejadian. Kami sudah memeriksa jenazah mangsa bersama pasukan medik.

Hasil daripada pemeriksaan mendapati kematian mangsa tidak mempunyai sebarang unsur jenayah ataupun kekasaran. Mereka juga mendapati barang-barang mangsa juga tidak hilang. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

NETIZEN JUGA TURUT BERDUKA CITA:

Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa sebelum ini sering mengeluh pening dan sesak nafas. Tetapi masih pergi bekerja menjual ais krim. Malah keluarga mangsa juga menolak untuk dibedah siasat dan meminta untuk mangsa dibawa pulang.

Sumber: Detik NewsSuara Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published.